Friday, November 14, 2008

Petua dan pantang larang Orang Zaman Dahulu

Selalu aku pos entri mengenai sains dan dunia aku kat sini. Tapi hari nie aku terasa ingin menulis mengenai petua dan pantang larang orang dulu dulu yang mungkin generasi masa sekarang tidak tahu mengenainya atau semakin melupakannya. Ini adalah pantang larang yang aku belajar masa kecik dulu, tapi mungkin nampak melucukan dan berlainan dari tempat lain. Aku pun tak percaya sangat dengan pantang larang ini, sb pantang larang nie nampak pelik jer :)

1. Hujan Panas - Orang melayu selalu mengaitkan dengan makhluk halus yang boleh menyebabkan kita sakit kalo kita bekerja, atau bermain semasa hujan panas. Sebab mengikut kepercayaan mereka, makhluk halus berkeliaran semasa hujan panas dan bila kita terlanggar makhluk halus ini, kita akan ditimpa sakit. Cara mengelakkan ialah dengan menyelitkan pucuk rumput muda di telinga bagi mengelakkan dari gangguan makhluk halus.

2. Ketika makan, kita selalu berubah tempat duduk - Mengikut kata orang tua2 dulu, kalo kita berubah tempat duduk 2 kali, kita akan kahwin 2, kalo 3 kali, orang itu akan kahwin 3 dan begitulah seterusnya. Cuba bayangkan kalo beralih tempat sampai 10 kali? hehe... Tapi dengan syarat bukan niat nak kahwin lebih lah.. :)

3. Ketika mencari rezeki, contohnya menjala ikan, memancing dan lain2 pekerjaan, pantang sebut perkataan BANYAK - Contohnya "wah..banyaknya ikan kat sini". Jadi secara tak langsung, ikan akan berkurang mendadak bila kita sebut perkataan banyak.

4. Jangan menjatuhkan benda, contohnya parang/kayu ketika berada di atas pokok - Selalunya ketika memanjat pokok rambutan, biasanya orang akan membawa parang untuk memotong dahan2 yang mempunyai buah yang lebat. Pantangnya, parang itu tak boleh dijatuhkan dari atas pokok dengan niat kerana ditakuti terkena makhluk halus dan ini akan menyebabkan kita sakit.

5. Jangan membunuh ular di dalam rumah - Dikatakan kalo kita membunuh ular di dalam rumah, umur kita akan pendek (mungkin seminggu dua je boleh hidup).

6. Pantang melangkah joran pancing - kalo kita melangkah joran pancing, alamanya kita takkan dapat tangkap ikan pada hari tersebut.

7. Ketika menyapu menggunakan penyapu lidi, pantang penyapu tersebut terkena pada orang lain - kalo terkena, orang yang terkena itu akan mengalami sial. Untuk mengelakkan sial berlaku, orang tersebut hendaklah meludah penyapu lidi tersebut.

8. Pantang bercakap riak (main lepas) ketika dalam hutan, sungai, laut ataupun udara- risau berlaku perkara yang tak diingini, contohnya sesat di hutan.

9. Minum air kelapa tanpa memindahkan dalam bekas lain - Kita akan jadi penakut.

10. Makan kepala ayam - kita akan jadi bebal, jadi kalo nak bijak, petuanya jangan makan kepala ayam :)

11. Keluar ketika senja (hari kuning-ayat org saratok) - Kita akan mudah jatuh sakit, kerna pada masa ini, banyak makhluk halus.

Inilah antara sedikit yang aku ingat. Sebenarnya ada banyak, tapi aku sendiri pun dah lupa. Mungkin sapa2 ada yang ingin dikongsikan mengenai pantang larang di tempat anda, bolehlah tulis di sini.... :)

18 comments:

Anonymous said...

emm.. mcm hampir sama la semua pantang larang org2 tua kat saratok n kg. dato' abu bakar. :))

tp pnh dgr yg ni?..kalo dua org terhantuk kepala.. kene cepat2 hantuk sekali lagi kepala tu oleh org ketiga. xtau ape pekdahnye :D

Anonymous said...

3. Ketika mencari rezeki, contohnya menjala ikan, memancing dan lain2 pekerjaan, pantang sebut perkataan BANYAK - Contohnya "wah..banyaknya ikan kat sini". Jadi secara tak langsung, ikan akan berkurang mendadak bila kita sebut perkataan banyak.

Gunakan Perkataan "Ramai"

Anonymous said...

11. Keluar ketika senja (hari kuning-ayat org saratok) - Kita akan mudah jatuh sakit, kerna pada masa ini, banyak makhluk halus.

--> yeap most of the time, old folks kaitkan hari kuning dengan satu makhluk named kalindahau, kalindahau is so big that he can hide a few kids between his body hairs (hehe i don't know how far is it true, but never encountered once). mostly it was used as a psychological measure to make us kids get into the house immediately. haha used to believe that during my childhood times, langsung nda berani keluar rumah. takut kena tapuk! hehe interesting entry btw.

oon said...

minum aik nyior sik mindah bekas lain klk jadi penakut.

ooo nang benar kali oo patutla kmk penakut huhuhu.

kmk nak nambah sigek gik. sikleh ngetep kuku waktu malam. klk jari kenak gigit mombok gitewww.

Kamil L said...

Jep-ada gak kat kampung aku, kalo terhantuk kepala, kena hantuk lagi sekali..hahaha...punyalah bijak... oit..dulu aku ikut tue, masa kecik2..hahaha..budak2 lagi kan..percaya semua :)

Kuzak-hehe...idea yang bagus :) nanti aku kena sebarkan :p

stranger-hehe..samalah kita, dulu aku pun percaya :D Tapi betul tue, sebenarnya nak suruh budak2 balik umah jer :D

oon-haha..kitak penakut sebab selalu gilak minum air nyiur kat tanjung batu nak :D....ada, mun ngei saratok, mun ngetep kuku malam, pendek umur..fuh..takut nak ngetep kuku malam2, takut pendek umur eh..hehe... Sebenarnya kesah sebenar, orang dolok melarang ngetep kuku malam, sebab dolok sidak ya motong kuku makei pisau/parang, ya lah berbahaya mun ngetep malam arie, takut lukak..hehe..

Anonymous said...

mil tertinggal lagi 1 la...pa maksud kalo bulu mata terjatuh mil?kakakakakaka

Kamil L said...

juri-bulu mata jatuh, ya tanda kitak dah tua :D

Anonymous said...

bena? ner ktk taok?salah ok... maksudnya ada org rindu ok...)

Kamil L said...

Juri-sapa rindu kitak ju? A*^%m kah? :p

Anonymous said...

kura2 bawah perahu, pura2 tak tau...mil ni....cam tak fhm....KOYA laaaaa

Kamil L said...

Juri- Betul, mil tak faham... Jep and oon pun tak faham apa yg juri maksudkan :p

oon said...

btol kat mil, bulu mata jatuh tanda2 penuaan gitu, rambut gugur, kulit kendur, bulu2 pun mula jatuh. xde kaitannya org rindu2 tok kohhh cik juri. khurafat tauu. hehehe.

Anonymous said...

oon- benar ya..kamek sokong 100% kenyataan kitak.. memang tanda2 penuaan lah ya kan... ya tanda2 suruh kita insaf awal ju..dah tua dah maksudnya ju :p

Anonymous said...

Jangan makan tapak bertimpak, laki banyak/bini banyak.

Anonymous said...

kenak o...kwn2 juri selalu salah fhm...RINDU laaaaaaaaaaaaaaaaaaa (it is significant; p>0.05)....hahahhaha mek dah buat research kakakakaka

Kamil L said...

lea- a.a..pernah juak mek dengar pantang larang ya :D

Juri-wah..ngakuk kalah jak kamek juri, kitak siap keluar dah statistik..hehe

Anonymous said...

hehehhehe salah tu mil....p<0.05 hehhehe sorry bro

Kamil L said...

juri-wah..baru mantap statistik :D

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio