Hari nie aku digest aku nyer samples. Aku ada lebih kurang 300 samples yang aku perlu digest guna Nitric acid dan Hydrogen peroxide. Hari nie aku dapat run 10 samples je.. memang perlahan, sb ini kali pertama aku digest samples yang mepunyai inert markers dari yttrium dan ytterbium. Sebelum ini aku guna inert marker Chromium oxide. Tapi di sini mereka tak gunakan chromium oxide kerana melalui pengalaman mereka yang membuat kajian mengenai digestibility, chromium oxide bukan lah 100% inert marker.
Untuk pengetahuan semua, inert marker ini amatlah penting dalam kajian Digestibility. Di sini kita akan mengkaji adakah ikan dapat menyerap nutrient dalam makanan dengan efisien ataupun tidak. Dengan ini kita akan dapat tahu adakah makanan yang akan kita hasilkan berkualiti tinggi atau tidak. Ini juga satu cara untuk memastikan makanan tidak dibazirkan dan makanan digunakan secara efisien oleh ikan untuk tujuan tumbesaran yang optimum.
Jadi sebelum ini kita biasa dengar, makanan yang mepunyai protein yang tinggi adalah makanan yang baik kerana seperti yang kita sedia maklum protein adalah nutrient yang utama yang amat diperlukan oleh badan untuk tumbesaran, membina sel2 yang rosak, menghasilkan hormones, untuk sel darah dan banyak lagi. Untuk menjadikan protein ini digunakan secara efissien oleh ikan, kita haruslah memastikan makanan tadi boleh diserap oleh ikan dengan kadar yang tinggi.
2 comments:
uhuhuuhuh..what a scientific terms there...
huhu...semua ya bahan kimia jak :)
Post a Comment