Sunday, November 23, 2008

Aktiviti hujung minggu aku..

Pemandangan pagi di george town

Pagi semalam aku, Ghazaly dan wife dia kamariah, Roslan, dan wife dia Hana dan 3 orang anak diaorang bercadang nak ge berehat sambil mancing kat george town. Kira ala ala pekelahan musim panas lah. Tapi sampai je kat sana, cuaca plak di luar dugaan.. Dengan keadaan yang sejuk, angin plak kuat sangat..

Mula mula kitaorang cubalah hampar tikar, ingatkan nak duduk n makan sambil memancing, tapi kesian plak tengok budak2 kecik, diaorang kesejukkan.. Jadi kitaorang decide budak2 duduklah dalam keta supaya tak lah sejuk. Aku, Ghazaly n Roslan plak cadang nak cuba memancing kejap kat situ. Walaupun sejuk, ramai gak yang memancing, antaranya budak2 sekolah rendah yang naik basikal kecil sambil bawa pancing.. Adalah dalam sejam mancing, aku dapat sekor ikan wraise, tapi aku kena lepaskan balik sb tak cukup saiz 30cm. Pastue kitaorang berkira2 nak balik, tetiba plak budak2 kecik yang mancing disebelah kitaorang tengah cuba naikkan ikan. Pancing diaorang mengena.. Kitaorang yang penuh minat, tunggulah budak2 nie naikan ikan, nak tengok ikan apa. Rupanya diaorang dapat ikan Mackerel...hampir 50cm panjang dan aku percaya berat hampir sekilo ataupun lebih sedikit. Wah..tensennyer kitaorang, budak2 kecik dapat ikan besar giler, kitaorang tak dapat apa2..huhu...

George town, inilah tempat kitaorang mancing.

Lepas tue kitaorang decide nak ge plak mancing kat Rowella, dalam 30 minit dari george town. Sebab tak bleh tahan dah duduk kat george town, sebab cuaca sejuk dan angin yang kuat. Aku memang menggigil dah.. Jadi kitaorg pun bergerak Rowella, berhampiran dengan Batman Bridge (yang aku cerita kat aku nyer entri sebelumnya).


Nie gambar kitaorg mancing kat Rowella..

Tempat nie tak lah sejuk sangat, sebab terlindung dari angin. Disebelah kiri kanan, semua bukit. Jadi angin taklah kuat sangat. Jadi kitaorang start lah mancing. Memang takde kan lah hari nie, mungkin sebab cuaca yang sejuk dari biasa menyebabkan ikan hilang selera makan. Itu mungkin satu kemungkinan.


Walaupun angin tak kuat, cuaca masih lagi sejuk

Akhirnya ghazaly dapat ikan, tapi terpaksa dilepaskan, sebab kecil..hehe..nasiblah... Nie Nida dan nada, anak Roslan dan Hana.

Nie plak rafiq, anak roslan dan hana gak.

Nie aku nyer peralatan memancing yang terpaksa aku samak.. wah..geram siot aku masa tue.. kejadian nie berlaku masa kitaorang mancing kat rowella. Semua peralatan mancing nie aku letak kat belakang, termasuklah umpan. Tengah aku mancing, datanglah seorang mat salleh dan 2 ekor anjingnya yang bentuk macam bulldog. Aku tak perasan si mat salleh nie datang ngan anjingnya, bila aku toleh belakang, mak aiiiii...abis aku punya peralatan anjing tue hidu n jilat dan umpan aku pun dia makan... Tuannya tak sedar, sebab tengah sibuk tengok kitaorng mancing. Jadi bila tuan dia sedar, tuan dia pun tarik anjing dia naik ke darat... Tapi..tapi..peralatan mancing dan umpan aku tercemar... Terus aku hilang mood nak macing..jadi kitaorng decide balik umah... Balik je, terus aku samak semua perlatan mancing aku...stress..stress....

Sampai umah hampir kol 6 petang..sampai je, lepas aku samak semua peralatan, aku pun ge lah masak. Hari nie1st time tak dapat bawa balik ikan.. Ikan yang aku dapat, semuanya tak cukup saiz dan terpaksa dilepaskan. Jadi utk menghilangkan rasa frust, aku pun masaklah ikan silver trevally yang aku pancing minggu sebelumnya.. :D

5 comments:

Anonymous said...

wahh.. nama ikan ko suma omputih. hebat tul leh buat buku pancing tasmania pasni.

tp kan, brg yg kita x bwk g solat pun kene samak ke? dlm kes ko ni.. joran tu. aku confused...

jamaljafri said...

mcm best ja ikan tu.. masak apa nama tu mil? ikan ni dah samak ka? haahaha

Kamil L said...

Jep-haha...tak sampai tahap tue lagi lah jep, sebab baru kenal spesies ikan yg pernah aku dapat je...huhu.. Erm..aku tak tau plak...aku samak jer..hehe...nak bg yakin semula :D
Mungkin ada sapa2 yg tau kat sini???

Jamal-masak asam versi saratok :D Nak samak apenyer a.jml, ikan tue tangkap minggu sblmnyer :p

*wink wink* said...

waaa...kesiannya...xpa, xda rezeki nak molah camne.. =)

Kamil L said...

Sy Fazidawaty- ya lah kan..tapi sik po, dah biaso sik dapat maso ngail udang kat saratok dolok..hehe

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio