Monday, October 20, 2008

Pemakanan IKAN





Sebut sahaja pemakanan ikan, ramai yang akan terkejut dan tertanya tanya apakah pemakanan ikan? Ramai orang bertanya pada aku, apa pemakanan ikan, kenapa perlu belajar mengenai pemakanan ikan, kenapa nak tau diet ikan, dan banyak lagi soalan yang pernah ditanya. Di sini aku takkan jawab dengan secara saintifik, aku akan cuba terangkan dengan memberikan beberpa contoh bagi memudahkan kita memahami mengapa pemakanan ikan ini penting dalam konteks ternakan ikan.

Seperti yang kita sedia maklum, makanan ikan adalah kos yang paling tinggi yang perlu ditangung oleh penternak ikan. Makanan ikan biasanya melibatkan 50-60% kos pengeluaran di kolam2 ternakan ikan dan udang. Sperti manusia, ikan perlu makan setiap masa. Biasanya untuk tujuan ternakan, ikan diberi makan 2-3 kali sehari bergantung pada teknik pengeluaran dan kos yang sanggup dibelanjakan oleh penternak untuk makanan ikan. Kalau ikan diberi makan 2 kali sehari, biasanya ikan akan diberi makan waktu pagi dan petang. Kalau tiga kali sehai biasanya waktu pagi, tengahari dan petang. Terdapat kajian di Uni of Tasmania, di mana penyelidik membuat perbandingan tumbesaran antara ikan yang diberi makan 3 kali sehari (siang sahaja) dan 6 kali sehari (3 kali siang, 3 kali malam), tapi hasil daripada kajian tersebut tidak menunjukkan perbezaan antara ikan yang diberi makan 3 kali sehari (hanya di waktu siang) dan 6 kali sehari (siang dan malam). Tumbesaran adalah sama dan spesies yang digunakan untuk kajian ini adalah ikan Siakap.

Seperti manusia, ikan juga memerlukan diet yang seimbang bagi membolehkan nya membesar dengan cepat dan sihat. Makanan ikan hendaklah mengandungi kandungan protein, lemak, kabohidrat, tenaga, vitamin dan mineral yang mencukupi. Katakan jika makanan ikan mempunyai peratusan lemak yang tinggi daripada yang sepatutnya, ikan tidak akan makan makanan tersebut dalam kuantiti yang sepatutnya. Jadi ikan akan mengalami kekurangan protein, vitamin dan mineral. Ini kerana ikan akan berhenti makan jika kandungan tenaga yang diperlukan sudah mencukupi. Seperti yang kita tahu, lemak mempunyai kandungan tenaga yang tinggi berbanding protein dan kabohidrat. Jika makanan mempunyai kandungan lemak yang tinggi, ini akan mendatangkan masalah pada ikan di mana ikan tidak akan makan dengan banyak dan secara tidak langsung sumber protein dan lain2 nutrien tidak akan mencukupi untuk ikan membesar. Oleh itu amatlah penting bagi kita menyeimbangkan diet ikan supaya ikan boleh mendapatkan sumber protein, lemak, kabohidrat, vitamin dan mineral pada tahap yang optimum.

Dari segi bahan2 yang digunakan untuk mebuat makanan ikan, tepung ikan (ikan kering yang telah dikisar) biasanya mewakili 30-80% daripada makanan ikan. Ini bergantung pada spesies ikan. Contohnya kalau ikan siakap dan trout, bisanya tepung ikan yang digunakan dalam makanan adalah sebanyak 60-80%. Jadi hakikatnya untuk membuat makanan ikan, kita perlukan ikan sebagai sumber protein. Jadi ikan akan makan ikan. Seperti yang kita sedia maklum, harga tepung ikan makin mahal dari tahun ke tahun. Ini disebabkan overfishing dan perubahan cuaca dunia. Peru mengeluarkan lebih 50% tepung ikan dunia. Jadi untuk mengelakkan kekurangan dalam bekalan tepung ikan, beberapa kajian telah dilakukan untuk menggantikan protein ikan dengan protein daripada sumber seperti haiwan ternakan dan protein tumbuhan. Pada masa sekarang ada kejayaan dalam penggantian sumber protein ikan, tetapi bukanlah 100%. Kenapa bukan 100%? contohnya protein tumbuhan tidak mempunyai asid amino yang lengkap untuk ikan membesar. Inilah antara sebab mengapa protein ikan masih dijadikan sebagai sumber protein utama untuk membuat makanan ikan..

3 comments:

Natrah &Helmi said...

wah, cepat betul ko..baru semalam suh ceta pasal pemakanan ikan..dah masuk entry hari nie..tabik spring!

jep said...

hahaha... efisien. so.. paper dah hntr journal blum? hahahha

kamil said...

Natrah- huhu..smlm tak busy, arie nie busy plak :p jd tak sempat nak tulis pasal research yg aku buat..huhu...

Jep-..journal??? in progress.haha. :p

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio