Plankton, secara amnya terbahagi kepada fitoplanton dan zooplanton. Fitoplanton adalah plankton yang tergolong dalam tumbuhan manakala zooplanton adalah haiwan. Contoh zooplankton ialah artemia, iatu sejenis zooplankton yang menjadi makanan utama udang galah dan larva2 ikan. Artemia dipilih untuk menjadi sumber makanan utama larva ikan dan udang disebabkan oleh saiznya yang kecil dan sesuai dengan bukaan mulut ikan dan udang dan ianya mempunyai nilai protein yang tinggi dan mempunyai amino acid yang lengkap untuk keperluan larva ikan dan udang. Artemia juga adalah sejenis zooplankton yang akan memberikan tindakbalas positif dengan cahaya.
Zooplankton juga merupakan organisma yang mempunyai sistem penglihatan yang sangat ringkas. Dikatakan ada zooplanton hanya mempunyai dua sel mata, sel pigment dan sel sensitif cahaya. Kesemua sel ini tidak akan dapat membentuk imej, tapi hanya dapat mengesan kawasan yang mempunyai cahaya ataupun kawasan yang gelap.
Bila terdapat cahaya, sel pigmen tadi akan menyerap cahaya dan akan menghantar isyarat ke sel photoreceptor dan bentuk isyarat tadi adalah berbeza mengikut posisi sumber cahaya tersebut. Sel photoreceptor pula akan menukarkan isyarat tadi kepada isyarat elekrik dan akan menghantar isyarat tadi ke sistem saraf dan melalui ini zooplanton akan menggerakkan silia untuk memulakan pergerakkan ke arah sumber cahaya tadi.

No comments:
Post a Comment