Friday, October 17, 2008

Kuda Laut...


















Kuda Laut


















Kuda laut


















Artemia (sejenis zooplanlkton)


















Pemberian makanan kuda laut


















Kuda laut diberi makan dengan menggunakan Artemia (zooplankton)

Kali ini post aku lebih bersifat akademik dan santai. Aku nak bercerita mengenai kuda laut. Semasa aku belajar di UPMT (UPM Terengganu, atau sekarang lebih dikenali sebagai UMT-Universiti Malaysia Terengganu) dulu, aku sempat melihat bagaimana seorang pelajar telah menjalankan kajian mengenai kuda laut. Bekalan induk kuda laut tersebut diperolehi daripada Johor dan di transport ke UPM Terengganu untuk tujuan kajian. Pada masa tersebut, aku masih hairan, kenapa kena buat kajian mengenai kuda laut, sedangkan bagi aku kuda laut tiada nilai komersil. Maklumlah, masa tue muda lagi, tak banyak pengalaman. Jadi bermula dari situ aku cari sebab mengapa kena buat kajian mengenai kuda laut.

Yg pasti memanglah tujuan pemuliharaan. Setelah aku baca dan cari maklumat, rupanya baru aku tau yang kuda laut ini mempunyai nilai yang amat tinggi terutamanya dari segi perubatan tradisional dan moden di mana kuda laut dipercayai dapat mengubat penyakit kanser. Tidak mustahillah Kerajaan Johor memperuntukkan hampir setengah juta kepada UMT untuk menjalankan kajian mengenai kuda laut. Pada masa yang sama, bagi peminat makanan eksotik, kuda laut merupaan salah satu pilihan utama disebabkan oleh nilai perubatan yang ada padanya. Aku pernah melihat video mengenai kuda laut di China di mana di negara China, mereka menjual kuda laut macam orang jual sate di Malaysia.

Satu keistimewaan mengenai kuda laut ini adalah, yang jantan akan mengandung dan akan melahirkan anak di mana purata anak yang boleh dilahirkan boleh mencapai jumlah 2000 ekor. Di sini aku letakkan gambar2 mengenai projek kuda laut yang dijalankan di Uni of Tasmania. Kajian adalah mengenai pemakanan dan pembiakkan kuda laut.

Video di bawah menunjukkan corak pemakanan kuda laut apabila diberi makan artemia (zooplankton). Yang nampak seperti butiran pasir tersebut adalah artemia. Artemia adalah salah satu contoh makanan hidup yang mempunyai nilai protein yang tinggi yang amat sesuai untuk tumbesaran. Pada masa yang sama, protein haiwan merupakan salah satu contoh protein yang mempunyai asid amino yang lengkap yang amat diperlukan dalam diet kuda laut. Juvenil kuda laut memerlukan peratusan protein yang tinggi dan asid amino yg lengkap utk membolehkannya mebesar dengan lebih cepat.
video

5 comments:

syfazidawaty said...

feels like im reading my bio notes previous years ago..hehe!btw, i love seahorses! =)

kamil said...

hehe..kelak balit saratok, leh nginang sekor duak o.o... :D

syfazidawaty said...

yeah, 4 sure! cni mok dpt seahorse oo..jgn mdh mek kat kfc or mcD ok..hehe!

Natrah &Helmi said...

wow, menarik entry nie..aku suka baca entry2 academic ko..good job! Artemia melambak2 kat lab aku..macam2 strains ada..nanti aku tulis entry mengenai tue..tapi kena berguru ngan Patrick Sorgeloos dulu,hehe

kamil said...

wah..nanti balik, bleh lah ko kenalkan artemia kat Malaysia.. Sb aku rasa kat Malaysia, memang takde org kultur artemia dan start hasilkan sista, sb artemia memerlukan saliniti yg tinggi untuk membolehkan jd sista (kalo aku tak silap).. salah satu sb malaysia tak bleh hasilkan sista artemianya sendiri, sb air laut malaysia kurang masin... Nanti ko bolehlah cipta sistem yg bleh hasilkan sista artemia (air laut mungkin bleh guna garam laut utk naikkan saliniti) :)

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio