Tuesday, November 25, 2008

Minyak sapi

Tadi aku masak nasi beriani, tapi nama je best, nasi beriani, rasanya, erm...bolehlah dimakan..hehe.... Tapi tadi sepatutnya masak nasi beriani nie, orang akan guna minyak sapi. Disebabkan aku takde minyak sapi, jadi aku gunakan canola oil. Aku sebenarnya tak nak cerita pasal nasi beriani yang aku masak tadi, apa yang aku nak cerita mengenai minyak sapi.

Dulu masa darjah 6, aku pernah duduk asrama untuk tempoh masa 6 bulan..Bukan kerna umah aku jauh, tapi saje nak duduk asrama. Umah aku ngan asrama masa tue hanya 800m-1000 meter jer. Jadi masa duduk asrama nie, adalah kawan2 aku yang nakal. Diaorang nie suka sangat buat benda2 yang pelik, diantaranya menggunakan minyak sapi sebagai pengganti minyak rambut. Aku tengok dalam almari salah sorang dari diaorg, ada satu tin besar minyak sapi yang diaorang kongsi bersama.

Aku tanya lah ngan diaorang, kenapa guna minyak sapi sebagai minyak rambut, sedangkan minyak rambut ada. Rupanya ada petua mengatakan kalo guna minyak sapi, rambut akan jadi lebat dan cepat tumbuh dan bersinar hitamnya. Hehe...manalah diaorg dapat petua nie. Aku pun tak tau... Tapi aku tengok, taklah rambut diaorang lebat, bahkan ada diantara diaorg yang aku jumpa sekarang, rambut pun botak dah kat depan. Mungkin inilah kesan menggunakan minyak sapi sebagai minyak rambut, mungkin akan melebatkan rambut utk jangkamasa pendek, tetapi akan membotakkan rambut dalam jangkasama yang panjang.. :)

8 comments:

jep said...

sapi = lembu, kan? emm.. aku ada citer minyak kelapa sbg ganti hair cream/gel. hahaha..

Kamil L said...

a..a...sapi tue lembu... minyak kelapa? huhu..aku ada gak tengok orang guna, tapi masalahnya minyak kelapa bau kuat sangat.. :)

Sy Fazidawaty said...

oo yaka..abis yo ktk pake minyak apo la sampe rambut pjg camyo?hehe!

Kamil L said...

hehe...kamek pakei minyak campor2 eh :p

juri said...

org tua cakap minyak kelapa leh hilangkan kutu n juga mencantikkan rambut..hitam berkilat...)

Kamil L said...

benakah ju? patutlah rambut ju panjang bersinar...ada rahsia rupanya :p

juri said...

kakakkaka mana ada rambut mek panjang...buah betik buah pedada, nang ada....kenjj ehhhh

Kamil L said...

haha..pandei ju berpantun..kelak senang lah mun ABG A**M nak datang melamar, sik perlu minta tolong org balas pantun, juri sendiri boleh berpantun sendiri kan :p

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio