Friday, October 17, 2008

Buaya




















































Satu lagi post yg bersifat akademik. Aku ingin berkongsi cerita mengenai pendapat aku mengenai buaya. Bagi aku, buaya adalah haiwan yang penuh dengan misteri. Bila disebut mengenai buaya, akan terbayanglah kita mengenai seekor haiwan yang ganas dan menakutkan. Di Malaysia seperti yang kita sedia maklum, serangan buaya biasanya berlaku di Sarawak. Di Sarawak, setiap tahun mesti ada laporan mengenai kematian akibat serangan daripada buaya. Mungkin serangan buaya terhadap manusia disebabkan persaingan untuk mendominasikan kawasan ataupun mungkin disebabkan oleh kekurangan ikan yang menyebabkan buaya tiada pilihan selain dari menyerang manusia.

Di sarawak, serangan buaya biasanya dikaitkan dengan sungai batang lupar di mana di sungai itu juga dikatakan bujang senang sedang bertapa menunggu mangsanya. Mengikut cerita orang tempatan di batang lupar, mereka mendakwa pernah melihat bujang senang timbul di sungai tersebut dan dakwa mereka lagi, lebar badan bujang senang adalah sama lebar dengan bas. Memang mungkin ada kebenaran dakwaan tersebut jiwa buaya tersebut bersaiz 10m ke atas. Sebab mengikut pembacaan aku, buaya yang sepanjang 5-6 meter, lebar badan adalah sama saiz dengan lebar kereta kancil atau lebih lebar dari kereta kancil.

Mengenai sejarah bujang senang di sarawak, dikatakan bujang senang ini adalah jelmaan manusia. Tapi kalo mengikut teori, adalah mustahil buaya berasal daripada manusia. Dan salah satu lagi kepercayaan mereka, buaya boleh mendengar kita berbual kerana buaya mempunyai telinga di dapur. Tapi ini adalah hanya kepercayaan orang tua2 zaman dahulu. Di Sarawak, adalah pantang bagi sesuatu keturunan tersebut mebunuh buaya kerana jika seseorang itu membunuh buaya, maka buaya akan menyerang keturunan orang yang menyerang atau mebunuhnya sampai bila bila.

Keadaan ini pernah berlaku di bahagian kota samarahan di mana 3 mangsa buaya mempunyai pertalian darah. Mengikut cerita, keturunan mangsa pernah membunuh buaya di sungai kota samarahan. Disebabkan itu, selang beberapa tahun kemudian, buaya mula menyerang keturunan mangsa hingga menyebabkan 3 kematian. Nama dan tarikh serangan pernah direkodkan di dalam sebuah buku yang bertajuk "man-eating crocodile". Adakah ini kebetulan ataupun memang sumpah tersebut benar2 berlaku? Adalah sukar mencari jawapan pada persoalan ini.

Sebenaranya di seluruh dunia, ada 13 spesies buaya, 2 spesies alligator, 5 spesies caiman dan 2 spesies gharial. Di Malaysia, biasanya buaya yang dikategorikan yang paling ganas adalah buaya air masin, di mana buaya air masin ini boleh berenang hingga jarak 600 KM ke laut. Maksudnya di sini, buaya bukan sahaja mendiami sungai, tetapi juga laut, di mana berjarak 600Km dari muara sungai. Ini terbukti bila beberapa video telah berjaya direkodkan di mana penyelam menjumpai buaya berenang jauh ke laut. Dan berlaku keadaan di mana buaya bertarung denga ikan jerung dan video ini pernah diterbitkan dalam satu dokumentari.

Kadang kadang orang bertanya, bagaimana mangsa serangan buaya boleh ditemui semula sedangkan sepatutnya mangsa telah dibaham oleh buaya. Ada satu yang patut kita tahu mengenai buaya, bila ianya menyerang secara perseorangan, buaya tersebut tidak akan mampu mengoyakkan daging mangsa kerana buaya tidak mempunyai gigi yang khas untuk memotong daging. Oleh sebab itu, buaya akan membunuh mangsanya dan akan menyimpan mangsanya hingga mangsa hampir reput, barulah buaya tersebut akan mula memakan mangsanya. Oleh sebab itu, jika kita menemui mangsa serangan buaya, janganlah kita turun ke sungai kerana buaya yang menyerang mangsa berada di sekitar mangsa dan buaya tersebut boleh bertindak ganas bila kita mengganggu makanan dia.

Satu lagi yang pelik mengenai buaya, di mana sahaja sungai yang mempunyai udang, di situlah akan ada buaya. Sebab dan musabab nya, aku pun kurang pasti. Mungkin satu kajian patut dilakukan mengapa buaya dan udang sentiasa memerlukan di antara satu sama lain. Sebenarnya ada banyak lagi yang aku ingin cerita mengenai buaya. Mungkin di lain post :)

11 comments:

oon said...

mil, kenak tetiba pasal boyak tok.

tpi mek lucu ngan sigek statement. boyak da telinga d dapur, chemm ni yaaa. hehehe lucu eh.

neway kat upmkb ada boyak sik? ataupun boyak ya telah migrate ke aussie. larikkkk. boh manas dengggg, mek guro jakk. keke.

kamil said...

hehe...sik tauk nak cerita apa, ya cerita tentang boyak tek :) Boyak UPMKB ada banyak spesis o.o... dah tersebar di merata benua kat dunia tok..hehe... ya lah kan..cerita urang tua jaman2 dolok :D Mistik kan, sik dapat diuraikan dengan fakta kan....

jep said...

good piece! tulis lagi pasal boya ni. menarik la plak. hehehe. pasal video boya tu bertarung dgn jerung.. bleh tgk kat mane2 website? youtube?

ko ingat lubuk paku kat maran tu tak? tmpt aku sampling utk masters dulu. situ byk udang.. termasuklah galah. aku dgn parvaneh dulu selamba je mancing malam2 kat situ :D

btw, gmbr dlm entry ni boya kat tasmania zoo?

syfazidawaty said...

seahorse n croc..whats next in d list?hehe!lak balit saratok, ktk mesti amik pic boyak saratok k..sian cdak xda exposure trus dlm dunia IT..mala boyak oversea jak knk expose..

kamil said...

Jep- dulu kalo aku tak silap, aku tengok kat astro, animal planet ke kalo tak silap....aku tak jumpa lg kat youtube, veoh tv, dll website. Btw, gambar boya tue aku ambik kat taman tumbina masa lawatan lepas seminar mengenai jerung.. Eh..sungai pahang tue ada buaya tembaga...sb tue ada udang kat situ..macam kat sungai marang, terengganu, banyak udang, tp kat situ pun banyak buaya.

syfazidawaty-sik tauk gik nak tulis apa gik pas tok, tangga lok mun ada maklumat :D gambar boya tue gambar dari taman tumbina, bintulu :) Kat area saratok ya, kat belah kupang ya orng madah ada banyak boya... Kamek sik pernah sampei siya pun..ya sik dapat nak ambik gambar..huhu

juri said...

hi mil..menariknya...tertarik hati jue membacanya..

kamil said...

Thank u jue :) wah..jue, sejak bila tukar nama jd JURI nie? :p

a.jml said...

jml-jep: betoi ka pancing dgn pavaneh... tak lemas ka? :)

jml-kmil: boring dah ke dgn ikan.. dulu buaya kat upm lg ganass......lepas serang kolej 5 boleh serang lg kolej 12. pada mlm yg sama. takot betoi.

rasanya lepas tu ada lg serangan kat flat apa tu..sebelah pgr upm tu, flat ikan ka? lupa lak

kamil said...

a. jml- wah..ganaz2 gak buaya tue.. Rasanya buaya tue dah kena tangkap, dah jinak dah skrg..hahaha

a.jml said...

jinak sementara tgu ayat2 power di peringkat latihan hafal skrip rasanya. mesti dah dasyat english hang nohh. boleh terjemah ayat ni tak?

BAGAIMANAKAH KESIHATAN MAKCIK SEKARANG?

kamil said...

Aik..abg jamal nie, kura kura dalam perahu plak :p
abg jamal cakap eng ngan haleena, roy, eduardo since buat master, takkan tanya "BAGAIMANAKAH KESIHATAN MAKCIK SEKARANG?" :p Saje jer..hehe...

Jgn jadi sampai- can u tell me how to prepare a cup of coffee = "first, add sugar, add water, and then DISTURB DISTURB plak" hehe....

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio