Saturday, December 20, 2008

Pembiakan ikan sepat secara semulajadi..

Induk ikan sepat akan dipilih. Ikan sepat jantan dan betina boleh dibezakan berdasarkan sirip dorsal (sirip bahagian atas badan) ikan.. Bagi ikan betina, sirip dorsalnya berbentuk bulat dan ikan jantan berbentuk runcing. Ikan betina yang matang akan dipilih bedasarkan dengan pemerhatian pada bahagia perut ikan. Ikan betina yang buncit menunjukkan ikan tersebut bersedia untuk membiak. Sediakan tangki/akuarium.

Pastikan keadaan tangki tersebut gelap untuk meransang ikan tersebut untuk membiak. Kalau akuarium digunakan, akuarium haruslah dibalut dengan plastik bewarna hitam ataupun di cat dengan menggunakan cat bewarna hitam. Ikan akan dimasukkan dan di permukaan tangki perlu diletakkan plastik hitam (saya gunakan plastik hitam) ataupun pokok kiambang di mana ini akan dijadikan sebagai medium untuk ikan melepaskan telur nanti.

Tangki akan ditutup dengan jaring bewarna hitam dan pastikan pengudaraan perlahan supaya tidak menggangu ikan tersebut untuk membiak. Periksa tangki setiap hari bagi melihat adakan ikan telah melepaskan telur atau tidak. Telur ikan ini bewarna seperti jeli dan sangat halus. Setelah telur dilepaskan, ikan jantan akan mengeluarkan sperma.. Telur akan menetas tidak lama selepas telur dilepaskan...


10 comments:

Anonymous said...

salam...
saya ada masalah untuk melakukan pembiakan sepat ini.. maklumlah baru nak belajar... dan masih lagi belajar di Kolej Pertanian Malaysia Kedah... saya ada terbaca yang ikan sepat hanya akan membiak pada julat pH5.5-6.5.. betul ke? saudara bt pembiakan gunakan air yang telah dirawat, air kolam tanah? so adakah penggunaan pokok kiambang sebagai medium pembiakan? x de telur la sepat saya ni... harap maklum.. tq

Kamil L said...

Salam.
Ikan sepat bagus membiak di dalam pH yang neutral ataupun sedikit berasid (jgn terlalu berasid). Saya menggunakan air paip biasa yg telah dirawat dengan anti klorin. Betul, pokok kiambang boleh digunakan sebagai tempat ikan ini melepaskan telur. Mungkin saudara kena pastikan ikan yang digunakan sudah matang. untuk yg betina, sila tengok bahagian perut ikan itu, samaada dah membesar ataupun tdk. kalo membesar, maksudnya ikan itu telah bersedia untuk bertelur. Harap ini dapat membantu.

Anonymous said...

Kami ada sepat betina...
Sepat jantan dh mati..
Skrg sepat betina mengeluarkan telur tanpa kami sedari..
Berapa lama telur ini boleh bertahan??

Unknown said...

Asslmkum. Saya masukkn pokok orkid air dlm kolam hiasan sepat sy. Luas kolam 8 x 3 kaki lbih kurang
Nmpaknya ia sngat sesuai untuk pmbiakn ikan sepat...buih buih tersembunyi bwah daun. Kolam pula jd lebih gelap ...anak2 sepat berlindung di bawah daun pokok orkid air itu .

Unknown said...

Jenis sepat yg saya bela ialah sepat kmpung, sepat kedah, oren dan sepat biru..sepat biru dan sepat kedah nmpknya masih belum mmbiak.

Unknown said...

Jenis sepat yg saya bela ialah sepat kmpung, sepat kedah, oren dan sepat biru..sepat biru dan sepat kedah nmpknya masih belum mmbiak.

Unknown said...

Asslmkum. Saya masukkn pokok orkid air dlm kolam hiasan sepat sy. Luas kolam 8 x 3 kaki lbih kurang
Nmpaknya ia sngat sesuai untuk pmbiakn ikan sepat...buih buih tersembunyi bwah daun. Kolam pula jd lebih gelap ...anak2 sepat berlindung di bawah daun pokok orkid air itu .

Anonymous said...

Bole ke kalo guna sepat yang x sama warna

Qinm Way said...

Salam tuan. Maaf bertanya,ikan sepat betina yg ingin brtelur perlu diasingkan dgn ikan jantan ke tuan ? Atau letak sja dua ekor skali swktu ditutup plastik Hitam tu ? Harap tuan dpt jwb soalan sy terima kasih 🙏🏻🙂

Qinm Way said...

Boleh sy tahu, ikan sepat betina yg bertelur perlu duduk bersama ikan sepat jantan ke?

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio