Friday, October 03, 2008

Aku, Mowbray, Launceston n Tasmania















Mowbray, Kedai Taj tue satu satunya kedai halal kat Mowbray















Umah Aku (plumer st)















Jalan ke umah aku















Pekan kecik, mowbray















Mowbray















Mowbray, Launnie

Bagi sesiapa yang pernah menetap di Bintulu, Sarawak, Launceston adalah hampir sama dengan bintulu dari segi keluasan bandar. 15 minit dari bandar launceston, adalah pekan kecil yang dinamakan Mowbray. Pekan ini saiznya sama lah besar dengan Medan Jaya, Bintulu (bagi yang pernah tingal di Bintulu, mereka tau lah saiz pekan nie besar mana). Bagi aku Launceston nie tak ubah macam bintulu. Rumah aku tak lah jauh sangat dari pekan Mowbray, mungkin dalam 1 km lebih sahaja. Kat pekan nie lah aku biasa beli barang2. Aku kira beruntung, sb kat Mowbray ada menjual daging lembu dan kambing yang halal. Ikan salmon, trout, udang putih, udang karah, semua boleh didapati di Mowbray. Hanya ayam yang halal kena beli kat bandar launceston, sb kat Mowbray takde ayam yang halal. Di Mowbray, ada sebuah kedai India Muslim yang halal. Tapi aku jarang makan kat kedai tue. Al maklumlah, boleh bankrap kalo makan kat luar tiap2 hari..hehe...sb kat sini harga makanan mahal. Biasanya kalo aku makan termasuk ngan air, kos adalah sekitar aud 12-17. Itu sekali, kalo tiap2 hari,huhu..mau kering dibuatnya. Jadi aku biasanya masaklah kat umah. Sekali masak, boleh lah makan sampai 2-3 kali. Di bandar launceston, ada 2 lagi kedai yang halal di mana satu kepunyaan india muslim, dan satu lagi tuan kedai ialah daripada Malaysia. Kalo tak silap aku, orang Kajang, selangor. Tapi dia pun dah lama menetap kat sini. Anak anak dia pun dah tak pandai cakap BM :)

Di sini, cuaca boleh dikira sebagai sejuk sepanjang tahun. Musim panas pun tak panas sangat.. Mula mula aku sampai dulu, memang lah rasa sakit nak menyesuaikan diri kat sini. Dah biasa duduk bawah pancaran matahari..huhu.. Tapi sekarang, bolehlah tahan sedikit, asalkan suhu masih d atas 7 darjah, tapi kena pakai baju tebal..kalo tak, beku gak..huhu. Kalo dah bawah 7, kenalah on heater kat bilik. Kalo tak, bekulah bila bangun pagi..huhuhu..

2 comments:

oon said...

kacak umah kitak oo. kedak bintulu ka hehehe. teringat mek ngan refah. mek rinduu aihh. huhuhu

Kamil L said...

hehe..luar jak kacak, tp dalam..huhuhu...berterabur juak..huhu...

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio