Thursday, June 23, 2011

Budak Mesia

Perjumpaan pelajar malaysia di Launceston sempena dengan cuti semester. untuk diaorg je lah, bukan untuk aku, sb keja aku masih bertimbun.huhu... Ramai gak yang datang wlpun kebanyakkannya sedang pergi bercuti dan ada yang balik Malaysia. Rasanya skrg je kot dapat tengok budak2 nie senyum, nanti dah buka semester, semuanya buat muka tensen..hahaha..takpe, bg peluang diaorg bergembira masa cuti.. :) Kat bawah nie gambar yang menceritakan apa yang berlaku malam tue :)





Wednesday, June 15, 2011

Biar betul

Sangatlah kelakar... Sakit usus aku sebab gelak tgk video ini..hahaha

Iktiologi Bhg 3

Drpd 281 000 haiwan (sila rujuk entri mengenai iktiologi bhgn 2) , 48 400 adalah haiwan bertulang belakang di mana terdiri daripada; mamalia 4 200, burung 8 600, reptilian 7 000, amfibia 4000 manakala ikan 24 600.

Anggaran jumlah spesis ikan berdasarkan kumpulan utama mereka:

Hagfishes (myxini) sebanyak 32 spesies

Lampreys (Cephalaspidomorphii) sebanyak 41 spesies

Cartilagenous fishes (Chondrichthyes) sebanyak 800 spesies

Bony fishes (Actinopterygii) sebanyak 23 720 spesies

Latimeria (Crossopterygii) sebanyak 2 spesies

Lungfishes (dipnoi) sebanyak 6 spesies


mungkin ramai tertanya2, apakah kumpulan2 di atas itu? dan mungkin ada yan kali pertama mendengar kumpulan2 ikan ini. Entri yang akan datang akan menerangkan apakah kumpulan2 yang telah dinyatakan di atas.

Tuesday, June 14, 2011

Iktiologi Bhg 2

Ini adalah pecahan benda2 hidup di dunia

1) Serangga sebanyak 751 000 spesies
2) Protozoa sebanyak 30, 800 spesies
3) Tumbuhan peringkat tinggi sebanyak 248 400 spesies
4) Virus sebanyak 1000 spesies
5) Kulat (Fungi) sebanyak 69 000 spesies
6) Bakteria 4 800 Spesies
7) Haiwan2 lain termasuk mamalia sebanyak 281 000 spesies

Ini adalah rekod lama, dan mungkin kajian terbaru menunjukkan peningkatan dalam jumlah2 spesies yang dinyatakan seperti di atas. Entri selepas ini akan menceritakan mengenai pecahan no 7, haiwan2 lain dan mamalia.

Kenapa mesti guna racun untuk tangkap udang?

Aku tertarik dengar berita mengenai kes meracun udang di sungai. Kes ini banyak berlaku di Sarawak, termasuklah di sungai di kampung aku, sungai kerian. Aku masih tak faham, kenapa ada manusia yang tidak bertanggungjawab dan sangat rendah mentalitinya wujud pd masa skrg. Dia tahu racun itu berbahaya pd haiwan dan manusia. Memang benar udang takkan mati bila diracun, sb dikatakan udang akan melompat ke tepi pantai/ sungai apabila racun dimasukkan ke dalam sungai. Pada waktu itulah si "peracun" akan menangkap udang yang melompat dari sungai tersebut. Kenapa udang melompat? mungkin disebabkan oleh bahan kimia aktif yang terdapat dalam racun tersebut telah mengangu fisiologi udang dan menyebabkan udang cuba untuk lari dari kesan bahan kimia tersebut dengan cara melompat dari persekitaran air.

Masalah yang utama ialah kesan pd orang yang membeli udang yang diracun td. Biasanya, untuk menghilangkan kesan racun, si peracun td akan memasukan udang dalam air garam, kerana dikatakan air garam boleh menghilangkan kesan racun td. Tapi sejauh mana kebenarannya, aku pun tak tau. orang yang memakan udang yang diracun td akan medapat kesan dari racun itu, tetapi yang pasti kesannya bukan dalam masa terdekat, mungkin dalam masa 10-20 thn. Mungkin boleh menyebabkan kanser. Jd orang yang meracun udang dan menjual udang pd orang ramai adalah seorang pembunuh dalam senyap. Sepatutnya hukuman berat patut dikenakan pada orang yang ditangkap menggunakan racun untuk menangkan udang. Di bawah adalah petikkan dari Harian Metro hari ini mengenai kes meracun udang:

udang sungai kerian, saratok, sarawak
udang sungai kerian, saratok, sarawak


Racun udang galah (Sumber: HARIAN METRO)

REMBAU: Perbuatan segelintir pihak yang menggunakan racun sebagai ‘jalan pintas’ bagi mendapatkan udang galah di kawasan sungai, di Kampung Sungai Timun, di sini, menimbulkan rasa kurang senang nelayan di kampung itu yang semakin terjejas pendapatan diperoleh sejak kebelakangan ini.

Bukan itu saja, perbuatan terbabit sejak beberapa minggu lalu menyebabkan jumlah tangkapan terutama udang galah di sungai berkenaan semakin berkurangan.


Perkara berkenaan diakui nelayan, Norkaisyah Ausat, 52, yang mendakwa menemui puluhan udang galah, udang kapas dan ikan terapung di pesisir sungai terbabit dipercayai diracun sejak beberapa minggu lalu.

Menurutnya, mereka sudah memaklumkan kepada Persatuan Nelayan Kampung Sungai Timun dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Timun supaya tindakan susulan dilakukan.


“Kami kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan cara tidak betul semata-mata mahu meraih keuntungan lebih dalam tempoh singkat.


“Kami yang keluar rumah dari jam 9 malam hingga 10 pagi untuk menjala kecewa melihat banyak udang mati sebaik sampai ke jeti,” katanya ketika ditemui di sini.

Norkaisyah berkata, sebelum ini, nelayan memperoleh lima hingga 10 kilogram (kg) udang, namun keadaan itu berubah berikutan jumlah tangkapan semakin berkurangan akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu meracun udang di sungai itu.


“Beberapa minggu lalu, saya memperoleh dua hingga tiga kilogram dan itu bukan udang galah, tetapi udang kapas.

“Keadaan ini amat merunsingkan kerana kampung ini terkenal dengan udang galah dan ramai pelanggan terutama dari luar mahukan udang galah sungai, namun kami tidak mampu memenuhi permintaan mereka,” katanya.


Katanya, jika dibiarkan berterusan, ia dikhuatiri akan menjejaskan pendapatan nelayan kerana kebanyakan mereka bergantung hasil tangkapan sungai untuk menyara keluarga.


“Saya berharap pihak berkaitan memikirkan cara terbaik bagi membantu kami terutama dalam meningkatkan aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” katanya. Peniaga gerai makanan, Suzana Rasul, 33, berkata rata-rata peniaga di kampung itu mengeluh perniagaan mereka semakin merosot berikutan jumlah pengunjung semakin berkurangan.


“Saya tidak tahu di mana silapnya apabila pengunjung tidak seramai dulu. Walaupun pangkalan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti chalet, surau dan dewan terbuka, tetapi tidak berupaya menarik pelancong,” katanya.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kampung Sungai Timun, Borhan Miss, berkata pihaknya menerima aduan nelayan berkaitan perkara itu dan mengambil tindakan segera bagi memantau keadaan sekitar.


“Bukan mudah untuk mengesan kegiatan itu, tetapi kami akan berusaha memastikan ia tidak akan berulang,” katanya.

Monday, June 13, 2011

Iktilogi (Ichthyology-Eng)

Kali ini, saya ingin menceritakan sedikit mengenai ikan. Entri kali ini adalah entri ilmiah yang mungkin boleh dibaca bagi menambahkan ilmu mengenai istilah biologi yang digunakan dalam bidang sains. Iktilogi. Istilah ini mungkin merupakan istilah baru bagi sesetengah orang dan bagi pelajar perikanan, iktilogi adalah istilah yang biasa digunakan di dalam bilik kuliah. Definisi iktiologi adalah cabang zoologi yang mengkaji tentang ikan. Ini termasuk ikan berangka (Osteichthyes), ikan bertulang rawan (Chondrichthyes), dan ikan tanpa rahang (Agnatha)..

Kajian ini meilibatkan pengkelasan ikan dan di sini, dan secara umumnya, terdapat 5 kaedah pengelasan yang diterimapakai di seluruh dunia:

i. Klasifikasi - adalah istilah yang sangat luas yang bermaksud meletakkan sesuatu di kelas

ii. Taksonomi - bererti memberi nama untuk sesuatu yang mencerminkan klasifikasi mereka. Ini adalah penemuan, pengenalan, definisi dan penamaan kumpulan organisma (Alam, Filum dll)

iii. "Phylogeny" atau Filogeni dalam BM adalah "tree of life"- struktur hirarki dimana setiap bentuk benda hidup berkaitan dengan benda hidup yang lain

iv. "Systematics" adalah proses cuba untuk mengklasifikasikan binatang atau tumbuhan berdasarkan filogeni mereka. Ini adalah kajian tentang kepelbagaian biologi.

v. "Cladistics" juga dikenali sebagai sistematik filogenetik adalah menganalisa taksa yang berbeza untuk mencari kesamaan dan perbezaan antara mereka, dan yang menggunakan persamaan dan perbezaan untuk mendapatkan struktur hirarki yang menunjukkan yang taksa yang hampir serupa dengan yang lain.


Ini contoh ikan berangka

Ini pun contoh ikan berangka (dan ini juga gambar ikan hasil memancing beberapa bulan yang lepas..hehe)

Ikan Yu adalah contoh ikan bertulang rawan

Bila lah hati nie nak berbunga :p (ayat2 jiwang..haha)

Sunday, June 12, 2011

Perperangan d Eropah

Masih ingatkan lagi korang dengan cerita saving private Ryan? cerita peperangan yang sangat popular masa dulu.. 6 Jun yang lepas adalah peringatan ke-66 operasi Normandy, atau Operasi Overlord. Pada tahun 1944, hari itu ada operasi strategik pendaratan pasukan Berikat di Perancis.

kekuatan Sekutu ekspedisi terdiri daripada 39 bahagian dan 12 brigade, 12.000 pesawat pejuang melawan Jerman. Ribuan tentera telah meninggal pada hari itu, pantai ini. Untuk mengetahui secara ringkas apa yang berlaku, and boleh baca di sini :Normandy Landings

Ini adalah antara gambar yang menceritakan apa yg berlaku pd masa tersebut:












Source: Interesno

Cara Terbaik tangkap ular Sawa...OMG

Cara terbaik tangkap ular sawa dari afrika..tak perlu guna umpan tikus, ayam dan itik..Hanya guna kaki jer...memang OMG...memang berani dan gilerrrr....


Les Pythons aiment les jambes.... by Saoro

Hitam putih kehidupan




Antara gambar hitam putih yang aku ambil beberapa bulan yang lepas... gambar yang last tue gambar hitam yg bewarna warni..hahaha

Kopi

Aku ketagih dengan kopi? erm...tak lah kot...aku terpaksa minum kopi untuk memastikan aku tak tidur awal sangat..keja makin banyak..rasa macam makin aku buat, makin banyak plak aku kena tambah..huhu.....

Bayang bayang menceritakan segalanya

Sebelum nie asyik ambil gambar orang je..skrg nie apa kata ambik gambar bayang2 plak? :p inilah hasilnya :)


Saturday, June 11, 2011

Starbucks or starfucks?

Sapa nak minum kat sini??? hhahaha


Source: MICgadget

Air terjun yang cantik

Sangat cantikkk...Iguazu Falls, Iguassu Falls, atau Iguacu Falls adalah air terjun dari Sungai Iguazu yang terletak di sempadan Negara Brazil dan dalam wilayah Misiones, Argentina. Sungai Iguazu bermula di kota Curitiba dan menghala ke sebahagian besar Brazil dan berakhir di sempadan Brazil dan Argentina. Air terjun terdiri daripada 275 air terjun yang kecil di sepanjang 2.7 kilometer (1.7 batu) sungai Iguazu. Memang terbaikkk..







Source: The AMAZING stuff

Giant Transformers





Nak berkongsi giant tarnsformers sculptures yang diperbuat daripada bahagian2 kereta dan truck utk pameran Ripley's believe it or not.. Sangat canggih.. Menariknya, ianya telah direka oleh pereka dari Thailand... Memang terbaikkkk...

Source: Underwire

Cerita mengenai lebah madu

Sangat kagum dengan orang yang mencari madu lebah.. Bukan kerja senang.. Kalo kena sengat, adui..memang sakit.. Teringat masa zaman sekolah dulu, waktu tue arwah atuk ge ambik madu lebah.. kejadian berlaku masa hujan... jd bila hujan dah mula reda, jd dia mula asapkan sarang lebah untuk tujuan supaya lebah itu meningalkan sarangnya, sb lebah tak tahan dengan asap (tak tau lah kenapa, mungkin mata lebah tue pedih kot ..hehe).. Dia ingatkan semua lebah dah terbang lari, rupanya disebabkan hujan, ada lagi lebah yang bersembunyi dalam sarang tersebut. Jadi bila dia nak memotong dan mengambil madu tue, tetiba lebah yang masih ada d sarang tue keluar dan menyengat.. Tp mungkin sb dah biasa melalui pengalaman dsengat lebah, jd tak lah meberi kesan sangat wlpun sakit... Bila balik tue, atuk suruh aku cabutkan sengat yang tertingal kat badan dia (lebah bila dia menyegat mangsanya, sengat akan melekat d badan mangsa dan lebah yang kehilangan sengat akan mati).. Banyak betul sengat kat badan atuk aku masa tue.. Jadi aku yang tak berapa nak bijak, ambik lah satu daripada sengat tue dan cucuk kat jari aku..mak aiiii...sakit sungguh..aku tak leh bayangkan kalo kena sengat oleh berpuluh2 lebah macam atuk aku... boleh pengsan kot atau pun masuk ICU.. Kat bawah nie adalah cara moden ambik madu lebah...kalo orang dulu2, diaorg guna asap je...dan biasanya diaorg akan ambik madu pada malam hari... satu lagi kita kena ingat, bila seekor lebah sudah menyengat kita, yang lain semua akan pergi untuk menyegat juga disebabkan lebah yang pertama tadi telah meninggalkan bau di mana bau yg ditinggalkan di badan mangsa membolehkan lebah lain mengesan / menyengat mangsanya..

Friday, June 10, 2011

Kejap ada..Banyak kali takde..

Sekarang nie tersangat2 lah busy.. nak buka blog pun jarang ada peluang.. Buat masa nie sibuk sebab tengah writing thesis yang entah bila nak siap.. Makin buat, makin banyak plak rasanya yang perlu ditulis.. Bila orang tanya bila nak abis tulis thesis, aku jawab aku sendiri pun tak tau..

Ada kawan2 tanya, kenapa aku nampak slalu stress? susah sangat ke nak menulis tue?
Aisehhhh..aku malas lah nak jawab soalan2 macamnie... Kalo aku kata susah, nanti orang kata aku nie saja nak menunjuk..Jadi jawapan aku, "bolehlah", tp kalo nak rasa, sambunglah gak nanti...baru ada pengalaman sendiri..kalo aku nak cerita, mungkin susah orang nak faham..huhu..

Sekarang pun tgh musim sejuk kat sini..aku tak tau sejak minggu lepas sejuk lain macam je... Bila berita kat TV semalam, rupanya angin sejuk bertiup kat tempat aku, sb itulah dijangka sejuk dalam seminggu dua nie.. skrg kat tanah tinggi pun dah ada salji.... Aku sebenarnya paling tak suka dan tak suka musim sejuk... otak aku tak berfuungsi masa musim sejuk..bila tidur, nak bangun susah sungguh...sedap o.o..tdr masa sejuk2..huhu.. Jd buat masa sekarang, untuk mengelakkan aku terbanyak/terlebih tdr, aku biasa turn on heater kol 3 pagi supaya aku leh bangun pagi2... tue je lah cara yang paling senang...

Tapi kat sini masalah heater plak, menyebabkan letrik mahal...dah lah bil letrik sampai 3 bulan skali... biasanya dalam musim sejuk, rumah aku bayar sekitar AUD 2000 utk bil letrik 3 bulan... rumah aku duduk skrg ada 6 bilik, dan ada 6 0rg penyewa... Tp jgn heran, kat sini letrik mahaiiii nak mampusss.... Memang bersyukur sangat kita di Malaysia, tarif letrik masih tersangatlah murah..tp kena ingat gak, malaysia banyak empangan, memang patutlah letrik murah..hehe... tambahan pun kat sini, gaji kat sini mahai2... Gaji kerani biasa dalam sekitar 40-50 ribu AUD setahun.. Kalo gaji keja2 biasa pun dibayar sekitar 10-15 AUD sejam..

Ok...nanti ada masa, aku cerita lagi lah kan apa2 yg menarik di sini... :)

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio