Tuesday, November 25, 2008

Ikan, apa yang kita patut tahu mengenai ikan..


Ikan merupakan sumber protein yang utama di dunia dan walaupun begitu, masih ramai di antara kita masih tidak mengetahui apa sebenarnya ikan. Ikan tergolong dalam vetebrata di mana ia dikategorikan sebagai bertulang belakang dan berdarah sejuk. Secara amnya pada masa sekarang, lebih 28,000 spesies ikan telah berjaya dijumpai di seluruh dunia di mana hampir 27,000 daripadanya adalah ikan bertulang seperti ikan haruan, ikan kembung, ikan sepat, ikan puyu dan banyak lagi. Selain daripada itu, hampir 970 spesies pula dikategorikan sebagai bertulang rawan, contohnya ikan yu dan pari. Selain itu, 108 spesies pula dikategorikan sebagai ikan primitif di mana spesies ini mungkin bukan ikan, tetapi masih diklaslifikasikan juga sebagai ikan walaupun ciri cirinya tidak menunjukkan ciri ciri ikan 100%. Contohnya lampreys dan hagfish.

Manakala dari segi ekologi, ikan boleh diklaslifikasikan kepada beberapa kumpulan iaitu:
1. Air tawar
2. Diadromous di mana separuh dari hayatnya hidup di air tawar dan separuh lagi hayatnya di air masin.
3. Littoral
4. Bentik dan curam benua
5. Epipelagik (Lautan terbuka 200m dari permukaan laut)
6. Pelagik laut dalam ( di bawah 200m)


Ikan adalah spesies yang bernafas dengan menggunakan insang. Air akan masuk melalui mulut ikan, dan dari mulut, air akan keluar melalui bukaan insang di mana di insang akan terdapat filamen insang yang mana pada filamen insang ini terdapat kapilari kapilari darah yang akan membebaskan karbon dioksida dan menyerap oksigen. Terdapat juga keadaan di mana ikan boleh bernafas terus dari udara terutamanya ikan yang tinggal di kawasan yang mempunyai kandungan oksigen yang rendah. Contohnya di kolam kolam ikan, jika kita melihat ikan bernafas terus dari udara, ini bermaksud kolam tersebut kekurangan oksigen pada tahap yang kritikal. Sesetengah likan seperti lungfish pula boleh hidup di atas tanah tanpa air untuk beberapa hari.

Ikan juga mempunyai pundi renang. Jikalau mengikut teori evolusi, ikan pada zaman purba mempunyai paru paru. Tetapi setelah mengalami evolusi selama beribu ribu tahun, dan mungkin juta tahun, paru paru ikan telah berevolusi menjadi pundi renang untuk ikan. Tetapi masih lagi terdapat ikan zaman purba yang mempunyai paru paru yang masih wujud hingga kini, iaitu lungfish. Ikan akan menggunkan pundi renang ini untuk membolehkan ianya timbul dan emnyelam tanpa menggunakan banyak tenaga. Ini kerana ikan boleh mengempiskan pundi udara untuk membolehkan ianya tenggelam dan mengisikan pundi renang dengan udara untuk membolehkan ianya timbul semula.

Ikan juga mempunyai sirip di mana sesetengah sirip itu berpasangan, seperti srip pelvik dan pektoral di bahagian tepi ikan. Ikan juga mempunyai sirip dorsal di bahagian atas dan sirip kaudal di bahagian belakang. Sirip kaudal ini mebolehkan ikan bergerak ke depan. Manakala siri sirip lain adalah untuk menstabilkan pergerakkan ikan dan untuk navigasi.

Ikan juga boleh mengesan bau dengan menggunakan hidungnya, atau saintifiknya dipanggil nostril. Ikan biasanya mengandungi dua lubang nostril, di mana air akan masuk melalui satu lubang dan keluar melalui lubang yang kedua. Diantara dua lubang ini, terdapat sensor yang akan mengesan bau dan ini penting untuk ikan dalam mengesan makanan terutamanya di kawasan air yang keruh.

Ikan juga boleh mengesan makanan dengan menggunakan mata bilamana persekitaran air jernih. Bagi sesetengah spesies ikan karnivor, ianya biasa mengesan makanan melalui isyarat pergerakkan melalui air. Bila mangsa bergerak, daya gerakkan mangsa ini akan diterima oleh ikan karnivor tadi melalui garis deria pada badan dan pada masa itu ikan akan bergerak untuk menyambar mangsanya berdasarkan isyarat yang diterima tadi.

Ikan juga akan makan bila makanan tersebut sedap dan boleh dimakan. Sebab itu ikan takkan makan semua jenis makanan. Biasanya ikan akan memasukkan makanan yang dijumpai ke dalam mulut tanpa menelan makanan tersebut. Ketika ini, ikan tengah merasa makanan samaada makanan tersebut sedap dan boleh dimakan. Jika tidak sedap ataupun tidak boleh dimakan, ikan akan mengeluarkan kembali makanan tersebut dan jika sebaliknya, ikan akan terus menelan makanan tersebut. Ikan juga akan makan disebabkan oleh warna makanan tersebut. Ini biasanya pada ikan yang hidup di persekitaran air yang jernih.

7 comments:

MsN said...

Professor ikan, nak tanyalah..ikan tidur tak..lagi satu ada orang kata ikan tak rasa sakit..sebab tue takyah sembelih bila nak makan dia..tapi sekarang banyak seminar memperkatakan tentang fish welfare menandakan ikan juga tidak boleh disiksa sewenang2nya..apa pendapat Prof?

Kamil L said...

yup...ikan tidur... tapi ikan tidur dengan mata yang terbuka.. Biasanya bila ikan tidur, ia akan duduk senyap di dasar dan tidak bergerak. Ikan tidur dengan mata terbuka kerana ia tidak mempunyai kelopak mata... Ada ikan contohnya lungfish, ia akan berhibernasi di dalam lumpur kering bila tiba musim kemarau dan bernafas menggunakan paru2. Begitu juga bg sesetengah ikan kap, ia akan tidur atau berhibernasi kalo suhu tidak sesuai di mana ia akan menanam dirinya di dalam dasar berlumpur.

Soalan kedua, ikan boleh rasa sakit ke tak. Mengikut pengalaman dan kajian yang aku buat di sini, aku akan katakan YA, ikan dapat merasa sakit. Aku buat research mengenai stress hormone dan growth hormone. Jadi, untuk nak check hormon ini, aku perlu ambik darah ikan menggunakan picagari dan darah akan diambil pada salur darah di bahagian kaudal ikan(ekor ikan). Level cortisol biasanya rendah pada ikan yang sihat. Tetapi berlaku keadaan di mana aku tersilap cucuk di mana jarum akan menembusi salur darah dan menyebabkan pendarahan pada kulit ikan.. Pendarahan ini ada yang akan kekal sampai seminggu dan ada yang akan dijangkiti kuman. Bila keadaan tersalah cucuk berlaku, ikan akan sakit disebabkan oleh salur darah yang rosak dan tekanan darah yang menyebabkan pendarahan berlaku. IKan takkan makan sampai seminggu atau dua minggu atau lebih. Kalo makan pun lepas seminggu dalam kuantiti yg amat sedikit. Ini menunjukkan ikan sakit. Macam manusia, kalo kita sakit, kita takkan/kurang makan. Begitu juga ikan. BIla aku buat sampling kali kedua pada ikan yang cedera tadi (aku ambil darah), aku kesan peningkatan yang tinggi pada level hormon cortisol (hormone stress) dan pengurangan yang ketara pada growth hormone. Ini salah satu penunjuk yang menunjukkan ikan itu dalam keadaan kesakitan dan ini menyebabkan ikan tak lalu makan dan akan stress disebabkan oleh kesakitan tersebut. Ini adalah dari research yang aku buat.

Keadaan ini juga berlaku bilamana seorang pensyarah dari Liverpool University membuat kajian mengenai ikan tahu sakit ke tak. Dia menggunakan venom untuk kajian dia dan dari keputusan yang dia perolehi, ikan akan berubah dari segi fisiologi dan behaviour bilamana diberi venom dan bahagian opercular ikan juga berdenyut dengan pantas menunjukkan ikan tersebut tengah mengalamai kesakitan. Keadaan ini telah cukup menunjukkan ikan dalam kesakitan.

Jadi kesimpulannya, ikan dapat merasakan kesakitan dan oleh itu, jangan seksa ikan, makan ikan, boleh :)

Panjang lebar penerangan aku nie natrah, boleh buat entri baru dah nie..hehe

Kamil L said...

Natrah, ko kena tanya jep, jep baru tahu bab2 bilogi ikan nie..aku tau sikit2 jer..huhu... :) Jep, ko ada nak tambah tak?

Anonymous said...

maksudnya en kamil kena apply dulu animal ethics sebelum mula penyelidikan ya?

Kamil L said...

yup, itu semestinya..siap kena ge kursus lagi arie tue..huhu

MsN said...

fuh, memang professor ikan..thanks ek:)..aku hari tue amik biology aquatic courses kat sini..macam2 ikan diaorang tunjuk..tengoklah ada masa aku tulis dalam blog ek:)

Kamil L said...

Ntarh-tulis natrah, jgn tak tulis, aku tnggu nie :) ala....ko pun orng ikan gak sekarang, mesti dah terer dah pasal ikan :)

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio