Thursday, November 13, 2008

Ikan Bersaiz Besar


Chao Pharya catfish/ Ikan patin


Mekong catfish/Ikan Patin (Pangasius sp.)- Video dari sungai Mekong


Freshwater stingray- Biasanya di jumpai di asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan utara australia.

Tapi adakah kita masih berpeluang menjumpai ikan sebesar ini di Malaysia? Mungkin tidak. Ikan pupus bukan sahaja disebabkan oleh faktor pengurusan perikanan yang tidak berkesan dan sistematik tetapi faktor alam sekitar seperti pencemaran juga akan menyebabkan ikan pupus. Aku masih ingat nenek aku bercerita dengan aku mengenai ikan di sungai kerian, saratok pada masa 50-60 tahun lepas. Pada masa dulu, ikan terlalu banyak di sungai kerian, sampaikan kadang kadang bila kita pukul pengayuh di sungai pun kita boleh tengok udang melompat. Cuba banyangkan betapa kayanya sungai dengan ikan dan udang pada masa tersebut. Jika dibandingkan sekarang, nelayan sungai nak dapatkan udang sekilo sehari pun semakin sukar.

Inilah kesan pencemaran dan ketiadakkecekapan pengurusan perikanan di mana kita telah merasai impak daripada kelemahan tersebut. Pengalaman aku memancing ikan di tepi laut/sungai di Malaysia, amatlah susah untuk mendapat seekor ikan. Tapi di sini, amatlah senang memancing ikan, sebab ikan banyak lagi disebabkan oleh pengurusan yang cekap dan persekitaran yang masih bersih.

Aku amat berharap agar kerajaan boleh melakukan sesuatu bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar dan seterusnya meningkatkan lagi kecekapan pengurusan sumber ikan di Malaysia.

4 comments:

*wink wink* said...

wow..what a big fish..nway,my fren from graphic design is doin his fyp about water pollution campaign,,dont worry ya, sum1 is helping rite here.. =)

Kamil L said...

a.a....memang besar... mun ngei saratok, kekadang masih ado juak nangga urang nangkap ikan patin besar camtok :) Ikut musim juak lah... wah..bagus kwan kitak :)

Anonymous said...

teringat masa buat keja2 patin buah masa kat sg.pahang. btul, xkan jumpe saiz besar tu kat malaysia in the wild. kalo dlm captivity ko possibly bleh dpt saiz yg bsr mcm video yg pertama tu (pangasius hypothalmus). p. hypothalmus or its hybrid dgn sp. lain introduced dlm river system kat m'sia & itula ikan patin yg biasa kita jumpe kat pasar m'sia. live specimen sp. ni pnh aku jummpe yg plg bsr pun saiz 6kg's.

video ke-2 tu is giant Mekong catfish, p. gigas. it's the species yg pegang rekod as the largest freshwater fish kat dunia skrg n kalahkan arapaima gigas. so specimen dlm vid tu (as mentioned) belum dewasa pun, which patin buah (p. nasutus), labang (p. sanotowengsii - excuse the spelling), patin siam (p. hypothalmus) & patin biasa (pangasius sp.) takkan capai saiz gergasi.

aku penah jumpe f/w stingray (xtau sp. ape) kat sg.pahang dua kali tp xde la besar tempayan apetah lg yg mcm dlm vid tu.

mamat zab hogan ni mmg kira conservationist cum researcher kat sungai Mekong. aku ada artikel yg dia tulis, which aku selalu rujuk paper dia dulu.

utk rekod, ikan paling bsr pnh aku pegang is temoleh (temelian). 20kg! x pasti ada ke tak kat sarawak.

p/s: pjg komen aku, bleh buat new entry ni. :D

Kamil L said...

hehehe....tue ler jep..dulu labang banyak besar jep kat tempat aku...kalo setakat 10 kilo tue, senang2 je diorg dapat...tapi tue kesah lama lah... aku rasa memang masih ada yang besar, tapi memang kena pergi sungai2 yang jauh dari manusia, tapi sapa yg berani nak rentang net kat sungai yg sunyi, si bedal pun banyak yang bertapa..huhu...
Aku rasa nanti nak cuba lah fokus ngan breeding ikan labang :D ko perasan tak, labang takde sirip adipos, lain dari patin yang ko pernah tangkap..patin biasa ada sirip adipos, itu cara senang nak beza labang ngan patin lain...
o.o...ko pernah tak dengar oyster air tawar? aku kat sabah dulu kali pertama aku dengar... aku pun tak tau kewujudan oyster air tawar...

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio