Sunday, November 09, 2008

Memancing Ikan Trout

Antara ikan trout yang berjaya dipancing. Ikan trout liar ini lain dari ikan trout yang pernah aku ternak kerana ikan trout yang aku ternak bewarna perang kemerahan tetapi ikan trout liar ini bewarna perang kekuningan.

Semalam aku dan 9 orang lagi kawan kawan dari malaysia dan singapura pergi memancing ikan trout dan salmon. Sebelum nie aku selalunya memancing ikan laut, ini kali pertama mancing ikan air tawar. Jadi sebelum pergi memancing, kitaroarng telah memohon lesen untuk memancing di mana bayaran yang dikenakan AUD 19 untuk seorang. Lesen nie hanya sah untuk tempoh masa 24 jam. Ikan yang ditangkap juga hendaklah berukuran 22 cm panjang dan tidaklah boleh melebihi 15 ekor. Kalo lebih dari 15 ekor, setiap seekor yang terlebih tangkap akan didenda AUD200. Semalam kitarorang dapat 11 ekor ikan trout di mana bersaiz purata 27cm. Sebenarnya kitaorang dapat dalam 18 ekor, tapi terpaksa dilepaskan sebab bersain kurang dari 22cm. Untuk trip kali nie, tiada ikan salmon yang berjaya dipancing.

Awai, acap, aku dan din

Tengah berbincang nak pindah tempat mancing.

Ikan ke 3 yang aku berjaya pancing. Semalam aku dapat pancing 6 ekor di mana 3 ekor sahaja yang aku berjaya tangkap, 3 ekor lagi terlepas. Memang susah mancing ikan trout, sebab memerlukan teknik yang lain dari mancing ikan biasa. Mata pancing pun kena lain sikit, baru ikan tak lepas bila makan umpan.

Aku dan hassan tengah memancing trout dan salmon.

Tengah makan

Inilah tempat kitaorang memancing.. Walaupun air terjun tinggi giler, tapi ikan ini sentiasa ada di setiap tingkat air terjun. Ntah, macamana ikan nie boleh melompat naik ke atas. Aku pun takde idea nak terangkan macamana.

Air sungai nie memang sejuk sangat2.. Aku rasa suhu air nie sama suhu dengan air dalam peti sejuk. Bila letak kaki dalam air, sampai ke kepala rasa kebas. Sejuk sangat, itulah tak de orang yang sanggup mandi kat air terjun ini walaupun kawasan nie ramai pelancong. Tapi pelancong banyak membuat aktiviti bush walking.

Air sungai yang cantik. Tapi jangan tertipu, memang cantik, tapi tak boleh mandi, sebab sejuk sesangat..

5 comments:

*wink wink* said...

mcm best jak waterfall yo, tp syg xpat mandik..mek g waterfall kat ranchan jak la..hehe.. =)

Anonymous said...

salam Kamil...
jeles la aku nengok ko mancing.
Aku kat sini takde geng mancing..
pastu tempat mancing pun bkn mcm tpt ko tu...diorang sini mancing kat pantai ngan laut je...

Kamil L said...

Sy Fazidawaty-memang best...tp ya lah, sejuk gilak, mun sik dah berenang dah kamek kat siya :) Ranchan waterfall, kamek pernah ge sekali jak..tapi kacak lah siya.. harap2 majlis pembandaran jaga kawasan ya kan supaya sentiasa bersih :)

Azham-hehe..tak pe azham, nanti kalo kat malaysia, kita mulakan balik aktiviti memancing :) Kat sini memang banyak tempat memancing, tapi semua jauh2 dari umah aku... Aku pun kali pertama mancing freshwater, sb lesen mahal sangat..huhu... rasa tak mampu nak mancing tiap2 minggu... Tapi kat sini, mancing kat laut pun best gak, sb tempat aku biasa mancing tue sebenarnya bukannya laut sangat, muara sungai sebenarnya..jadi ombak tak kuat dan terlindung dari angin...

Ismail Fitry said...

Salam,

Minta izin nak pinjam gambar sungai.

Thanks.

Ismail Fitry

Kamil L said...

Ismail Fitri- boleh, tiada masalah..

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio