Showing posts with label smkbm saratok. Show all posts
Showing posts with label smkbm saratok. Show all posts

Monday, November 17, 2008

Bruny Island Neck Game Reserve

Nie antara tempat yang aku singgah masa kat pulau nie..

Memang cantik, tapi sayang tak boleh nak mandi, sejuk bangat... Tapi aku heran, ada lah gak mat salleh yang surfing kat sini..dah lah sejuk...kulit apa ntah diaorg tue...huhu


Nie laut yang hanya dipisahkan oleh dataran yang sempit...

Bagi aku, inilah kali pertama aku tengok dua laut yang terhalang oleh dataran... Memang mengangumkan...SUBHANALLAH...




Ini adalah video yang aku rekod masa kat sini :)

Kelaparan....

Balik dari rumah api, perut aku tetiba plak kelaparan...satu keje plak..nak cari tempat makan, jadi terpaksalah rujuk peta... ada kedai makan, tapi lam 30km... Nak tak nak, pergi lah jugak.. Ada satu je kedai makan yang berjaya dikesan.. Jadi aku pergilah makan kat kedai yang satu tue sb dah takde pilihan yang lain... Tapi sodihnyer, hanya salad jer yang halal kat kedai tue... "wah..aku tak nak makan sayur"..dalam hati aku ler.... Tapi perut dah lapar, nak tak nak, aku terpaksalah jugak order salad with salmon..

wah..dah lah sayur, harga mahal giler... salad nie jer harga AUD16. Nak wat camne, dah kedai nie jer yang satu ada dan salad nie jer halal...makan n bayar jer lah..huhu

Sunday, November 16, 2008

Welcome to Cape Bruny Island Lightstation

"Welcome to Cape Bruny Island Lightstation", itulah papan tanda pertama yang aku baca bila sampai ke tempat ini.

Nun kat atas bukit..tinggi dan memenatkan

Di depan itu adalah lautan yang tersejuk di dunia

Lereng bukit yang tinggi...

Kawasan yang cantik. Di kawsan ini juga boleh dijumpai sealion.

Di pulau ini juga ada pulau kecil..tapi dekat je.. :D

Aku yang tengah tahan sejuk..huhu

Rumah api ini adalah rumah api yang kedua tertua di Australia di mana ianya dibina pada tahun 1836.




Ini adalah video yang aku rekod masa kat sana..angin memang kuat sangat dan sejuk.. Mungkin kerana laut nie berhampiran dengan lautan artik (kalo aku tak silap).

Perjalanan Ke Cape Bruny Lightstation

Tempat pertama yang aku pergi, cape Bruny Lightstation/Lighthouse/rumah api.. Yang nampak warna putih kecil atas bukit, itulah dia lightstation.
Kamera nie aku setting supaya gambar cerah, sebenarnya cuaca tak lah secerah ini :)

Jarak tempat nie ngan feri lebih kurang 50km.. Memang jauh, dengan jalan berbatu, kalo tak, sekejap je boleh sampai..

Lightstation nie sebenarnya menjadi sumber rujukan utama kapal pada masa dulu. Ini kerana tempat ini merupakan laluan kapal pada masa dulu tempat ini juga merupakan tempat pertembungan 2 laut utama di Tasmania.

Hobart ke Bruny Island

Tempat aku menunggu feri nak ge bruny island

Semalam aku ge rip ke bruny island.. memang memenatkan, sebab jaraknya yang jauh (lebih kurang 220km dari tempat aku). Aku berangkat kol 4.30 pagi dari umah... Sini subuh kol 3.50pg, jadi lepas jer subuh, terus drive ge burny island. Sebelum sampai burny island nie, aku kena singgah di Hobart (Hobart adalah bandar terbesar di Tasmania). Dari Hobart, aku akan naik feri ke bruny island.. Dari Hobart ke Bruny, tambang feri adalah AUD 25 untuk kereta biasa, makin besar dan panjang keta, makinlah mahal tambangnya.

Skrng nie kat level dua feri. Level 1 penuh ngan keta dah. Tapi angin kuat sangat masa nie, sampai rambut pun nampak cam berserabut je.. Aku tak jangka plak angin kat sini sejuk sangat.. Rasa cam winter plak, wlpun skrang dah masuk musim panas..

Semua kat belakang aku tue adalah kapal layar..

Pemandangan dari jauh

Semakin jauh dari Hobart

Saturday, November 08, 2008

Batman Bridge










Tadi, on the way aku balik mancing, aku singgah kejap kat batman bridge/jambatan batman, rasanya jambatan tertinggi di Tasmania. Jambatan ini berada di muara sungai, memang dekat dengan laut. Memang tinggi, kapal lalu pun memang tak cecah jambatan. Sebab tadi dah lewat sangat, jadi aku tak berhenti lama kat sini. Sempat ambik gambar, pastue aku terus drive balik ke umah.

Mancing lagi

Ikan bayan (ada 40 spesies rasanya di seluruh dunia), ikan coral, dalam bahasa eng, dikenali sbagai parrotfish

Pancing aku tengah menunggu mangsanya

AMC

Kapal layar

Oyster yang telah direbus

Oyster sebelum direbus


Aku dapat ikan bayan

Ghazaly dan wife, kamariah pun dapat bayan

Hari nie sepatutnya aku ge mancing awal pagi, tapi tetiba plak hujan..segala perancangan semua terpaksa dbatalkan.. Ingat memang tak nak mancing dah tadi, sb biasanya kalo mancing petang, emmang susah nak dapat ikan.. Mungkin ikan kat sini suka makan waktu pagi jer kot.. :) Tapi kol 12.30 tengahari tadi, kawan aku call, dia ajak aku ge mancing, sb hujan dah berenti masa tue. Aku mula malas nak pergi, tapi dia sungguh2 ajak, jadi aku ge lah mancing gak.. Hari nie tak dapat banyak, ada 5 ekor, 3 ekor aku lepas sb saiz tak cukup besar.. 2 ekor aku bawa balik. Yang menariknya aku dapat ikan bayan hari nie.. Ikan bayan nie kalao tak silap aku dikenali juga sebagai parrotfish. Memang ikan coral, tapi isi dia memang sedap, lembut dan manis. Aku tak tau ikan nie boleh ditangkap ke tak kat sini sb ikan nie dikategorikan sebagai ikan coral.. Tapi sebab aku nak makan gak ikan nie, jadi aku bawalah gak balik. Tadi aku kukus ikan bayan tue, memang sedap.. Sesiapa yang tak yakin, boleh cuba cari ikan bayan dan cuba makan, korang akan rasa nak lagi pas tue :)

Yang menarik hari nie, rupanya kat tempat aku mancing nie, banyak giler oyster (betul ke oyster? aku rasa cam oyster jer) . Kamalia dan ghazali tadi sempat kumpul 1 beg besar oyster. Aku tak makan sangat oyster, tapi aku bawa balik 3 oyster n masak tadi, memang sedap.. Lain kali aku pergi, aku nak kutip oyster jer :)

p/s: Jep, betul ke oyster n ikan bayan tue :) aku teka jer :p

Friday, November 07, 2008

Malas nak masak...

Tadi balik dari lab, aku dah malas giler dah nak masak, takde mood dah aku nak masak... Tensen, kepala pusing dan macam2.. Aku terus drive ge pizza hut, order pizza utk makan malam..Nie dah malas tahap cipan dah nie....tapi aku tak lah order yg ada daging, semestinya veggie jer..dah tue jer yang halal yang ada... cara diaorg masak tue, ntahlah, yakin je lah :p

Tadi nampak lagi tulisan HOT...kalo takde tulisan HOT tadi, leh dapat free lagi kan satu :)


Makan malam, inilah orang bujang...makan apa yang ada, cepat dan pantas...huhu..

Aku dah takde idea dah.........

Aku malas dah...
malas nak buat lab work ini..
dah minggu keempat aku buat, tapi masih belum berjaya..
ntah..apa masalah...
supervisor aku suruh ulang jer..
minggu depan aku tak nak ulang dah...
aku nak dia bg method baru kat aku..
atu pun alternatif lain untuk aku...
kalo sama je...
confirm, aku tak nak buat dah...


Aku rasa sebab aku tambah benda nie dalam makanan, tue yang tak leh nak digest..

Benda yg aku guna untuk digest......

Suhu pun dah 100-110 darjah celcius, tapi tak jalan gak.. :(

Nielah hasil akhir, yang sepatutnya takde mendakan langsung, tapi ada mendakkan plak, maksudnya belum berjaya lagi lah nie...arhhghh..malas dah aku..nie minggu ke berapa dah aku buat..tapi masih sama je..

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio