Friday, November 07, 2008

Ikan Hiasan 3 (teknik pengangkutan dan melepaskan ikan ke dalam akuarium)

Bila sahaja biofilter sudah berfungsi 100%, kini giliran untuk memasukkan ikan hiasan. Apabila membeli ikan hiasan, pastikan saiz dan jumlah ikan yang dipilih dan dibeli itu bersesuaian dengan saiz akuarium. Biasanya penjual ikan hiasan akan memasukkan ikan yang dibeli tadi ke dalam plastik yang diisikan dengan oksigen. Apabila memindahkan ikan hiasan dari satu tempat ke tempat yang lain, pastikan tiada gangguan yang serius seperti plastik jatuh ke lantai, plastik ikan berguling ke hulu ke hilir-terutamanya dalam kereta, dan keadaan persekitaran yang tidak panas (sebaik baiknya sejuk) bagi mengelakkan ikan stress dan mati.
Apabila sampai di rumah, JANGAN sesekali membuka plastik dan memasukkan ikan tersebut terus ke dalam akuarium. Ini kerana ikan amatlah sensitif dengan perubahan suhu yang mendadak. Perubahan suhu sebanyak 0.1 darjah secara mendadak boleh menyebabkan ikan stress. Jika keadaan ini berlaku, kemungkinan ikan itu untuk hidup adalah 50:50, bergantung kepada spesies dan ketahanan ikan tersebut. Plastik ikan tersebut hendaklah direndamkan di dalam akuarium (tanpa dibuka ikatan plastik) sekurang kurangnya untuk tempoh masa 30-60 minit. Selepas itu, barulah plastik boleh dibuka dan ikan bolehlah dilepaskan ke dalam akuarium tersebut.

No comments:

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio