Sunday, October 12, 2008

Iklan Raya Petronas (1996-2008) dan Filem Pendek

Filem Pendek (Raya 2008)
Filem di bawah BUKAN nya Iklan daripada PETRONAS, tetapi ia adalah Filem Pendek yang berkaitan dengan raya yang telah diarahkan oleh Saiful Nang dan krew CandidSyndrome dan krew kamera daripada CST production dan dibantu oleh pembantu pengarah daripada IDMopix. Dan filem pendek ini telah didedikasikan kepada rumah pengasih Warga Prihatin, Kajang. Sangat menarik perhatian aku. Aku rasa iklan petronas 2008 memang tak boleh lawan filem pendek ini. Bagi yang sensitif, aku pesan korang sediakan tisu sebelum tengok.

video


Disebabkan aku minat sangat dan sentiasa menunggu Iklan Raya Petronas, di sini aku ingin berkongsi bersama mengenai iklan petronas yang bermula sejak tahun 1996 hinggalah yang terkini, 2008. Tapi sebenarnya kat sini aku hanya dapat berkongsi iklan raya petronas dari tahun 1997 hingga 2008 sebab iklan 1996 aku tak jumpa. Kalo tak silap aku, iklan petronas 1996 berkaitan dengan budak perempuan melayu dan budak lelaki cina yang main tarik upih pinang (sebab tahun tue tahun kongsi raya). Iklan Raya Petronas, bagi aku antara iklan yang terbaik yang pernah dihasilkan di Malaysia. Banyak memberi impak kepada penonton penonton. Pada masa sekarang, aku tengok, banyak iklan2 raya di televisyen dipengaruhi oleh iklan petronas secara langsung dan tidak langsung (pada pendapat aku lah).

Susunan iklan di bawah bagi iklan 2002 ada kesilapan sedikit..

Iklan Raya Petronas 2008
video

Iklan Raya Petronas 2007
video

Iklan Raya Petronas 2006
video

Iklan Raya Petronas 2005
video

Iklan Raya Petronas 2004
video

Iklan Raya Petronas 2003
video

Iklan Raya Petronas 2001
video

Iklan Raya Petronas 2000
video

Iklan Raya Petronas 2002
video

Iklan Raya Petronas 1999
video

Iklan Raya Petronas 1998
video

Iklan Raya Petronas 1997a
video

Iklan Raya Petronas 1997b
video

14 comments:

oon said...

aii mil, masih gik mood raya kitak. udah2 gik oo. masok lab nunn heheh

kamil said...

hehhe..lab pun masuk gak...tp mood raya masih ada :) Raya sebulan bah :p hehe

rauhunt said...

ceh jiwang nya kau mil tgk filem pendek tu. ya aku stuju, memang menyentuh perasaan jugak, tp gaya suara latar tu yang tak natural spoil-kan mood sedih aku ..mcm baca sajak pulak aku dengar.

iklan petronas tahun ni lagi la tak best ..sbb bosan dengan ayat "mak OK" yg berulang2 tp tak signifikan sangat.

aku masih rasakan iklan yg "Free of Charge" dan "Burung Apa? Burung Murai" tu iklan petronas paling best.

iklan paling best tahun ni aku rasa iklan TM (bukan Petronas) ..

anak: Ayah, kenapa kita balik sini, atuk dan nenek kan dah takde?

ayah: sebab, masa atuk dan nenek ada, ayah tak pernah balik.

anak: telefon pun tak ke?

ayah: (buat muka sebak yg tak buat2 sangat)


Watak anak yg dilakonkan oleh adik Haziq (TomTom Bak) best gile ..biasanya budak ni over, tp dlm iklan ni natural pulak aku tgk.

sebut pasal TomTomBak (kantoi aku tgk TomTomBak), aku gelak sakan bila mula2 tahu pasal Tom Tom Navigation (ada kaitan ke ngan iklan raya?)

selain tu, iklan WiMAX pun best jugak, kelakar bila anak salah balik kampung. bosan jugak kan, bila semua iklan raya mesti sedih?


*haha ..panjang komen aku ..dah boleh jadikan 1 entri dah ni

kamil said...

Rauhunt- aku setuju sangat..suara latar tue spoil betul.. suara latar dia macam dibuat2 sedih..macam baca sajak ko kata..betullah tue...

Iklan petronas 2008 pun aku boring gak dengar "mak ok"....

Aku tengok gak iklan TM tue, sedih gak..tp pendek sangat..kena buat panjang sikit, bg masa org utk mendalami, baru ada kesan..

haha..ko tngok tom2 bak..hhehe..berjiwa budak2 gak lah ko...

Tapi baguslah iklan skrg, ada variasi, ada perbezaaan ketara dengan iklan2 zaman dulu.. Sekurang2 nya tak lah boring tengok iklah..hehe..

Aku paling suka iklan petronas "Free of Charge" dan " petronas 2006-ku ingin pulang"

syfazidawaty said...

love the DOP job of this short film!nice experimental long shot..

ktk pas abis phD lak further amik cinematography jak owh..
=)

jep said...

saiful nang (directer) ni young photographer popular kat mesia skrg. video ni awal2 slow + mmg suara narator kaku .. tapi lepas minit 2:45 onwards aku jd syahdu (w'pun suara narator tetap kaku) :((

seronok tgk iklan2 petronas ni blk. tp thn ni mmg iklan petronas x best. iklan raya tm n tv3 2008 aku suka :D. tp iklan raya petronas tahun 1999 tu yg plg aku suka (jln citer, lakonan, gambar)!

iklan wimax mmg x cantek cinematografi, suara n lakonan.. tp aku suka storyline dia + makcik yg accent jawa part ujung tu :))

rauhan, haziq mmg pandai berlakon tp dia ni ade accent pelik sket :D .. tp budak dlm iklan petronas 1999 tu pun hebat gak berlakon...(lawak tgk mimik muka dia throughout the iklan.. sbb teringat perangai anak sedara aku)

kamil said...

syfazidawaty-hehe..ya lah kan, abis tok sambung belajar balit..hehe.... alu tua kei belajar lah kamek mun camtok..huhu

Jep-tue ler, aku rasa kalo tukar suara latar tue, memang best cite tue :) Eh..jep, aku tak reti nak beza accent jawa..huhu...ko takde pun accent jawa :p

jep said...

accent jawa? hahaha. nmpknye ko kene duk semenanjung M'sia lama lg la...

aku baru perasan radio ko tu kat bwh. (selama ni penat la aku carik camne nk senyapkn radio tu :D) ade youtube on iban lg tu. ko kene buat gak utk org melayu sarawak/saratok. ;))

Kuzak said...

Iklan Raya Halim Yazid Dikir Barat Best Gak? Aku rasa dalam You Tube Je Ade Kot. Atau Aku Tak Perasan Pasal Asyik Berhari Raya (Tak Sure)

kamil said...

Jep- hehe...sepatutnya aku belajar ngan ko lah dulu :p
Youtube pasal tue aku tak jumpa lagi lah.. :p huhu

Kuzak-ada ka? tak pernah dengar lah...kalo bab2 dikir barat nie, Rauhan lah org yg sesuai..huhu...

rauhunt said...

Kamil, betul la ..ada iklan raya dikir barat halim yazid ..pasal anak tubai yg menangis tak dapat balik raya ..kesian kat anak tupai tu.

Jep, pun distracted ngan radio tu ..kacau mood aku mendengar koleksi lagu2 dikir barat ..tapi nasib baik aku tahu cheat code nak disable audio dan video mcm ni... ada sapa 2 nak code ni? ..kalau ada bg tahu la ..aku ajar yg ni dulu sblum ajar mcm mana nk buat banner yg tukar2 kat blog

jep said...

mil & kuzak - kalo kelantan dgn halim yazid.. ko kene tgk iklan raya org perak lak.. Mr. Os kat youtube :))

mil & rauhan - mak aih...aku dah jumpe pun cheat tu kat www.cheatcode.com/disableradiokatblogkamil. hahahah. wei, bgtau camne nk buat itu banner!

Kuzak said...

Eh.. Itu Iklan Lain Tu. Ini Iklan Biasa Je. Takde Pulak Anak Tupai Cuma Dikir Barat Lagu Raya Sanisah Joned & Diselangi Video Sedih. Takde Sebarang CG Atau FMV.

Aku Pun X Tahu Nak Disable Radio Tu. Mana Cheat Code Nye?

kamil said...

Rauhunt-hehe...betul ke..nanti aku cuba cari kat youtube, kalo ko ada, uploadlah kat youtube :) Wah..tak sangka plak radio aku nie menganggu..hehe..takpe, sekadar hiburan :p hahaha..aku tak percaya lah code yg ko nak bg tue...mau kena lg aku :p

Jep- Ko rupanya peminat setia mr os..hehe... Mr os bukan org n9 ka?Aku tengok webpage yg ko bg tue cam lain macam je jep..haha...sapalah yg bertuah bukak webpage tue..takkan kuzak kot :p

Kuzak-fuh, kuzak nie memang pencinta lagu melayu, semua lagu dia ingat...siap bg lagu flashman, maskman, gaban, doreamon, ultraman n masked rider black lg kat aku :) Ko bukak webpage yg jep bg kat atas tue kuzak :D

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio