Tuesday, June 14, 2011

Kenapa mesti guna racun untuk tangkap udang?

Aku tertarik dengar berita mengenai kes meracun udang di sungai. Kes ini banyak berlaku di Sarawak, termasuklah di sungai di kampung aku, sungai kerian. Aku masih tak faham, kenapa ada manusia yang tidak bertanggungjawab dan sangat rendah mentalitinya wujud pd masa skrg. Dia tahu racun itu berbahaya pd haiwan dan manusia. Memang benar udang takkan mati bila diracun, sb dikatakan udang akan melompat ke tepi pantai/ sungai apabila racun dimasukkan ke dalam sungai. Pada waktu itulah si "peracun" akan menangkap udang yang melompat dari sungai tersebut. Kenapa udang melompat? mungkin disebabkan oleh bahan kimia aktif yang terdapat dalam racun tersebut telah mengangu fisiologi udang dan menyebabkan udang cuba untuk lari dari kesan bahan kimia tersebut dengan cara melompat dari persekitaran air.

Masalah yang utama ialah kesan pd orang yang membeli udang yang diracun td. Biasanya, untuk menghilangkan kesan racun, si peracun td akan memasukan udang dalam air garam, kerana dikatakan air garam boleh menghilangkan kesan racun td. Tapi sejauh mana kebenarannya, aku pun tak tau. orang yang memakan udang yang diracun td akan medapat kesan dari racun itu, tetapi yang pasti kesannya bukan dalam masa terdekat, mungkin dalam masa 10-20 thn. Mungkin boleh menyebabkan kanser. Jd orang yang meracun udang dan menjual udang pd orang ramai adalah seorang pembunuh dalam senyap. Sepatutnya hukuman berat patut dikenakan pada orang yang ditangkap menggunakan racun untuk menangkan udang. Di bawah adalah petikkan dari Harian Metro hari ini mengenai kes meracun udang:

udang sungai kerian, saratok, sarawak
udang sungai kerian, saratok, sarawak


Racun udang galah (Sumber: HARIAN METRO)

REMBAU: Perbuatan segelintir pihak yang menggunakan racun sebagai ‘jalan pintas’ bagi mendapatkan udang galah di kawasan sungai, di Kampung Sungai Timun, di sini, menimbulkan rasa kurang senang nelayan di kampung itu yang semakin terjejas pendapatan diperoleh sejak kebelakangan ini.

Bukan itu saja, perbuatan terbabit sejak beberapa minggu lalu menyebabkan jumlah tangkapan terutama udang galah di sungai berkenaan semakin berkurangan.


Perkara berkenaan diakui nelayan, Norkaisyah Ausat, 52, yang mendakwa menemui puluhan udang galah, udang kapas dan ikan terapung di pesisir sungai terbabit dipercayai diracun sejak beberapa minggu lalu.

Menurutnya, mereka sudah memaklumkan kepada Persatuan Nelayan Kampung Sungai Timun dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Timun supaya tindakan susulan dilakukan.


“Kami kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan cara tidak betul semata-mata mahu meraih keuntungan lebih dalam tempoh singkat.


“Kami yang keluar rumah dari jam 9 malam hingga 10 pagi untuk menjala kecewa melihat banyak udang mati sebaik sampai ke jeti,” katanya ketika ditemui di sini.

Norkaisyah berkata, sebelum ini, nelayan memperoleh lima hingga 10 kilogram (kg) udang, namun keadaan itu berubah berikutan jumlah tangkapan semakin berkurangan akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu meracun udang di sungai itu.


“Beberapa minggu lalu, saya memperoleh dua hingga tiga kilogram dan itu bukan udang galah, tetapi udang kapas.

“Keadaan ini amat merunsingkan kerana kampung ini terkenal dengan udang galah dan ramai pelanggan terutama dari luar mahukan udang galah sungai, namun kami tidak mampu memenuhi permintaan mereka,” katanya.


Katanya, jika dibiarkan berterusan, ia dikhuatiri akan menjejaskan pendapatan nelayan kerana kebanyakan mereka bergantung hasil tangkapan sungai untuk menyara keluarga.


“Saya berharap pihak berkaitan memikirkan cara terbaik bagi membantu kami terutama dalam meningkatkan aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” katanya. Peniaga gerai makanan, Suzana Rasul, 33, berkata rata-rata peniaga di kampung itu mengeluh perniagaan mereka semakin merosot berikutan jumlah pengunjung semakin berkurangan.


“Saya tidak tahu di mana silapnya apabila pengunjung tidak seramai dulu. Walaupun pangkalan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti chalet, surau dan dewan terbuka, tetapi tidak berupaya menarik pelancong,” katanya.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kampung Sungai Timun, Borhan Miss, berkata pihaknya menerima aduan nelayan berkaitan perkara itu dan mengambil tindakan segera bagi memantau keadaan sekitar.


“Bukan mudah untuk mengesan kegiatan itu, tetapi kami akan berusaha memastikan ia tidak akan berulang,” katanya.

4 comments:

mOnAlEa said...

udang nang nyaman.tapi kadang2x takut nak makan. allergic. sik tauk udang mcm ney leh dimakan.kadang2x ok.kadang2x sik ok

Kamil L said...

yo lah kan.. kamek pun, mun banyak gilak makan udang, alu gatai badan ntam eh...Boleh makan, tp sik boh makan banyak gilak..ikit2 jak :)

Muallim Adham said...

ayyyaaa kawe selalu gak beli udang galah.. tp x tau la mcmn udang tu di tangkap

Kamil L said...

Cikgu, biasanya kalau kawasan yang banyak udang, jarang menggunakan racun, sb udang memang banyak boleh ditangkap gunakan cara tradisional.. yang biasa gunakan racun nie d tempat tak banyak udang. tp orang kampun saya bgtau, kalo udang, nampak segar di luar, tp matanya merah, maksudnya udang itu udang racun..erm..saya tak tau lah setakat mana kebenarannya sb sy tak pernah buat kajian lagi :)

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio