Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Friday, November 18, 2011

Spesies yang biasa diternak di Malaysia

Entri kali ini saya ingin berkongsi mengenai mengenai spesies akuatik yang biasa diternak di Malaysia. Biasanya ternakkan ini akan dilakukan bergantung kepada permintaan dan harga pasaran. Di sini saya senaraikan mengenai ikan air tawar. Tetapi yang menarik di Malaysia, walaupun ternakkan banyak melibatkan ikan air tawar, tetapi masih ramai orang Malaysia yang tidak suka makan ikan air tawar. Kenapa? Sb kebanyakkan jawapan yang saya perolehi secara rawak ialah kebanyakkan ikan air tawar ini berbau hanyir, tanah dan banyak lagi. Tapi sebenarnya apapun spesies ikan, kualiti ikan tetap sama. Ikan adalah protein murah dan lengkap untuk manusia :)

English Name

Malay Name

Scientific Name

Bighead catfish

Keli bunga

Clarias macrocephalus

Walking catfish

Keli kayu

Clarias batrachus

Common carp

Kap biasa/Lee koh

Cyprinus carpio

Bighead carp

Kap kepala besar

Aristichthys nobilis

Silver carp

Kap perak

Hypophthalmichthys molitrix

Grass carp

Kap rumput

Ctenopharyngodon idella

Climbing perch

Puyu

Anabas testudineus

River catfish

Baung

Mystus sp.

River catfish

Patin

Pangasius sutchi

Japanese eel

Belut

Anguilla japonica

Red tilapia

Tilapia merah

Oreochromis sp.

Gourami

Sepat

Trichogaster trichopterus

River carp

Jelawat

Leptobarbus hoevenii

Javanese carp

Lampam jawa

Puntius gonionotus

Giant gourami

Kalui

Osphronemus goramy

Tiger grouper

Kerapu

Epinephelus fuscoguttatus

Marble goby

Ketutu

Oxyeleotris marmoratus

Seabass

Siakap

Lates calcarifer

Mud crab

Ketam nipah

Scylla serrata

Giant freshwater prawn

Udang galah

Macrobrachium rosenbergii

Tiger prawn

Udang harimau

Penaeus monodon

Cockle

Kerang

Anadara granosa

Wednesday, December 08, 2010

Ikan kecil vs ikan besar

Semalam aku ge mancing. Pastu pancing aku kena tarik ikan.. Bila aku cuba angkat ikan tue, tetiba aku rasa pancing aku berat sangat. Dari atas "pontoon", aku dapat tengok lembaga putih tengah sambar ikan yang sangkut kat pancing aku tue... aku cuba lawan, akhirnya aku berjaya naikkan ikan ini.. Tapi malangnya, separuh ikan nie putus sebab kena gigit oleh ikan besar tadi.. Gambar d bawah menceritakan segalanya..Aku rasa ikan besar yang gigit ikan yang aku dapat ini adalah ikan yu.. uish..menakutkan...

Thursday, August 19, 2010

Ikan Besar

Lama dah tak mancing..
Sb musim sejuk..
Ikan pun takdok...
Jadi, aku pergilah cari ikan..
Dapat beli ikan dari seorang nelayan kat sini, harga sekilo AUD 8..
Kira murah sangat, sebab biasanya ikan kat sini harga mahal..
Jadi aku belilah 2 ekor = 2kg...

Kalo bukan musim sejuk, mudah sangat nak dapat ikan...
Bila musim sejuk, ikan pun takdok..
Mungkin lah ikan tak nak makan sb kesejukkan..hehe..

Ini adalah gambar ikan yg aku beli tersebut :)
Memang besar..sekor beratnya sekilo :)




Tuesday, June 29, 2010

Apa yang meyebabkan ikan makan dan berhenti makan?

Satu persoalan yang menarik. Kenapa ikan makan dan berhenti makan? sebelum ini org percaya, ikan akan makan bila tenaga dalam badan kurang dan akan berhenti makan bila tenaga yang diperlukan oleh badan telah mencapai tahap yang optimum. Tetapi baru2 ini beberapa penyelidik mengeluarkan kenyataan mempersoalkan kenyataan tersebut. Mereka mengatakan bahawa ikan akan makan kalau protein yg diperlukan kurang dan berhenti makan disebabkan oleh keperluan protein dalam badan telah mencapai tahap optimum dan ini juga akan dipengaruhi oleh kandungan amino acids dalam makanan tersebut.. Persoalan yang menarik bagi sesiapa yg telibat dengan akuakultur, sb makanan melebihi 50% dari kos pengeluaran dalam akuakultur...dan semestinya sumber protein adalah yang paling mahal. Jika benar protein memainkan peranan dalam mempengaruhi ikan utk makan dan tidak makan, ini adalah penemuan yg kurang baik utk penternak kerana ini semestinya akan meningkatkan lagi kos pengeluaran makanan dan seterusnya meningkatkan lagi kos akuakultur...

Tuesday, April 27, 2010

Perbezaan ikan merah jambu dan albino


Rasanya ramai yg pernah tengok ikan dolphin yang bewarna kelabu kehitaman, dan mungkin tak ramai lagi yg pernah melihat ikan dolphin yang bewarna merah jambu. Ikan dolphin merah jambu ini selalu disalah tafsir kan sebagai ikan albino. Sebenarnya terdapat perbezaan di antara ikan dolphin albino dan bukan albino. Bagi ikan yang albino, mata ikan adalah bewarna kemerahan dan kulit luaran bewarna merah jampu yang berkilat. Berbeza dengan ikan dolphin yang bewarna merah jambu. Di mana matanya tidak bewarna kemerahan. Ikan ini zahirnya lahir dengan warna kelabu, biasanya warna merah jambu hanya muncul sementara bila dalam keadaan tertentu sahaja. Seperti ketika ia memburu makanan/ikan dan ketika ikan ini berada dalam keadaan yang "gembira". Ikan ini adalah ikan air tawar yang hanya tinggal di kawasan air tawar dan tidak akan pergi berenang ke air masin dan ikan ini jenis ikan yang suka berehat di dasar sungai. Ikan ini banyak dijumpai di sungai amazon dan sungai orinaco di Amerika Selatan.


Albino


Merah Jambu/Pink

Ikan yang menakutkan



Serius, menakutkan sungguh ikan nie..huhu...Nasib ikan camne takde kat Malaysia...

Sunday, April 25, 2010

Ukuran Ikan


Ini adalah cara biasa untuk membuat ukuran bagi panjang ikan.

Garis merah mewakili Total Length.
Garis hijaumewakili Standard Length.
Garis biru mewakili Fork Length

Saturday, April 10, 2010

Mengapa Ikan Tidur?




Ikan seperti makhluk lain, perlukan tidur. Mengapa ikan tidur? Tidak dapat dipastikan secara saintifik mengapa ikan tidur. Tetapi terdapat beberapa teori yg mengaitkan alasan mengapa ikan tidur.

1. Ikan tidur untuk membolehkan ia merehatkan dirinya dan membolehkannya pulih daripada semua aktiviti yang telah dilakukan semasa pada waktu aktif.

2. Dan kemungkinan lain mengapa ikan tidur adalah disebabkan ingin memastikan tenaga dalam badannya tidak habis digunakan (secara tidak langsung boleh mengurangkan kekerapan pengambilan makanan, dan ini secara tak langsung menambahkan masa utk ikan berahat dan boleh mengelakkan diri dari serangan pemangsa yg lain).

Thursday, January 14, 2010

Akuarium d Sydney


Baru baru nie aku berpeluang pergi ke Sydney Aquarium. Memang menarik, bagi aku yang memang belajar mengenai ikan. Banyak spesies yang dipamerkan di sini. Di sini aku ingin berkongsi gambar dengan kawan2 antara spesies ikan yang aku berjaya ambil gambarnya. Tak semua spesies aku berjaya rakamkan dalam kamera aku kerana sesetengahnya diletakkan di dalam kawasan/akuarium yg terlalu gelap (mungkin spesies yg nocturnal @ spesies yg tinggal di kawasan yg gelap) dan sesetengahnya pula disebabkan oleh cermin akuarium yg berkeadaan kurang baik (calar balar-mungkin sebab kaedah mencuci yg dilakukan tidak dilakukan secara berhati hati).
















Monday, June 22, 2009

Gambar di sekitar tempat experiment di jalankan









Gambar gambar di atas menunjukkan tangki2 kajian untuk experiment aku yg ke 3. Kali ini aku kena kultur ikan di dalam 24 tangki di mana setiap tangki akan di stok dengan 31 ekor ikan. Memang antara experiment yg besar bagi aku kerana melibatkan banyak tangki dan treatments. Jadi lepas ini, aku banyak menghabiskan masa kat tangki ikan, memberi makan ikan, bersihkan tangki, periksa kualiti air, tukar air dan banyak lagi. Experiment kali ini melibatkan tindakbalas hormon dan usus ikan dengan protein. Experiment ini dijangka siap akhir bulan ogos ini. INSYAALLAH, moga semuanya berjalan dengan lancar. Amin.

Saturday, June 20, 2009

Trout

Jumaat baru2 nie aku n supervisor aku ge ambik ikan kat hatchery yg jaraknya dalam sejam dari kampus. Ikan ini akan digunakan untuk experiment ke 3 yang akan mula hujung bulan nie. Ini adalah tangki yang aku gunakan untuk mengangkut ikan tersebut (900 ekor rainbow trout, berat purata 30gram seekor).

Tangki ini hanya boleh dibuka di bahagian atas. Jadi ini memudahkan proses mengangkut ikan di mana air tidak akan memercik keluar dari tangki.

Ini adalah kolam yang ada di hatchery tersebut. Sistem yang digunakan antara sistem yang terbaik kerana air yang digunakan adalah air sungai yang di pam secara berterusan di dalam kolam. Jadi air memang sentiasa bersih, tambahan tiada pencemaran sungai berlaku di sini.
Ini adalah ikan salmon albino. Gambar kurang jelas sb ikan ini berada dalam air yg sedikit keruh. Mengikut tuan punya hatchery, salmon albino ini telah berjaya ditetaskan telurnya dan mereka juga menternak salmon albino yg mereka beri nama sebagai gold salmon... Menarik, tapi bagi aku, ini bukan kejayaan, tapi ini merosakkan genetik ikan salmon yg asli.

Ini kolam yang digunakan di sini, lebarnya memangpendek, tapi panjang (dalam 5om). Menggunakan sistem air bergerak, dan ini akan membolehkan ikan membesar dengan lebih cepat dari biasa.

Pemandangan di kolam

Kolam

Ini adalah hatchery di mana anak ikan diletakkan di dalam tangki2 simen. Air yang digunakan juga air sungai yang dipam dari sungai.. Disebabkan air yang sentiasa mengalir, kualiti ikan amatlah baik.


Ikan yang di angkut menggunakan tangki ini akan dibekalkan dengan oksigen dari tangki oksigen. Disebabkan suhu air yang rendah sekitar 5 darjah, kadar metabolisma ikan adalah perlahan dan penggunaan oksigen akan makin berkurang. Ini akan memudahkan lagi proses mengangkut ikan.

Friday, May 08, 2009

Yang mana sesuai?


Kajian yang melibatkan tumbesaran ikan adalah kajian yang biasa dilakukan oleh penyelidik yang terlibat dalam akuakultur. Tetapi terdapat satu kesalahan yang biasa dilakukan oleh penyelidik yang melakukan kajian mengenai pemakanan ikan iaitu jumlah makanan yang sepatutnya diberi pada ikan. Sesetengah penyelidik memberi ikan makan hingga ikan tersebut kenyang. Tetapi itu adalah kesalahan yang paling nyata kerana tumbesaran ikan akan mengalami perbezaaan dan perbezaan ini bukan disebabkan oleh kualiti bahan yang digunakan, tetapi disebabkan oleh kuantiti makanan yang dimakan oleh ikan.

Oleh itu cara yang terbaik untuk memberi makan ikan (jika kajian melibatkan pemakanan) adalah dengan memberi ikan makan dengan kadar yang sama. Contohnya 2% dari berat badan ikan. Dengan ini kita dapat melihat perbezaan dari segi tumbesaran ikan yang disebabkan oleh kualiti bahan yang digunakan dan bukan disebabkan oleh kuantiti bahan yang dimakan oleh ikan.

Sunday, April 05, 2009

Ikan dan migrasi

Kita biasa mendengar ikan air masin dan ikan air tawar. Tapi adakah kita tahu bahawa beberapa spesies ikan tidak hanya tinggal di satu perairan sahaja? Ikan adalah spesies yang sentiasa bermigrasi. Kebanyakkan ikan bermigrasi adalah untuk bertelur. Ada banyak kategori migrasi yang melibatkan ikan.

1. Diadromous- Ikan ini dipanggil "diadromous" kerana ikan ini adalah spesies yang bermigrasi antara air tawar dan air masin. Kategori ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama:

  • Anadromous-Ikan yang tinggal di air masin, tetapi akan bermigrasi ke air tawar bila tiba musim bertelur. Contoh ikan spesies ini adalah ikan salmon dan ikan trout.
  • Catadromous-Ikan yang tinggal di air tawar dan bermigrasi ke air masin untuk bertelur. Contoh ikan ini adalah belut (Anguilla anguilla)
  • Amphidromous-Adalah ikan yang sentiasa bergerak di antara air tawar dan air masin. Contoh ikan ini adalah bull shark. Oleh sebab itu di beberapa tempat di dunia terutamanya di US dan India, terdapat banyak laporan serangan ikan yu di sungai. Bull Shark adalah spesies yang bertangungjawab dengan serangan tersebut.
2. Potamodromous- Ikan potamodramous adalah spesies yang hanya bermigrasi antara air tawar sahaja. Contoh ikan ini adalah ikan Kap Labeo rohita dan Catla catla. Terdapat juga ikan yang tinggal di tasik. Tasik seperti yang kita tahu adalah air tawar. Ikan yang bermigrasi di sekitar tasik pula dikategorikan sebagai ikan Limnodromous.

3. Oceanodromous- Ikan oceanodromous adalah ikan yang bermigrasi di sekitar air masin sahaja. Contoh ikan ini adalah ikan pari (Manta rays).

Monday, March 16, 2009

Sawit

Hari nie aku tolong Prof Ng sampling.. Prof Ng adalah pensyarah dari USM yang buat kajian mengenai penggunaan minyak kelapa sawit dalam makanan ikan selama 6 bulan kat sini. Yang sorang lagi itu adalah Prof Chris, co-supervisor aku. Tahun lepas dia supervisor aku, tapi tahun nie dah tukar, dia jd co supervisor plak.. Aku pun tak tau kenapa tukar...

Kat sini yang menariknya, bila ada sampling, akan ada yang akan menolong.. Sebelum nie, supervisor aku tolong aku dengan sampling aku.. Satu budaya yang sangat menarik. Dengan cara ini, supervisor tahu apa yang kita buat dan kita pun bertambah yakin dengan apa yang kita buat.

Aku yang tolong tangkap ikan dalam tangki... :)

Wednesday, March 11, 2009

Lidah ikan???

Ikan ada lidah. Mesti ada yang akan tergelak bila mendengar "ikan mempunyai lidah". Hakikatnya, kebanyakkan ikan mempunyai lidah, TETAPI lidah ikan tidaklah menyerupai lidah manusia yang berotot. Lidah ikan terbentuk di bahagian bawah mulut dan bagi sesetengah ikan, lidahnya mempunyai struktur berbentuk seakan akan gigi dan ini berfungsi untuk mencengkam mangsa terutamanya bagi ikan karnivor.

Oleh sebab itu, bila ikan makan, terutamanya ikan yang makan di dasar kolam, ia akan merasa makanan dahulu sebelum menelan. Bila ikan ini makan, ia akan masukkan bukan sahaja makanan, tetapi bahan2 lain yang berada di sekitar makanan (seperti tanah, kayu2 halus dll) ke dalam mulut. Tetapi ikan tidak akan menelan terus bahan2 tadi, kerana bila makanan tadi berada di dalam mulut, ikan akan merasa bahan mana yang boleh dimakan. Bahan yang tak boleh dimakan akan dikeluarkan balik daripada mulut ikan dan ikan akan menelan bahan yang boleh dimakan sahaja...

Thursday, March 05, 2009

Ikan, adakah boleh merasa sakit atau tidak?

Ya..ikan boleh merasa sakit.. Jadi, janganlah seksa ikan.. Kalo mancing dan dapat ikan, cepat2 lah bunuh ikan tersebut dengan cara potong di bahagian kepala ikan (otak) untuk membunuh ikan tersebut. Ini lebih baik daripada membiarkan ikan terseksa tanpa oksigen dengan membiarkan ikan tersebut mati secara perlahan lahan.. Kaedah ini dinamakan sebagai "Pithing", iaitu menyembelih ikan dengan cara memotong bahagian otak ikan...

Tahap kepekatan hormon cortisol boleh digunakan sebagai petunjuk untuk mengesan samaada ikan itu sakit ke tak....

Saturday, February 07, 2009

Ikan dan Sistem Penghadaman

Entri kali ini bersifat akademik di mana aku ingin menghuraikan sedikit sebanyak mengenai sistem penghadaman ikan.

Seperti vetebrata yang lain, ikan mempunyai sistem penghadaman. Proses penghadaman dalam ikan adalah sama dengan vetebrata yang lain. Fungsi utama sistem penghadaman adalah untuk membolehkan bahan yang tak terhadam melalui beberapa proses fizikal dan kimia untuk membolehkan molekul bahan tersebut diserap melalui dinding perut ke dalam darah untuk membolehkannya dibawa ke organ sasaran.

Terdapat perbezaan yang ketara antara sistem penghadaman ikan karnivor, herbivor dan omnivor di mana ikan Karnivor (hanya makan daging) biasanya mempunyai dinding perut yang berotot dan tebal dan mempunyai usus yang pendek.

Keadaaan berbeza pula dengan ikan herbivor (hanya makan tumbuhan) dan omnivor (makan pelbagai jenis makanan) di mana ikan jenis ini biasanya mempunyai usus yang panjang dan tidak semua spesies ikan omnivor dan herbivor yang mempunyai perut.

Tuesday, November 25, 2008

Ikan, apa yang kita patut tahu mengenai ikan..


Ikan merupakan sumber protein yang utama di dunia dan walaupun begitu, masih ramai di antara kita masih tidak mengetahui apa sebenarnya ikan. Ikan tergolong dalam vetebrata di mana ia dikategorikan sebagai bertulang belakang dan berdarah sejuk. Secara amnya pada masa sekarang, lebih 28,000 spesies ikan telah berjaya dijumpai di seluruh dunia di mana hampir 27,000 daripadanya adalah ikan bertulang seperti ikan haruan, ikan kembung, ikan sepat, ikan puyu dan banyak lagi. Selain daripada itu, hampir 970 spesies pula dikategorikan sebagai bertulang rawan, contohnya ikan yu dan pari. Selain itu, 108 spesies pula dikategorikan sebagai ikan primitif di mana spesies ini mungkin bukan ikan, tetapi masih diklaslifikasikan juga sebagai ikan walaupun ciri cirinya tidak menunjukkan ciri ciri ikan 100%. Contohnya lampreys dan hagfish.

Manakala dari segi ekologi, ikan boleh diklaslifikasikan kepada beberapa kumpulan iaitu:
1. Air tawar
2. Diadromous di mana separuh dari hayatnya hidup di air tawar dan separuh lagi hayatnya di air masin.
3. Littoral
4. Bentik dan curam benua
5. Epipelagik (Lautan terbuka 200m dari permukaan laut)
6. Pelagik laut dalam ( di bawah 200m)


Ikan adalah spesies yang bernafas dengan menggunakan insang. Air akan masuk melalui mulut ikan, dan dari mulut, air akan keluar melalui bukaan insang di mana di insang akan terdapat filamen insang yang mana pada filamen insang ini terdapat kapilari kapilari darah yang akan membebaskan karbon dioksida dan menyerap oksigen. Terdapat juga keadaan di mana ikan boleh bernafas terus dari udara terutamanya ikan yang tinggal di kawasan yang mempunyai kandungan oksigen yang rendah. Contohnya di kolam kolam ikan, jika kita melihat ikan bernafas terus dari udara, ini bermaksud kolam tersebut kekurangan oksigen pada tahap yang kritikal. Sesetengah likan seperti lungfish pula boleh hidup di atas tanah tanpa air untuk beberapa hari.

Ikan juga mempunyai pundi renang. Jikalau mengikut teori evolusi, ikan pada zaman purba mempunyai paru paru. Tetapi setelah mengalami evolusi selama beribu ribu tahun, dan mungkin juta tahun, paru paru ikan telah berevolusi menjadi pundi renang untuk ikan. Tetapi masih lagi terdapat ikan zaman purba yang mempunyai paru paru yang masih wujud hingga kini, iaitu lungfish. Ikan akan menggunkan pundi renang ini untuk membolehkan ianya timbul dan emnyelam tanpa menggunakan banyak tenaga. Ini kerana ikan boleh mengempiskan pundi udara untuk membolehkan ianya tenggelam dan mengisikan pundi renang dengan udara untuk membolehkan ianya timbul semula.

Ikan juga mempunyai sirip di mana sesetengah sirip itu berpasangan, seperti srip pelvik dan pektoral di bahagian tepi ikan. Ikan juga mempunyai sirip dorsal di bahagian atas dan sirip kaudal di bahagian belakang. Sirip kaudal ini mebolehkan ikan bergerak ke depan. Manakala siri sirip lain adalah untuk menstabilkan pergerakkan ikan dan untuk navigasi.

Ikan juga boleh mengesan bau dengan menggunakan hidungnya, atau saintifiknya dipanggil nostril. Ikan biasanya mengandungi dua lubang nostril, di mana air akan masuk melalui satu lubang dan keluar melalui lubang yang kedua. Diantara dua lubang ini, terdapat sensor yang akan mengesan bau dan ini penting untuk ikan dalam mengesan makanan terutamanya di kawasan air yang keruh.

Ikan juga boleh mengesan makanan dengan menggunakan mata bilamana persekitaran air jernih. Bagi sesetengah spesies ikan karnivor, ianya biasa mengesan makanan melalui isyarat pergerakkan melalui air. Bila mangsa bergerak, daya gerakkan mangsa ini akan diterima oleh ikan karnivor tadi melalui garis deria pada badan dan pada masa itu ikan akan bergerak untuk menyambar mangsanya berdasarkan isyarat yang diterima tadi.

Ikan juga akan makan bila makanan tersebut sedap dan boleh dimakan. Sebab itu ikan takkan makan semua jenis makanan. Biasanya ikan akan memasukkan makanan yang dijumpai ke dalam mulut tanpa menelan makanan tersebut. Ketika ini, ikan tengah merasa makanan samaada makanan tersebut sedap dan boleh dimakan. Jika tidak sedap ataupun tidak boleh dimakan, ikan akan mengeluarkan kembali makanan tersebut dan jika sebaliknya, ikan akan terus menelan makanan tersebut. Ikan juga akan makan disebabkan oleh warna makanan tersebut. Ini biasanya pada ikan yang hidup di persekitaran air yang jernih.

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio