Sunday, October 19, 2008

Yu air tawar...

Hari tue aku berbual dengan supervisor aku mengenai ikan yu. Aku tanya dia, adakah dia pernah makan sirip ikan yu. Dia bagitau aku yang dia takkan makan sirip ikan yu sebab ikan yu sebab perbuatan makan sirip ikan yu tidak boleh diterima kerana kebanyakkan nelayan hanya menangkap ikan yu dan sirip akan dipotong dan carcass akan dibuang ke laut semula. Bagi supervsior aku, ini perbuatan yang terlalu kejam dan tidak boleh diterima. Memang ada kebenaran, sb aku pernah tengok video di mana nelayan menangkap ikan yu, dan memotong sirip dan setelah semua sirip dipotong, ikan tersebut dilepaskan balik ke laut dalam keadaan ikan yu tersebut masih hidup.

Tapi di sini aku tidak akan bercerita mengenai sirip ikan yu, tapi aku nak bercerita mengenai ikan yu yang boleh hidup di persekitaran air tawar. Seperti yang kita tau, yu adalah pemangsa yang amat ditakuti di persekitaran air masin (laut). Ada sebanyak lebih 400 spesies ikan yu di seluruh dunia, tapi kebanyakkan hidup di persekitaran air masin, dan hanya beberapa spesies yang dapat mendiami air tawar. Antara spesies ikan yu yang boleh mendiami air tawar ialah ikan yu borneo dan bull shark. Tapi bagi bull shark, ikan ini tidaklah mendiami air tawar sepanjang hidupnya, tetapi ikan ini boleh berada di persekitaran air tawar pada jangkamasa yang panjang.

Bagi ikan yu borneo, dikatakan telah pupus di dunia. Ikan yu ini hanya boleh dijumpai di perairan air tawar di kepulauan borneo. Ikan ini kali terakhir pernah ditangkap oleh seorang nelayan di sebuah sungai di Sabah pada tahun 1997 dan selepas itu, ikan ini tidak pernah lagi dijumpai dan telah dikategorikan sebagai sudah pupus.

Sebelum itu kita akan tertanya tanya bagaimana ikan yu yang hidup di air masin boleh hidup dipersekitaran air tawar. Kalo mengikut logik, disebabkan kepekatan air yang berbeza, badan ikan yu secara logiknya akan mengembang dan pecah seperti belon kalo ianya memasuki perairan air tawar. Tetapi sebaliknya berlaku pada ikan bull shark di mana ikan ini mempunyai mekanisma yang boleh mengurangkan kepekatan garam dalam darah dan ini secara tidak langsung akan menstabilkan kadar penyerapan air dalam badan ikan yu tersebut. Satu lagi kebolehan bull shark, ikan ini boleh menyerang mangsa di perairan yang cetek. Jadi ikan ini dikategorikan antara ikan yu yang paling merbahaya selain dari ikan white shark dan tiger shark.

Mengikut peta taburan ikan bull shark juga boleh di jumpai dia perairan asia termasuklah perairan Malaysia. Di sini aku kongsikan video ikan bull shark.







Sebab itu kita jangan hairan bilamana ada orang mendakwa menjumpai ikan yu di sungai. Bull shark ini dikategorikan antara ikan yu yang bersaiz besar di mana saiz nya boleh mencapai panjang 3.4 m dan berat 230kg.

3 comments:

Anonymous said...

thanks mil. tapi ape common name (malay) bullshark ni ek? jerung.. yu lembu? ehhe. it's an amphidromous i know for certain. never thought can be found in Borneo :D (malu aku..). all i know sblm ni ikan ni widespread kat warmwaters jek.

it reminds me of ikan pari yg bleh dijumpai kat sungai. ramai org hanya tau yg rays hanya bleh dijumpai kat laut.

amazing salt toleration!

Kamil L said...

hehe...aku pun tak pasti common name melayu dia.. kalo direct translate, yu lembu lah kot.. :)

tue ler kan..banyak benda pelik, pari tawar pun wujud :)

Zam said...

Arwah bapak aku pernah bercerita dia dlu pernah dapat ikan yu di sungai kuala muda yg bersambung dgn sungai jeniang...yaamat jauh dri laut...sama jgk ikan pari...aku percaya xpercaya ja...rupanya mmg btul..klu tya org2 lama bab ikan sungai ni..

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio