Saturday, November 27, 2010

Kenapa kebolehan pakar sendiri diabai

Aku ingin berkongsi artikel dari berita harian mengenai masa depan penyelidik di Malaysia. Mengapa keadaan ini berlaku dan apa yang patut dilakukan untuk mengelakkan ianya menjadi bertambah parah. Di sini aku ingin menambah sedikit mengenai cara penilaian kita d Malaysia. Dulu aku pernah menulis d blog ini mengenai projek/kajian (research) yang aku tengah buat sekarang. Tetiba ada seorang yang dari segi komennya menunjukkan dia ini adalah seorg yang berpangkat tinggi dalam sektor awam d Malaysia. Dengan mudahnya dia mengatakan kajian yang aku buat itu tidak menarik dan tidak akan mendatangkan manfaat untuk negara Malaysia. Aku memang terkilan, sb kita tidak pernah menghargai hasil usaha penyelidik. Sedangkan dia tidak tau 100% apakah kajian yang aku tengah buat skrg. Baru2 nie aku telah membuat pembentangan mengenai kajian yang aku buat di international conference (di sini). Habis je pembentangan aku itu, penyelia aku dihubungi oleh pihak industri (syarikat swasta) yang ingin mendapatkan maklumat lengkap mengenai projek ini sb mereka ingin mencuba hasil kajian ini. untuk syarikat mereka. Cuba kita lihat, org luar begitu menghargai kajian penyelidik, sedangkan kita memandang rendah terhadap kemampuan org kita sendiri. Aku amatlah berharap agar mungkin tahun2 akan datang, kesedaran kita mengenai betapa pentingnya kita menghargai hasil kajian penyelidik akan menjadi lebih tinggi. Sb jika tidak, kita akan mendapat pulangan dari pelaburan yang telah kita lakukan..

Ini adalah artikel yg dipetik dari Berita Harian.. Sangat menarik untuk dibaca.

Dipetik dari berita harian
(2010/11/25)

Hasrat belajar tanam pokok dengan Singapura ‘melucukan’

SAYA tersenyum lebar apabila membaca sebuah berita Khamis lalu bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berhasrat menghantar satu rombongan ke Singapura bulan depan untuk mempelajari bagaimana republik itu menanam dan memelihara pokok di kebanyakan jalan rayanya hingga diiktiraf sebagai satu-satunya bandar raya ‘terhijau’ di dunia.

Ini adalah bagi memenuhi hasrat kementerian itu untuk menanam sehingga 30,000 pokok di seluruh bandar raya bagi mengembalikan kedudukannya sebagai sebuah bandar raya yang mempunyai banyak pokok di sepanjang jalan dan menjadikannya lebih selesa untuk warga mahu pun pengunjungnya.

Lama dulu ibu kota memang sudah dikategorikan sebagai sebuah bandar terhijau tetapi oleh sebab kerakusan pemaju yang mengambil jalan mudah menebang semua pohon dalam kawasan yang hendak dimajukan, keadaan sudah berubah. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri pun ketika itu langsung tidak prihatin dan mengambil kisah terhadap tindakan melampau pemaju.

Maka Kuala Lumpur pun kehilanganlah statusnya itu dan kini mereka mahu belajar daripada Singapura pula untuk mengembalikan kedudukannya itu. Melucukan kerana Kerajaan Singapura mengambil kakitangan Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Hutan ke Jabatan Landskapnya untuk membiakkan pelbagai tanaman hutan yang mereka beli daripada syarikat semaian di Johor. Kini republik itu telah pula mengeksport anak benih tanaman itu termasuk anggerik, pelbagai jenis palma yang sukar diperoleh, halia dan pelbagai tumbuhan lain.

Apakah sekarang ini kita tidak lagi mempunyai pakar itu? Bukankah kita sememangnya mempunyai bercambah pakar pohon dalam pelbagai bidang disiplin malah mempunyai profesor bidang pembaik biak pokok serta profesor dalam bidang pengurusan taman dan rekreasi di Universiti Putra Malaysia (UPM), selain dari pakar mengenai hutan dalam bandar juga di UPM.

Universiti awam lain khususnya yang sudah diiktiraf sebagai universiti penyelidik juga mempunyai pelbagai macam pakar bidang tumbuhan dan hutan. Yang menghairankan kenapa pakar kita ini diabaikan? Apakah hanya apabila negara lain yang mengetahui wujudnya pakar ini dan mendapatkan khidmat mereka barulah kita sibuk hendak membawa mereka kembali?

Maka ditubuhkan Perbadanan Bakat (Talent Corporation) dengan peruntukan besar untuk mengembalikan pakar kita yang bertugas di luar negara. Anehnya antara mereka ini adalah pelajar yang diasuh dan ditunjuk ajar oleh profesor kita sendiri yang kini sudah bersara dan duduk di rumah tanpa siapa pun mengambil kisah terhadap mereka atau mahu menggunakan kepakaran yang tetap berada dengan mereka itu.
Apakah pakar ini tidak boleh dirujuk mana-mana agensi berkepentingan? Mereka bukannya sudah nyanyuk dan belum pun mencecah 70 tahun. Kalau pun sudah berumur 70 tahun apakah mereka yang masih berfikiran segar tidak boleh dijadikan sebagai pakar rujuk demi kepentingan negara?

Apakah hanya apabila kepakaran mereka ini diiktiraf luar negara barulah kita membuka mata? Inilah dia keadaannya, gajah di depan mata tidak nampak tetapi kuman di seberang jelas kelihatan.

Seorang Prof Emeritus yang pernah bertugas lama dengan sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di luar negara memberitahu beberapa perlakuan yang jelas menunjukkan bagaimana negara asing mudah memperakui pakar kita dan menikmati hasil daripadanya tetapi negara sendiri mengabaikan mereka itu.

Pada suatu ketika dulu kita bekerjasama rapat dengan Kerajaan Australia mengenai buah-buahan kita. Kita pun menerima dana penyelidikan termasuk bantuan lain daripada mereka. Pakar kita ada yang daripada Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menghasilkan laporan yang begitu baik sekali. Hasil penyelidikan itu telah digunakan Australia untuk mewujudkan industri tanaman buah tropika secara besar-besaran di Queensland, sebuah negeri di utaranya yang mempunyai iklim tropika dan subtropika. Hasilnya Queensland kini telah menjadi sebuah negeri pengeksport buah tropika bernilai berbilion dolar. Buah-buahan itu termasuk mangga, durian, rambutan, belimbing, cempedak dan nangka. Malah kita kini boleh membeli mangga Australia (hasil daripada penyelidikan pakar kita) di pasar raya di sini.

Satu kisah lagi ialah mengenai kajian membiak dan mengeluarkan lada hitam berkualiti lebih baik daripada apa yang kita hasilkan di Sarawak dan Johor secara klon. Penyelidikan ini dibiayai JICA –- Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun). Hasil kajian oleh pakar kita itu digunakan Jepun untuk membuka ladang lada hitam secara besar-besaran di Brazil. Hasilnya Brazil kini adalah pengeksport lada hitam terbesar ke Amerika Syarikat dan Kanada. Bagi kedua-dua kisah ini, kita bermata putih sajalah.

Demikian juga pakar sains kita telah menghasilkan baka pohon getah dan kelapa sawit terbaik melalui kaedah klon dan baka-baka ini pun telah diberikan kepada negara lain seperti Indonesia, Vietnam dan beberapa negara lain di Afrika. Tidak menghairankan negara-negara ini nanti akan menjadi pesaing ketat kita bagi getah dan kelapa sawit di dunia.

Prof Emeritus ini menambah lagi, pakar kita itu tidak diiktiraf atau dihargai negara sendiri dan tidak boleh mengharapkan pendapatan baik setimpal kepakaran mereka. Jadi mereka pun berhijrah ke negara maju di mana kepakaran mereka dihargai. Kini kita barulah mahu mengiktiraf mereka ini dan beriya-iya hendak memikat mereka kembali berkhidmat untuk negara.

Dalam pada itu apakah pakar kita yang sedia ada di sini turut dihargai dan diberi pengiktirafan? Apakah hasil penyelidikan mereka yang begitu bercambah disedari atau pun dihargai?

Kini universiti sendiri yang berusaha memberi pengiktirafan kepada saintis dan pakar mereka. Universiti Kebangsaan Malaysia misalnya telah mengusahakan portal beritanya sendiri yang diwujudkan sejak Mei lalu sempena ulang tahun ke-40 penubuhannya dalam web UKM untuk mengetengahkan hasil penyelidikannya kepada umum. Sehingga kini UKM saja sudah mendaftar lebih 295 hak milik intelek hasil dari penyelidikan yang telah dilakukan sejak penubuhannya. Hasil penyelidikan itu juga sedang dinilai dan ditaksir untuk dijadikan sebagai asas penubuhan syarikat bagi mengeluarkan barangan untuk pengguna.

Ia telah menubuhkan syarikat penyelidikan dan pembangunannya, UKM Technology Sdn Bhd yang sudah menubuhkan tiga syarikat dalam usaha mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembagunan (R&D) dan inovasinya. Sejumlah 10 lagi syarikat sedang dalam perancangan untuk dilancarkan. Ini adalah sebagai permulaan saja.

Nampaknya universiti sendirilah yang harus berusaha memberikan pengiktirafan kepada hasil penyelidikan pakarnya kerana kalau tidak hasil penyelidikan mereka tidak dimanfaatkan dan mereka sendiri tidak dipedulikan.

Penulis ialah Felo Kanan UKM

Monday, November 22, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha (Tahun 2010)

Selasa yang lepas, hari Raya Aidiladha d bumi Tasmania. Jatuh sehari awal dari Malaysia. Yang tak bestnyer, aku sambut hari raya dalam makmal..memang tensen, sb org lain beraya, kita plak dalam makmal..huhu.. tapi apa boleh buat, memang takde pilihan dah.. Cuti pun tak de... jd kenalah beraya dalam makmal buat kali ke....berapa ntah..lupa dah aku, sb banyak kali dah..hehehe... Wlpun takde sambutan pd hari Raya (selasa), kami semua (pelajar muslim d sini) tetap mengadakan sambutan hari raya pd hari sabtu lepas. Walaupun tak semeriah di kampung halaman, tapi sekurang2 nya, adalah juga suasana raya :) Tambahan pd masa sekarang, kebanyakkan pelajar Malaysia telah balik kampung, sb Universiti tengah cuti semester hingga February tahun depan.. Ini adalah antara gambar yang diambil pada hari tersebut.. :)











Geng mat rock tengah bakar ayam n daging :)



Ada ayam n daging bakar

dan Air Bandung..(susah nak dapat nie..hahaha)

dan paling best, ada nasi kerabu dan terima kasih kepada makcik(emak kepada salah seorg pelajar di sini) kerana sudi masak nasi kerabu untuk kami semua.. Memang sedap..teringat plak masa belajar kat Terengganu.. Nasi kerabu adalah antara menu yg wajib setiap minggu masa tue..hehe..

Wednesday, November 03, 2010

Harijadi dan Bola

Baru2 nie ge sambut harijadi kawan yang ke 40. Semua geng2 bola yang datang. Kek harijadi pun kek bola. Kitaorg dua sem berturut2 dapat naib juara dalam pertandingan futsal d Uni of Tasmania. Tak pernah lagi dapat juara..haha... Sem lepas kalah ngan group pelajar dari Oman. Sem nie plak kalah ngan group dari Australia. Yang menariknya group kitaorg, ahlinya datang dari benua yang berlainan. Ada yang berasal dari Arab, Australia, US, Jerman, Afrika dan aku sendiri, dari Malaysia.. Sekarang kitaorg ikut pertandingan bola kat luar plak yang dianjurkan oleh badan sukan Australia. Kali nie lawan yang kitaorg jumpa bukan calang2, sb kebanyakkan merka bermain bola secara profesional. Baru abis 3 games, kitaorg hanya mampu menang 1 game je, 2 lagi kalah.. Ada 7 lagi games yang menanti lepas nie. Harap2 keputusan lepas nie memihak pada kitaorg :)





Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio