Sunday, November 15, 2009

Lama tak jenguk...

Lama dah aku tak jenguk blog nie.. sejak sampai dari Malaysia dulu, aku mulakan minggu aku dengan kerja makmal aku yg tak tau bila nak siap. Skrg nie, jadual aku bermula dari pukul 9pg-5ptg, memang di makmal. Kekadang rasa seronok, sb kalo masuk makmal, maksudnya aku akan dapat segala data dari sampel yg aku peroleh dari experimen aku. Tapi kalo dah tiap2 hari kat makmal, perasaan bosan n memberontak pun wujud gak... Tapi seperti biasa terpaksa menidakkan kehendak perasaan untuk keluar dari kepompong kebosanan dengan memikirkan hasil yg akan aku perolehi dari analisis yg aku tgh buat skrg...

Pada masa skrg, cuaca pun dah mula panas di Tasmania.. dah nak masuk ataupun dah masuk musim panas, aku pun kurang pasti. Yang peliknya, cuaca di sini susah nak diramalkan.. kadang2 pakai baju tebal pagi, bila tengahari, panas terik plak.. Kekdang pagi panas, pakai baju nipis, dah sampai tengahari, sejuk plak.. memang kekadang dalam 1 hari, ada 4 musim. Tapi itulah realitinya.. Risau gak sb kalo suhu yang sentiasa berubah2 ini, boleh menyebabkan demam.. Buat masa sekarang, memang aku dah beli sekotak panadol sebagai persediaan kalo tetiba demam...

Kepada semua pembaca blog yang tengah bercuti (cuti sem) dan kepada cikgu2 yg akan bercuti, selamat bercuti dan gunalah cuti ini sebaiknya untuk berehat... Pada kawan2 yg masih bertungkus lumus kat Lab, teruskan usaha... :)

5 comments:

*wink wink* said...

'Pada kawan2 yg masih bertungkus lumus kat Lab, teruskan usaha... :)' aduhh,ayat itu sungguh menyentuh prasaan..tp xdohai, x lmk gik mekorg cuti juak..=)

Cikgu Adham said...

hah hah xpa.. kawe tgk2 juga..

yankumi86 said...

kat sne pnas,kat cni hujan jer.huhu..nk blik ry aji tkot x lepas.sobs2

Kamil L said...

Syarifah-hehe..best nyer urang ya, slalu jak dapat balit saratok..jeles mek eh.. :p

Cikgu Adham-hehe...cikgu kongsilah gak crita masa2 bercuti kat kampung..nak tgk gak kampung cikgu :)

Wani-tak yah balik johor..raya haji kat terengganu lagi best..saya dah 3 kali raya haji kat sana :)

kirana said...

Lapisan ozon dh makin nipis, mane tak nyanyuk cuaca tuh. So... sayangi lah alam sekitar anda. Hijaukan bumi kita! Chewahhh...

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio