Wednesday, December 03, 2008

RM80 sebulan...cukup ke nak belanja untuk sebulan?????

Tadi aku baca suratkhabar, cerita mengenai satu keluarga di Jitra, Kedah yang hidup penuh kedaifan. Kesah 2 beradik yg yatim piatu dijaga oleh seorang datuk yg berumur 80 tahun. Mereka ada seorang lagi adik yg berumur 4 tahun, tetapi terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Si abg berumur 19 dan si adik perempuan berumur 14 tahun. Si adik terpaksa berhenti sekolah kerana tak mampu bersekolah kerana tidak mempunyai wang. Bukan sekadar wang untuk sekolah, nak makan pun takde di mana dia mendakwa makanan harian mereka hanyalah nasi dan garam. Mereka juga mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM80/bulan.

RM80?????? Aku baca balik ayat kat suratkhabar, adakah aku tersilap atau mata aku rabun hingga aku tak nampak dua sifar..... memang aku tak silap, memang ada satu sifar jer... Betul, RM80......ataupun dalam ayat yang penuh, Ringgit Malaysia Lapan Puluh sahaja...

Aku hairan, kenapa masih wujud lagi bantuan RM80/bulan. Aku bukannya angkuh/cakap besar dengan mengatakan RM80 itu terlalu sedikit jumlahnya, tapi secara logiknya, zaman sekarang, apa yang kita boleh beli/dapat dengan RM80? Kalau 30-40 tahun yang lepas, mungkin lah boleh diterima akal, ini tahun 2008, semua harga barang mahal dan ditambah lagi dengan harga barang yang melambung naik sekarang. Bagi aku, sepatutnya jumlah bantuan ini dinaikkan paling tak pun RM500/bulan terutamanya bantuan untuk orang yang betul2 miskin dan hidup dalam serba kedaifan....

3 comments:

Anonymous said...

aku baru je hbskan 80... usd hari ni utk bende yg bukan2. tsk tsk.. dlm keadaan semua harga barang naik.. tp xde pulak kementerian or ngo's berkaitan nk bangkitkn supaya elaun JKM ni dinaikkan. garis paras kemiskinan pun dah naik.. tp elaun utk depa.. tak naik2 lak. xde lak org suh revise kadar elaun tu ek?

dah brp ramai pm mesia ni dr sana? so..hrp berita ni bkn sekadar retorik politik..

yang benar,
insan prihatin
(eh...ko tau la sape)

kiki said...

Bayar bil astro dah habis dah 80..

Kamil L said...

Jep-tue ler kan...aku rasa pengarah2 JKM negeri nie patut turun padanglah, rasa dan tgk sendiri kesusahan org miskin nie. Ataupun suruh diaorg sendiri guna duit RM80 utk jangkamasa sebulan, tgk berapa lama diaorg bleh bertahan ngan duit banyak tue..huhu

Kiki-a..a..bena ya...

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio