Saturday, November 21, 2009

Terbang Bebas


Tadi aku ge mancing ngan kawan aku. Aku sebenarnya malas nak mancing, sb alasan hanya aku malas... Tapi sb nak temankan kawan, jadi aku pun ikut dia mancing.. Aku bawalah juga joran pancing. Sampai tempat mancing, aku letak umpan kat mata kail, n aku mula lah mancing. Tapi dsebabkan takde minat nak mancing, aku hanya letak pancing kat lantai. Aku ge ambik kamera dan aku buat aktiviti lain dari meancing. Biarlah ikan makan pancing... Inilah hasil aktiviti aku semasa menemankan kawan aku mancing tadi.. Aku ambik gambar burung :)




Sunday, November 15, 2009

Lama tak jenguk...

Lama dah aku tak jenguk blog nie.. sejak sampai dari Malaysia dulu, aku mulakan minggu aku dengan kerja makmal aku yg tak tau bila nak siap. Skrg nie, jadual aku bermula dari pukul 9pg-5ptg, memang di makmal. Kekadang rasa seronok, sb kalo masuk makmal, maksudnya aku akan dapat segala data dari sampel yg aku peroleh dari experimen aku. Tapi kalo dah tiap2 hari kat makmal, perasaan bosan n memberontak pun wujud gak... Tapi seperti biasa terpaksa menidakkan kehendak perasaan untuk keluar dari kepompong kebosanan dengan memikirkan hasil yg akan aku perolehi dari analisis yg aku tgh buat skrg...

Pada masa skrg, cuaca pun dah mula panas di Tasmania.. dah nak masuk ataupun dah masuk musim panas, aku pun kurang pasti. Yang peliknya, cuaca di sini susah nak diramalkan.. kadang2 pakai baju tebal pagi, bila tengahari, panas terik plak.. Kekdang pagi panas, pakai baju nipis, dah sampai tengahari, sejuk plak.. memang kekadang dalam 1 hari, ada 4 musim. Tapi itulah realitinya.. Risau gak sb kalo suhu yang sentiasa berubah2 ini, boleh menyebabkan demam.. Buat masa sekarang, memang aku dah beli sekotak panadol sebagai persediaan kalo tetiba demam...

Kepada semua pembaca blog yang tengah bercuti (cuti sem) dan kepada cikgu2 yg akan bercuti, selamat bercuti dan gunalah cuti ini sebaiknya untuk berehat... Pada kawan2 yg masih bertungkus lumus kat Lab, teruskan usaha... :)

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio