Friday, December 12, 2008

Sejarah Akuakultur

Ada banyak versi mengenai asal usul akuakultur. Ada mengatakan akuakultur bermula di negara China seawal 2000 s.m. dan tulisan oleh Fan Lai pada tahun 475 s.m menceritakan mengenai pengkulturan ikan kap biasa (common carp) di China. Ada juga sejarah mengatakan orang sumeria dari Mesopotamia merupakan orang pertama yang memulakan amalan akuakultur seawal 2500 s.m. dengan cara membina kolam kolam kecil untuk meletakkan ikan liar yang ditangkap dari sungai. Ini bagi mempastikan mereka mendapat ikan yang segar pada setiap masa.

Orang Rom pula dikatakan telah mula membina kolam pada abad pertama A.D. dan pada zaman pertengahan di eropah, akuakultur mula diperkenalkan oleh golongan agama di kebanyakkan kawasan di eropah. Di sinilah bermulanya aktiviti akuakultur di eropah hingga hari ini. Manakala di Amerika syarikat, akuakultur dikatakan bermula agak lambat iaitu sekitar tahun 1800 di mana teknik2 akuakultur telah dibawa oleh pengembara yang berasal dari eropah ke amerika syarikat. Pada masa tersebut, ternakan utama di amerika ialah ikan trout dan salmon.

No comments:

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio