Benak dalam bahasa sarawak atau dalam bahasa English dikenali sebagai "Tidal Bore" adalah satu kejadian alam yang amat pelik. Mengikut kajian sains, benak berlaku apabila air daripada laut melimpah secara mendadak masuk ke dalam sungai dan ini akan menghasilkan ombak ditambah lagi dengan kedalaman sungai yang semakin cetek dan ini akan menyebabkan ombak semakin tinggi bila memasuki sungai. Di malaysia, benak hanya berlaku di Borneo. Antara tempat yang terkenal dengan benak ialah batang lupar.
Ini adalah video Benak@tidal bore di sungai amazon
Ini adalah benak di sungai batang lupar sri aman, sarawak
Ini adalah video pesta benak di batang lupar, sarawak. Pesta benak ini berlangsung setiap tahun.
Benak juga berlaku di sungai kerian, Saratok. Melalui pemerhatian aku (sebab dulu aku suka tengok fanomena benak di sungai kerian), benak akan berlaku bilamana air surut di tahap luar biasa (surut yang terlalu rendah). Bila keadaan ini berlaku, bila sudah sampai ke kemuncak nya, ombak daripada hilir akan muncul (benak) dan secara mendadak air akan pasang dengan cepat/tinggi.
Kalo mengikut sesetengah cerita yang aku dengar dari orang tua tua, benak ini adalah wujud disebabkan oleh hantu air yang bergerak pantas dari hilir ke hulu. Tapi itu adalah cerita dogeng. Sebab sains telah menunjukkan benak berlaku disebabkan oleh faktor bulan (sebab bulan menyebabkan pasang surut air).

Sesiapa yang mepunyai maklumat lanjut mengenai benak/tidal bore, tidak kira fakta sains ataupun cerita dogeng, bolehlah berkongsi bersama di sini.
2 comments:
tell u what, dis is ma 1st time watching tidal bore..what a pity me..huhu!x penah gi pesta benak pun.. =(
bena? kat sartok pun sik pernah nangga kah? Kat saratok pun ada o.o.. kamek slalu nangga benak masa mek skolah dolok kat sungei kerian. Nya ada musim eh.. mun kitak nangga kat wap yo, air surut yang rendah, memang ada benak lah ya :)
Post a Comment