Monday, June 13, 2011

Iktilogi (Ichthyology-Eng)

Kali ini, saya ingin menceritakan sedikit mengenai ikan. Entri kali ini adalah entri ilmiah yang mungkin boleh dibaca bagi menambahkan ilmu mengenai istilah biologi yang digunakan dalam bidang sains. Iktilogi. Istilah ini mungkin merupakan istilah baru bagi sesetengah orang dan bagi pelajar perikanan, iktilogi adalah istilah yang biasa digunakan di dalam bilik kuliah. Definisi iktiologi adalah cabang zoologi yang mengkaji tentang ikan. Ini termasuk ikan berangka (Osteichthyes), ikan bertulang rawan (Chondrichthyes), dan ikan tanpa rahang (Agnatha)..

Kajian ini meilibatkan pengkelasan ikan dan di sini, dan secara umumnya, terdapat 5 kaedah pengelasan yang diterimapakai di seluruh dunia:

i. Klasifikasi - adalah istilah yang sangat luas yang bermaksud meletakkan sesuatu di kelas

ii. Taksonomi - bererti memberi nama untuk sesuatu yang mencerminkan klasifikasi mereka. Ini adalah penemuan, pengenalan, definisi dan penamaan kumpulan organisma (Alam, Filum dll)

iii. "Phylogeny" atau Filogeni dalam BM adalah "tree of life"- struktur hirarki dimana setiap bentuk benda hidup berkaitan dengan benda hidup yang lain

iv. "Systematics" adalah proses cuba untuk mengklasifikasikan binatang atau tumbuhan berdasarkan filogeni mereka. Ini adalah kajian tentang kepelbagaian biologi.

v. "Cladistics" juga dikenali sebagai sistematik filogenetik adalah menganalisa taksa yang berbeza untuk mencari kesamaan dan perbezaan antara mereka, dan yang menggunakan persamaan dan perbezaan untuk mendapatkan struktur hirarki yang menunjukkan yang taksa yang hampir serupa dengan yang lain.


Ini contoh ikan berangka

Ini pun contoh ikan berangka (dan ini juga gambar ikan hasil memancing beberapa bulan yang lepas..hehe)

Ikan Yu adalah contoh ikan bertulang rawan

2 comments:

wa khairul onggon said...

Kamil.. byk ilmu ikan ktk tuk hehehe.. Munda diving, share2 juak gambar :)

Kamil L said...

Hi Khairul...lamak sik dengar kbr kitak..hehe... sik lah banyak, tauk sikit2 jak... :) Kamek lum ada lesen diving o.o.. kelak balit mesia kamek ngambik.. :)

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio