Thursday, October 30, 2008

Ornamental Fish 2 (Biofilter)

Some people really don't like to keep ornamental fish in their house. Maybe because of some reasons such as; not have enough time to do water exchange, cleaning the tank, etc. Most people don't know how to use the filter efficiently. If biofilter is not working properly, it would reflect on the fish well being because the biofilter is important to maintain good water quality. Sometimes people clean their filter every week, which is actually a bad practice because that will get rid of useful bacteria leading to a deterioration of water quality. The most important thing to do before fish is stocked in the aquarium is to make sure biofilter is working.
Here, I will share with you all how to make your biofilter working. Before we stock the fish in the aquarium, firstly, we need to run the system for almost 20-30 days to get the filter working . Do not change the water or clean the filter. A few days after we run the system, we will see the water will become dirty and shows that the biofilter is still operating. Therefore not enough useful bacteria are present in the filter. After 20-30 days, we will see the water in the aquarium becomes more clear than before, but at the same time, the filter looks dirty. That mean the biofilter has started to work to its maximum level. But, remember, do not ever clean your filter because if we clean it, you will get rid of all useful bacteria. After the water become clear, we can stock our fish inside the aquarium without worrying about any water exchange every week.
Actually, if we add ammonium chloride in the begining, it can make the biofilter work faster. But we should know the right dosage of ammonium chloride that should be added in the aquarium. Miscalculation will cause fish die after some time.

Wednesday, October 29, 2008

Ikan Hiasan 1 (Pemilihan spesies mengikut corak pemakanan)





Kita biasa melihat sesetengah peminat ikan hiasan memilih untuk mencampurkan beberapa spesis ikan dalam satu akurium yang sama. Di sini aku ingin berkongsi beberapa perkara yang boleh dan perlu dipertimbangkan semasa memilih spesies ikan yang ingin diletakan bersama dalam satu akuarium. Salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan ialah corak pemakanan ikan tersebut. Contohnya ikan yang jenis makan di dasar, pertengahan, dan dipermukaan air. Jika kita ingin meletakkan dua spesis ikan yang berbeza, corak pemakanan hendaklah berbeza. Ini adalah untuk mengelakkan ikan berebut makanan dan lebih penting mengelakkan ikan daripada bersaing untuk menguasai kawasan. Seperti kita sedia maklum, di dalam akuarium, ikan juga akan ada territory nya sendiri. Contohnya ikan di atas, mempunyai jenis mulut yang berbeza... Dan satu lagi yang penting, pastikan saiz ikan itu hampir sama, ataupun saiz tidak terlalu jauh berbeza bagi mengelakan kecederaan yang serius bilamana berlaku konfrontasi :)

Monday, October 27, 2008

Belum berjaya lagi :(

Nie dah minggu kedua aku buat lab work on digestibility, tapi sampai sekarang aku belum berjaya lagi dapat result. Aku tak faham kenapa samples ikan yang aku buat tak boleh digest dalam asid nitrik pekat dan hidrogen peroxide. Pening kepala aku fikir. Dah beberapa kali aku ubah standard method yg aku gunakan, tapi hasilnya masih lagi belum nampak. Aku tambah jumlah asid nitrik, hasilnya pun sama. Aku panjangkan masa panaskan sampel + asid nitrik pekat + hidrogen peroxide to 100 darjah dari 2 jam ke 6 jam pun, hasilnya masih sama. Aku dah tak tau nak buat apa dah tadi.

Sebelum aku balik dari lab tadi, aku jumpa supervisor aku, tanya apa yang patut aku buat. Dia pun pening jugak, sebab tak pernah lagi berlaku samples yg tak boleh di digest dalam asid pekat. Tapi tadi setelah berbincang dengan dia, mungkin aku akan cuba campurkan asid nitrik dengan asid yang lebih kuat iaitu perchloric acids. Aku pernah guna perchloric acids semasa buat digestibility masa kat UPM dulu, memang berjaya, tapi untuk standard method yg aku gunakan di sini, sepatutnya aku tak boleh gunakan perchloric acids sb aku guna inert marker yang berbeza. Masa di UPM aku guna Chromic oxide sebagai inert marker, tapi di sini aku guna yttrium oxide dan ytterbium oxide. Jadi aku masih tak tau camne result yang akan aku dapat lepas ini, adakah boleh digunakan ataupun tidak.

Inilah benda yang paling aku tensen bila buat lab work, bilamana kena repeat berkali2 benda yang sama. Memang hakikatnya kita belajar melalui kegagalan, tapi kekadang kegagalan menyebabkan sampel aku hampir habis. Kalau sampel aku habis, macamana lah aku nak teruskan aku nyer lab work lepas nie... :((

Thursday, October 23, 2008

Apa aku buat kat lab hari nie..

Hari nie aku digest aku nyer samples. Aku ada lebih kurang 300 samples yang aku perlu digest guna Nitric acid dan Hydrogen peroxide. Hari nie aku dapat run 10 samples je.. memang perlahan, sb ini kali pertama aku digest samples yang mepunyai inert markers dari yttrium dan ytterbium. Sebelum ini aku guna inert marker Chromium oxide. Tapi di sini mereka tak gunakan chromium oxide kerana melalui pengalaman mereka yang membuat kajian mengenai digestibility, chromium oxide bukan lah 100% inert marker.
Untuk pengetahuan semua, inert marker ini amatlah penting dalam kajian Digestibility. Di sini kita akan mengkaji adakah ikan dapat menyerap nutrient dalam makanan dengan efisien ataupun tidak. Dengan ini kita akan dapat tahu adakah makanan yang akan kita hasilkan berkualiti tinggi atau tidak. Ini juga satu cara untuk memastikan makanan tidak dibazirkan dan makanan digunakan secara efisien oleh ikan untuk tujuan tumbesaran yang optimum.
Jadi sebelum ini kita biasa dengar, makanan yang mepunyai protein yang tinggi adalah makanan yang baik kerana seperti yang kita sedia maklum protein adalah nutrient yang utama yang amat diperlukan oleh badan untuk tumbesaran, membina sel2 yang rosak, menghasilkan hormones, untuk sel darah dan banyak lagi. Untuk menjadikan protein ini digunakan secara efissien oleh ikan, kita haruslah memastikan makanan tadi boleh diserap oleh ikan dengan kadar yang tinggi.

Feed storage...

For commercial purposes, feed should be stored in a good storage facilities. Dry feed should be stored under cool and dry conditions, ideally at temperatures below than 20 degree and humidities below 75%. The building should have the following features:
1.Secure againts theft.
2.Adequately ventilated and waterproof.
3.Screened againt rodents and birds.
4.Of sufficient size to permit feed to be stored in clearly marked batches, according to type and date of purchase.
5. Conveniently situated for taking delivery of feeds and for their distribution on the farm.
6. Isolated from the fish production areas, with separates access, to reduce the risk of disesase transmission by delivery vehicles or personnel.

How to determine the effects of fish feed on fish growth performances?

The succes of feeding operations on fish and shirmp is reflected in overall productivity and cost effectiveness. Fish growth will be affected by a few factors such as water quality, feed quality, fish quality etc. Fish growth performances can be measure using a few formulae:
Specific growth rate (SGR)= [(In final weight (g) – In initial weight)/Time(Days)]*100
Feed conversion ratio (FCR)= (feed consumed/weight gain)
Protein efficiency ratio (PER)=(wet weight gain/Protein consumed)
Daily Intake Rates (DIR)=([feed intake /mean weight]/no days)*100
Protein Productive Value (PPV)=(retained protein/ingested protein)*100
Feed Efficiency Ratio(FER)=(wet weight gain/total food consumption)
Condition Factor (CF)=(body weight / total length3)*100
Hepatosomatic Index (HI)=(liver weight /body weight)*100
Mesenteric Fat Index (MFI)=(mesenteric fat weight /body weight)*100
Productive Energy Value (PEV)=(fish energy gain (g MJ)/total energy consumed (g MJ))*100

Tahu kah kita?

Kita biasa melihat pertunjukan di mana penjinak ular memainkan seruling bagi menarik perhatian ular tersebut. Ular senduk biasanya digunakan dalam persembahan oleh penjinak ular. Hakikatnya ular tidak mendengar bunyi seruling tersebut kerana ular tidak mempunyai telinga. Jadi ular tersebut hanya bertindakbalas dengan pergerakkan seruling tersebut yang berbentuk seakan akan ular dan ular akan menaikkan kepala semata mata bertujuan untuk mempertahankan diri dan bukannya disebabkan oleh bunyi seruling tersebut.

Legenda Buaya dari Sabah

Bilamana kita mendengar nama bujang senang disebut, di fikiran kita akan tergambarlah Sarawak, di mana Sarawak dan bujang senang tidak dapat dipisahkan. ada banyak versi mengenai bujang senang. Tetapi jarang bagi kita mendengar legenda sang buaya dari negeri lain, kecualilah dogeng sang kancil mempermainkan buaya. Kali ini saya ingin berkongsi cerita legenda mengenai buaya di sungai Kinabatangan, Sabah.

Pada masa dahulu dikatakan di sungai kinabatangan, buaya boleh berkomunikasi dengan manusia dan pada waktu tersebut juga wujud keharmonian diantara buaya dan manusia. Cerita ini bermula bilamana seekor buaya putih air tawar yang bernama Terrunggari telah menarik seorang budak ke dalam sungai dan dibawanya budak itu ke muara sungai kinabatangan. Tujuan Terrunggari menraik budak tersebut ialah untuk menjadikan budak tersebut sebagai saksi antara pertarunganya (Terrunggari) dengan seekor buaya dari laut yang besar yang bernama Berlintang. Berlintang ialah buaya yang memerintah laut pada masa tersebut.

Berlintang bukan sahaja memerintah laut, tetapi ingin merampas kuasa di sungai yang pada masa itu dikuasai oleh Terrunggari. Jadi sebelum Berlintang berhasrat mengusai sungai, dia perlu berdepan dengan Terrunggari. Terunggari tidak mahu membiarkan Berlintang mengusai sungai disebabkan Berlintang seekor buaya yang ganas dan akan menyerang haiwan dan manusia di sungai Kinabatangan.

Sebelum bertarung, Terrunggari memberitahu budak tersebut, kalau darah putih muncul dari dasar sungai semasa pertarungan tersebut berakhir, itu bermaksud dia kalah dan dia mahu budak tersebut memberikan amaran pada orang kampung supaya berpindah dari sungai Kinabatangan bagi menjamin keselamatan mereka dari diserang oleh Berlintang. Jika darah merah yang muncul dari dasar sungai pula, ini bermaksud Terrunggari menang dan orang kampung tidak perlu takut kerana keamannan antara buaya dan manusia akan terus terjamin.

Kemudian, berlakulah pergaduhan diantara Terrunggari dan Berlintang di mana di akhir pertarungan tersebut, darah merah telah muncul dari dasar sungai. Jadi ini bermaksud Terrungari menang dan manusia tidak perlu takut kerana Terunggari tidak akan menyerang manusia.

Tapi ini adalah lagenda dan cerita dogeng semata mata kerana mengikut statistik, setiap tahun, akan ada orang menjadi mangsa kepada buaya di sungai tersebut.

Monday, October 20, 2008

Holloween

Sejarah holloween asalnya dari benua amerika, tetapi pada masa sekarang, holloween telah disambut oleh kebanyakkan negara di eropah termasuklah Australia. Minggu depan, 31 oct adalah sambutan hari holloween bagi sesetengah tempat di Australia (tak semua tempat di Australia sambut Holloween). Di Uni of Tasmania, mereka dah start buat perbincangan mengenai custume party utk holloween. Petang tadi Victoria, seorang pelajar MSc kat sini jumpa aku dan tanya adakah aku dah sedia baju untuk sambut hari holloween minggu depan. Sebab dia nie kira pengarah program lah. Diaorang akan buat costume party. Sudah..nie kali ke berapa dah dia tanya kat aku,banyak kali dah kot. Aku tanya dia, wajib ke pergi? dia kata tak wajib, tapi kena pergi gak (dalam hati aku, kalo camtu, baik kata wajib). Adus, aku nak pakai apa nie? takkan pakai baju superman kot..argh..tidak2.... erm..pakai baju cam cik pon....pelik plak nanti..naruto?takde baju naruto plak..argh..pening2...aku pakai macam ninja pun ok gak (guna kain pelikat tutup muka)..huhu... ntahlah..tengoklah di hari kejadian, camne nanti..

Antara Lawak Selamba yg Best :)


Aku percaya, semua orang ada minat sendiri. Aku plak, selain dari tengok anime, hobi aku baca manga. Tapi kekadang aku tengok gak hasil lukisan anak tempatan yang bagi aku amat dalam maksudnya dan menggelikan hati. Aku suka baca kartun kat Portal Pendidikkan. Kat sini aku upload sikit kartun2 yang pernah aku baca kat portal pendidikan dan memang menggelikan hati :)









Pemakanan IKAN





Sebut sahaja pemakanan ikan, ramai yang akan terkejut dan tertanya tanya apakah pemakanan ikan? Ramai orang bertanya pada aku, apa pemakanan ikan, kenapa perlu belajar mengenai pemakanan ikan, kenapa nak tau diet ikan, dan banyak lagi soalan yang pernah ditanya. Di sini aku takkan jawab dengan secara saintifik, aku akan cuba terangkan dengan memberikan beberpa contoh bagi memudahkan kita memahami mengapa pemakanan ikan ini penting dalam konteks ternakan ikan.

Seperti yang kita sedia maklum, makanan ikan adalah kos yang paling tinggi yang perlu ditangung oleh penternak ikan. Makanan ikan biasanya melibatkan 50-60% kos pengeluaran di kolam2 ternakan ikan dan udang. Sperti manusia, ikan perlu makan setiap masa. Biasanya untuk tujuan ternakan, ikan diberi makan 2-3 kali sehari bergantung pada teknik pengeluaran dan kos yang sanggup dibelanjakan oleh penternak untuk makanan ikan. Kalau ikan diberi makan 2 kali sehari, biasanya ikan akan diberi makan waktu pagi dan petang. Kalau tiga kali sehai biasanya waktu pagi, tengahari dan petang. Terdapat kajian di Uni of Tasmania, di mana penyelidik membuat perbandingan tumbesaran antara ikan yang diberi makan 3 kali sehari (siang sahaja) dan 6 kali sehari (3 kali siang, 3 kali malam), tapi hasil daripada kajian tersebut tidak menunjukkan perbezaan antara ikan yang diberi makan 3 kali sehari (hanya di waktu siang) dan 6 kali sehari (siang dan malam). Tumbesaran adalah sama dan spesies yang digunakan untuk kajian ini adalah ikan Siakap.

Seperti manusia, ikan juga memerlukan diet yang seimbang bagi membolehkan nya membesar dengan cepat dan sihat. Makanan ikan hendaklah mengandungi kandungan protein, lemak, kabohidrat, tenaga, vitamin dan mineral yang mencukupi. Katakan jika makanan ikan mempunyai peratusan lemak yang tinggi daripada yang sepatutnya, ikan tidak akan makan makanan tersebut dalam kuantiti yang sepatutnya. Jadi ikan akan mengalami kekurangan protein, vitamin dan mineral. Ini kerana ikan akan berhenti makan jika kandungan tenaga yang diperlukan sudah mencukupi. Seperti yang kita tahu, lemak mempunyai kandungan tenaga yang tinggi berbanding protein dan kabohidrat. Jika makanan mempunyai kandungan lemak yang tinggi, ini akan mendatangkan masalah pada ikan di mana ikan tidak akan makan dengan banyak dan secara tidak langsung sumber protein dan lain2 nutrien tidak akan mencukupi untuk ikan membesar. Oleh itu amatlah penting bagi kita menyeimbangkan diet ikan supaya ikan boleh mendapatkan sumber protein, lemak, kabohidrat, vitamin dan mineral pada tahap yang optimum.

Dari segi bahan2 yang digunakan untuk mebuat makanan ikan, tepung ikan (ikan kering yang telah dikisar) biasanya mewakili 30-80% daripada makanan ikan. Ini bergantung pada spesies ikan. Contohnya kalau ikan siakap dan trout, bisanya tepung ikan yang digunakan dalam makanan adalah sebanyak 60-80%. Jadi hakikatnya untuk membuat makanan ikan, kita perlukan ikan sebagai sumber protein. Jadi ikan akan makan ikan. Seperti yang kita sedia maklum, harga tepung ikan makin mahal dari tahun ke tahun. Ini disebabkan overfishing dan perubahan cuaca dunia. Peru mengeluarkan lebih 50% tepung ikan dunia. Jadi untuk mengelakkan kekurangan dalam bekalan tepung ikan, beberapa kajian telah dilakukan untuk menggantikan protein ikan dengan protein daripada sumber seperti haiwan ternakan dan protein tumbuhan. Pada masa sekarang ada kejayaan dalam penggantian sumber protein ikan, tetapi bukanlah 100%. Kenapa bukan 100%? contohnya protein tumbuhan tidak mempunyai asid amino yang lengkap untuk ikan membesar. Inilah antara sebab mengapa protein ikan masih dijadikan sebagai sumber protein utama untuk membuat makanan ikan..

Sunday, October 19, 2008

Cradle mountain, Tasmania











Pada musim luruh yang lepas, aku berpeluang pergi ke sebuah taman negara kat tasmania. Jaraknya dalam 2 jam lebih dari tempat aku. Cradle mountain, sebuah tempat yang terkenal di tasmania bagi yang berminat dengan aktiviti jungle-tracking. Pemandangan yang cantik dan mempunayi sebuah tasik air tawar semulajadi di tengah2 gunung. Suatu keadaan yang mengkagumkan dan sukar untuk ditemui. Tapi satu je yang tak best kat sini, suhu terlalu sejuk wlaupun kami pergi pada waktu tengahari. aku pakai 3 lapis baju tebal masa tue, tapi masih lagi terasa kesejukkan sampai ke tulang. MUngkin disebabkan altitud kawasan tersebut yang tinggi yang menyebabkan keadaannya menjadi sejuk.

Yu air tawar...

Hari tue aku berbual dengan supervisor aku mengenai ikan yu. Aku tanya dia, adakah dia pernah makan sirip ikan yu. Dia bagitau aku yang dia takkan makan sirip ikan yu sebab ikan yu sebab perbuatan makan sirip ikan yu tidak boleh diterima kerana kebanyakkan nelayan hanya menangkap ikan yu dan sirip akan dipotong dan carcass akan dibuang ke laut semula. Bagi supervsior aku, ini perbuatan yang terlalu kejam dan tidak boleh diterima. Memang ada kebenaran, sb aku pernah tengok video di mana nelayan menangkap ikan yu, dan memotong sirip dan setelah semua sirip dipotong, ikan tersebut dilepaskan balik ke laut dalam keadaan ikan yu tersebut masih hidup.

Tapi di sini aku tidak akan bercerita mengenai sirip ikan yu, tapi aku nak bercerita mengenai ikan yu yang boleh hidup di persekitaran air tawar. Seperti yang kita tau, yu adalah pemangsa yang amat ditakuti di persekitaran air masin (laut). Ada sebanyak lebih 400 spesies ikan yu di seluruh dunia, tapi kebanyakkan hidup di persekitaran air masin, dan hanya beberapa spesies yang dapat mendiami air tawar. Antara spesies ikan yu yang boleh mendiami air tawar ialah ikan yu borneo dan bull shark. Tapi bagi bull shark, ikan ini tidaklah mendiami air tawar sepanjang hidupnya, tetapi ikan ini boleh berada di persekitaran air tawar pada jangkamasa yang panjang.

Bagi ikan yu borneo, dikatakan telah pupus di dunia. Ikan yu ini hanya boleh dijumpai di perairan air tawar di kepulauan borneo. Ikan ini kali terakhir pernah ditangkap oleh seorang nelayan di sebuah sungai di Sabah pada tahun 1997 dan selepas itu, ikan ini tidak pernah lagi dijumpai dan telah dikategorikan sebagai sudah pupus.

Sebelum itu kita akan tertanya tanya bagaimana ikan yu yang hidup di air masin boleh hidup dipersekitaran air tawar. Kalo mengikut logik, disebabkan kepekatan air yang berbeza, badan ikan yu secara logiknya akan mengembang dan pecah seperti belon kalo ianya memasuki perairan air tawar. Tetapi sebaliknya berlaku pada ikan bull shark di mana ikan ini mempunyai mekanisma yang boleh mengurangkan kepekatan garam dalam darah dan ini secara tidak langsung akan menstabilkan kadar penyerapan air dalam badan ikan yu tersebut. Satu lagi kebolehan bull shark, ikan ini boleh menyerang mangsa di perairan yang cetek. Jadi ikan ini dikategorikan antara ikan yu yang paling merbahaya selain dari ikan white shark dan tiger shark.

Mengikut peta taburan ikan bull shark juga boleh di jumpai dia perairan asia termasuklah perairan Malaysia. Di sini aku kongsikan video ikan bull shark.







Sebab itu kita jangan hairan bilamana ada orang mendakwa menjumpai ikan yu di sungai. Bull shark ini dikategorikan antara ikan yu yang bersaiz besar di mana saiz nya boleh mencapai panjang 3.4 m dan berat 230kg.

Saturday, October 18, 2008

Apa nak jadi dengan pelajar zaman sekarang

Apa nak jadi sekarang, pelajar langsung tidak mempunyai rasa hormat dengan guru, berani melawan guru, membakar kereta guru (seperti yang berlaku di kuala terengganu beberapa tahun lepas) dan yang terbaru memukul guru. Aku rasa, rotan patut dibenarkan kembali kat sekolah supaya pelajar faham apa ertinya hormat kerana takut dengan guru.. Sebab sebelum ini rotan tidak dibenarkan, jadi pelajar tidak hormat dengan guru. Jadi tidak wujud keadaan di mana hormat guru sebagai pendidik. Jadi bagi aku, dengan merotan, biar pelajar takut supaya dia hormat kerana takut dengan guru. Kalo zaman aku dulu, dengar tapak kaki cikgu dah kecut, belum lagi tengok muka cikgu yg garang sambil bawa rotan yg dibelah 10.


Friday, October 17, 2008

Buaya




















































Satu lagi post yg bersifat akademik. Aku ingin berkongsi cerita mengenai pendapat aku mengenai buaya. Bagi aku, buaya adalah haiwan yang penuh dengan misteri. Bila disebut mengenai buaya, akan terbayanglah kita mengenai seekor haiwan yang ganas dan menakutkan. Di Malaysia seperti yang kita sedia maklum, serangan buaya biasanya berlaku di Sarawak. Di Sarawak, setiap tahun mesti ada laporan mengenai kematian akibat serangan daripada buaya. Mungkin serangan buaya terhadap manusia disebabkan persaingan untuk mendominasikan kawasan ataupun mungkin disebabkan oleh kekurangan ikan yang menyebabkan buaya tiada pilihan selain dari menyerang manusia.

Di sarawak, serangan buaya biasanya dikaitkan dengan sungai batang lupar di mana di sungai itu juga dikatakan bujang senang sedang bertapa menunggu mangsanya. Mengikut cerita orang tempatan di batang lupar, mereka mendakwa pernah melihat bujang senang timbul di sungai tersebut dan dakwa mereka lagi, lebar badan bujang senang adalah sama lebar dengan bas. Memang mungkin ada kebenaran dakwaan tersebut jiwa buaya tersebut bersaiz 10m ke atas. Sebab mengikut pembacaan aku, buaya yang sepanjang 5-6 meter, lebar badan adalah sama saiz dengan lebar kereta kancil atau lebih lebar dari kereta kancil.

Mengenai sejarah bujang senang di sarawak, dikatakan bujang senang ini adalah jelmaan manusia. Tapi kalo mengikut teori, adalah mustahil buaya berasal daripada manusia. Dan salah satu lagi kepercayaan mereka, buaya boleh mendengar kita berbual kerana buaya mempunyai telinga di dapur. Tapi ini adalah hanya kepercayaan orang tua2 zaman dahulu. Di Sarawak, adalah pantang bagi sesuatu keturunan tersebut mebunuh buaya kerana jika seseorang itu membunuh buaya, maka buaya akan menyerang keturunan orang yang menyerang atau mebunuhnya sampai bila bila.

Keadaan ini pernah berlaku di bahagian kota samarahan di mana 3 mangsa buaya mempunyai pertalian darah. Mengikut cerita, keturunan mangsa pernah membunuh buaya di sungai kota samarahan. Disebabkan itu, selang beberapa tahun kemudian, buaya mula menyerang keturunan mangsa hingga menyebabkan 3 kematian. Nama dan tarikh serangan pernah direkodkan di dalam sebuah buku yang bertajuk "man-eating crocodile". Adakah ini kebetulan ataupun memang sumpah tersebut benar2 berlaku? Adalah sukar mencari jawapan pada persoalan ini.

Sebenaranya di seluruh dunia, ada 13 spesies buaya, 2 spesies alligator, 5 spesies caiman dan 2 spesies gharial. Di Malaysia, biasanya buaya yang dikategorikan yang paling ganas adalah buaya air masin, di mana buaya air masin ini boleh berenang hingga jarak 600 KM ke laut. Maksudnya di sini, buaya bukan sahaja mendiami sungai, tetapi juga laut, di mana berjarak 600Km dari muara sungai. Ini terbukti bila beberapa video telah berjaya direkodkan di mana penyelam menjumpai buaya berenang jauh ke laut. Dan berlaku keadaan di mana buaya bertarung denga ikan jerung dan video ini pernah diterbitkan dalam satu dokumentari.

Kadang kadang orang bertanya, bagaimana mangsa serangan buaya boleh ditemui semula sedangkan sepatutnya mangsa telah dibaham oleh buaya. Ada satu yang patut kita tahu mengenai buaya, bila ianya menyerang secara perseorangan, buaya tersebut tidak akan mampu mengoyakkan daging mangsa kerana buaya tidak mempunyai gigi yang khas untuk memotong daging. Oleh sebab itu, buaya akan membunuh mangsanya dan akan menyimpan mangsanya hingga mangsa hampir reput, barulah buaya tersebut akan mula memakan mangsanya. Oleh sebab itu, jika kita menemui mangsa serangan buaya, janganlah kita turun ke sungai kerana buaya yang menyerang mangsa berada di sekitar mangsa dan buaya tersebut boleh bertindak ganas bila kita mengganggu makanan dia.

Satu lagi yang pelik mengenai buaya, di mana sahaja sungai yang mempunyai udang, di situlah akan ada buaya. Sebab dan musabab nya, aku pun kurang pasti. Mungkin satu kajian patut dilakukan mengapa buaya dan udang sentiasa memerlukan di antara satu sama lain. Sebenarnya ada banyak lagi yang aku ingin cerita mengenai buaya. Mungkin di lain post :)

Video Kenangan Budak Budak Ikan UPMT Seisi 1999-2002

Video Kenangan Budak Budak Ikan UPMT Seisi 1999-2002




Kuda Laut...


















Kuda Laut


















Kuda laut


















Artemia (sejenis zooplanlkton)


















Pemberian makanan kuda laut


















Kuda laut diberi makan dengan menggunakan Artemia (zooplankton)

Kali ini post aku lebih bersifat akademik dan santai. Aku nak bercerita mengenai kuda laut. Semasa aku belajar di UPMT (UPM Terengganu, atau sekarang lebih dikenali sebagai UMT-Universiti Malaysia Terengganu) dulu, aku sempat melihat bagaimana seorang pelajar telah menjalankan kajian mengenai kuda laut. Bekalan induk kuda laut tersebut diperolehi daripada Johor dan di transport ke UPM Terengganu untuk tujuan kajian. Pada masa tersebut, aku masih hairan, kenapa kena buat kajian mengenai kuda laut, sedangkan bagi aku kuda laut tiada nilai komersil. Maklumlah, masa tue muda lagi, tak banyak pengalaman. Jadi bermula dari situ aku cari sebab mengapa kena buat kajian mengenai kuda laut.

Yg pasti memanglah tujuan pemuliharaan. Setelah aku baca dan cari maklumat, rupanya baru aku tau yang kuda laut ini mempunyai nilai yang amat tinggi terutamanya dari segi perubatan tradisional dan moden di mana kuda laut dipercayai dapat mengubat penyakit kanser. Tidak mustahillah Kerajaan Johor memperuntukkan hampir setengah juta kepada UMT untuk menjalankan kajian mengenai kuda laut. Pada masa yang sama, bagi peminat makanan eksotik, kuda laut merupaan salah satu pilihan utama disebabkan oleh nilai perubatan yang ada padanya. Aku pernah melihat video mengenai kuda laut di China di mana di negara China, mereka menjual kuda laut macam orang jual sate di Malaysia.

Satu keistimewaan mengenai kuda laut ini adalah, yang jantan akan mengandung dan akan melahirkan anak di mana purata anak yang boleh dilahirkan boleh mencapai jumlah 2000 ekor. Di sini aku letakkan gambar2 mengenai projek kuda laut yang dijalankan di Uni of Tasmania. Kajian adalah mengenai pemakanan dan pembiakkan kuda laut.

Video di bawah menunjukkan corak pemakanan kuda laut apabila diberi makan artemia (zooplankton). Yang nampak seperti butiran pasir tersebut adalah artemia. Artemia adalah salah satu contoh makanan hidup yang mempunyai nilai protein yang tinggi yang amat sesuai untuk tumbesaran. Pada masa yang sama, protein haiwan merupakan salah satu contoh protein yang mempunyai asid amino yang lengkap yang amat diperlukan dalam diet kuda laut. Juvenil kuda laut memerlukan peratusan protein yang tinggi dan asid amino yg lengkap utk membolehkannya mebesar dengan lebih cepat.
video

Thursday, October 16, 2008

Aku, Mowbray, Launceston n Tasmania Part 2


Dalam part 1 hari tue aku cerita mengenai Mowbray, bandar kecil yang berhampiran dengan rumah aku. Bandar utama di sini adalah Launceston, yang terkenal di Australia sebagai antara bandar tertua (kalo aku tak silap, bandar ke 2 yg banyak bangunan lama d Australia) dan mempunyai banyakbangunan lama. Launceston nie, kalo mengikut sejarah, namanya diambil sempena dengan nama sebuah bandar yang terletak di UK. Tapi di Launceston, kebanyakkan nama tempat sama dengan nama tempat di Scotland. Mungkin kebanyakkan pendatang yg berhijrah ke Tasmania berasal dari Scotland. Di fakulti Kesenian di sini pun hampir tiap2 minggu mesti ada persembahan musik tradisional dari scotland. Diaorang akan berbaris,pakai skirt dan akan main alat muzik bagpipes (aku tak tau betul ke tak, alat muzik yg macam beg yg ditiup). Kat sini aku ada ambik sikit gambar2 kat bandar Launceston.




































Sunday, October 12, 2008

Iklan Raya Petronas (1996-2008) dan Filem Pendek

Filem Pendek (Raya 2008)
Filem di bawah BUKAN nya Iklan daripada PETRONAS, tetapi ia adalah Filem Pendek yang berkaitan dengan raya yang telah diarahkan oleh Saiful Nang dan krew CandidSyndrome dan krew kamera daripada CST production dan dibantu oleh pembantu pengarah daripada IDMopix. Dan filem pendek ini telah didedikasikan kepada rumah pengasih Warga Prihatin, Kajang. Sangat menarik perhatian aku. Aku rasa iklan petronas 2008 memang tak boleh lawan filem pendek ini. Bagi yang sensitif, aku pesan korang sediakan tisu sebelum tengok.

video


Disebabkan aku minat sangat dan sentiasa menunggu Iklan Raya Petronas, di sini aku ingin berkongsi bersama mengenai iklan petronas yang bermula sejak tahun 1996 hinggalah yang terkini, 2008. Tapi sebenarnya kat sini aku hanya dapat berkongsi iklan raya petronas dari tahun 1997 hingga 2008 sebab iklan 1996 aku tak jumpa. Kalo tak silap aku, iklan petronas 1996 berkaitan dengan budak perempuan melayu dan budak lelaki cina yang main tarik upih pinang (sebab tahun tue tahun kongsi raya). Iklan Raya Petronas, bagi aku antara iklan yang terbaik yang pernah dihasilkan di Malaysia. Banyak memberi impak kepada penonton penonton. Pada masa sekarang, aku tengok, banyak iklan2 raya di televisyen dipengaruhi oleh iklan petronas secara langsung dan tidak langsung (pada pendapat aku lah).

Susunan iklan di bawah bagi iklan 2002 ada kesilapan sedikit..

Iklan Raya Petronas 2008
video

Iklan Raya Petronas 2007
video

Iklan Raya Petronas 2006
video

Iklan Raya Petronas 2005
video

Iklan Raya Petronas 2004
video

Iklan Raya Petronas 2003
video

Iklan Raya Petronas 2001
video

Iklan Raya Petronas 2000
video

Iklan Raya Petronas 2002
video

Iklan Raya Petronas 1999
video

Iklan Raya Petronas 1998
video

Iklan Raya Petronas 1997a
video

Iklan Raya Petronas 1997b
video

Friday, October 10, 2008

Ngenang ka kesah dolok dolok (dalam bahasa saratok-yg kurang pekat) PART 2

Marek aku analsis sampel tenaga utk samples supervisor aku..arie tok aku nyambung ngan protein gik.. Lepak juak aso nyawo aku..Mun ngekot raso ati aku, raso malas jak masok lab arie tok, raso nak ngelayo ngaon2 kat pasar jak..Lamak bena dah aku sik ngelayo kat bandar. Nyambung cerito kat lab tadik, arie tok memang menensenkan. Aku molah kjedahl (analisis protein makei tiub serupo ngan tabung uji, tapi saiz 250ml). Abis jak aku analisis, aku basuhlah tiub yo..ado 20 egei tiub.

Tengah aku embasuh, kejut ku nangga, 3 tiub tebik ngan ngan merekah dari dibah sampei ke atas. Sudah, kato ku lam ati lah. Mun ngekot pengalaman aku, mun ngei UPM dolok, nak beli tiub tok, maok 3 bulan baruk sampei. Camne lah aku maok madah ngan supervisor aku tok..sb pastok rame do jak urang nak makei tiub tok..Mulo2, endak ku maok madah (lam atie aku),tp sik bagus juak. Ujung2, padah jak lah...Tapi sebelum yo, abis jemari lam lab dibungkar oleh aku, nintauk ado nemu nak lebih2. sik do juak ruponyo.

Alu ku ngangak nyo kat opis...raso rang isak jak ku nait tanggak, lelah o.o....alu ku madah ngan nyo tiub pecah.. Lam ati aku, mesti nyo penin palak nak beli tiub baru mesti lamak baru dapat..

Tauk sik apo dipadah nyo,
Sik apo kamil, kelak order baru, sik lamak, sampei lah tiub baru...

Ceh...lam ati aku, lupak ku tek, tok bukan Malaysia...patutlah laju jak beli tiub baru...Lepak jak nyawo aku entam leh takut..sik do papo nak dirisau..ado banyak tiub djual kat situk ruponyo...Arum mbulak, arie tok nempah, minggu baru dah dapat dah...

Yo lah ku nak encrito dikit, bulan dolok, aku baruk gusak centrifuge kat lab, jd semo urang tengah nuggu centrifuge baru, baruk sidak yo dapat molah kejo..haha..... Aku raso, bukan salah aku 100%, dah centrifuge yo centrifuge lamak..ngakai na eh..ku makei jak, alu gusak.. Kali nang dah nasib aku, maso aku makei, nyo gusak.. apo nak polah, nang dah nak gusak...dah sebulan dah, alu sik sampei2 gik yg baru...aku pun nunggu juak, sb aku empun pun belum abis gik..entian nantik, aku molah lah kejo lain2....sik pat plentei2 eh pok..hehe...oklah..aku nak gurin lok...

Thursday, October 09, 2008

Ngenang ka kesah dolok dolok (dalam bahasa sarawak)

Geram juak sa nyawa nak nulis lam bahasa sarawak eh..tapi mun kamek nulis lam bahasa swk, mesti yang faham, shah, jep, ju/JK jak yang faham..mun yang lain2, nang sik faham.. Lebih2 agik mun kuzak ngan rauhunt.. sik pa lah..pos tok jak nulis bahasa swk..kelak nulis BM gik..huhu...

Sebenar eh, aku kat Lab..tengah nunggu supervisor aku, alu sik datang2, janji ngan aku nak temu kat lab kol 9, tok dah 9.30, alu sik sampei2 agik.. Kali nya masih tidur kat umah kali ataupun mungkin nya lupak.. mun sik datang juak lam 10 minit tok, alu terpaksa lah aku ge opis nya.. Malas juak sa nyawa ku nak nait tingkat 3, lelah ku nak deki tanggak ya..

Aku molah energy minggu tok.. Sebenarnya samples aku dah abis dah aku analisis untuk part energy. Arie tok aku turun lab sb nak nolong supervisor aku analisis nya pun samples.. Biasanya nya memang akan bayar ikut jam.. mun sik salah aku mun analisis samples, lam AUD 20 sejam.. ah, sik kesahlah berapa nya merik, yang penting, nya berik duit juak ngan aku..hehe...

Aku sebenarnya malas juak, tapi dah supervisor minta tolong, sik pa lah kata ku lam ati, sb tok kali pertama nya minta tolong aku analsis samples nya... Sebelum tok pun nya selalu nolong aku sampling.. Tiap2 kali sampling, nya mesti turun nolong aku dari pagi sampei petang... Ya ku ngenang balit masa aku belajar MSc kat serdang dolok, semua dari a to z aku polah dirik pun.. sampling, handling ikan, ukur ikan,sedia tangki, sedia sistem, semua aku polah dirik pun... Tapi kat situk, supervisor aku akan turun nolong aku sampling, ngukur ikan, ambik darah ikan, labwork..arum bulak, mun aku molah keja, mesti sidak ya turun nolong, mun sik, ngabas jak supaya yg aku polah sik lari dari asal...

Ingat aku waktu aku molah sampling untuk gastrointestinal evacuation rates..selama 24 jam berturut2 sik tdr...setiap dua jam kena collect fish feaces. ada 12 tangki, setiap tangki 1000l/1tan. Semalam malaman sik tdr, supervisor aku lah ngan aku berjaga collect samples...mun aku sorang, sik terlarat juak aku..huhu... Banyak juak kenangan eh..mun nak cerita, takut sik larat jak urang mbaca.. :) Kelak2 aku nyambung agik eh :)

Sunday, October 05, 2008

Hari Raya ke 5















Tetamu yg Hadir















Rumah Ghazali















Masih Hijau















Wallaby, sepupu kepada kanggaro















Muka terkejut kena cium




















Tuan Rumah, Ghazali dan Isteri, Kamalia















Aku dan Indra















Antara makanan yang dihidangkan















Teringat aku kat Malaysia..huhu















Sapa nak minum? ada air bandung lg tue :)















Antara tetamu yang hadir















Tetamu

Pagi nie aku bangun awal pagi sebab nak masak laksa untuk dibawa ke umah Ghazali (singaporean). Hari ini ada rumah terbuka kat umah dia. Jadi aku start masak kol 9 lebih n kol 11 pg laksa yg aku masak dah pun siap. Aku ge umah ghazali dengan Kak Nora, liza, Indra dan isterinya. Umah ghazali nie adalah lam 20 KM jaraknya dari umah aku. Disebabkan dia nie seorang peminat/pencinta alam sekitar, dia menyewa betul2 kat tengah hutan. Tapi bukanlah hutan tebal, maksud aku d sekeliling umahnya adalah ladang2 lembu dan bebiri. Kawasan umah nie memang menarik, memang macam suasana kampung, ada tasik d sebelah umah dan banyak hidupan liar kat sekitar umah..Antaranya wallaby, arnab, kanggaro dan itik liar. Walaupun hakikatnya d Tasmania tiada kanggaro, tp kat area umah ini, kekadang muncul kanggaro dan mungkin kanggaro nie dibawa masuk secara haram ke Tasmania dan dilepaskan d dalam hutan. Mungkinlah....

Memang seronok raya tahun nie, sb ada banyak aktiviti. Ramai juga tetamu yang hadir hari nie...Disebabkan tuan rumah adalah berasal dari singapura, semua tetamu yang hadir adalah orang singapura. Seperti biasalah, aku lepak umah Ghazali dari tengahari sampai kol 5 petang. Kol 5 petang, kitaorang berangkat pulang ke umah masing2.

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio