Thursday, December 11, 2008

Minggu yang amat memenatkan

Minggu nie memang minggu yang terlalu sibuk dan memenatkan. Bukan sahaja penat badan, tapi kepala aku pun pusing dah.. Minggu nie sibuk kerana terpaksa menyediakan formulasi makanan dan kena buat makanan ikan untuk ekperimen kedua aku. Kalau sebelum ini (exp 1) aku hanya mempunyai 4 jenis diet/makanan ikan yang berbeza, tetapi kali ini aku perlu membuat 12 jenis formulasi makanan yang berbeza di mana setiap diet aku akan buat sebanyak 5kg. Jadi aku perlu buat sebanyak 60kg secara keseluruhan. Aku dah mula buat makanan 2 hari lepas dan sampai semalam aku dah buat 15kg makanan. Nampak sikit, tapi memerlukan masa 2 hari untuk aku buat makanan tersebut. Ada lagi 45 kg makanan ikan yang aku kena buat dan kena habiskan sebelum hari jumaat minggu depan.

Dalam masa yang sama, aku kena hantar aku nyer proposal aku dalam masa 5 minggu bermula dari minggu depan. Ini proposal yang aku hantar ke sekolah pengajian siswazah 5 bulan lepas untuk diperiksa oleh pemeriksa dalam, dan 2 hari lepas mereka hantar balik dengan aku selepas 5 bulan dan aku kena buat pembetulan sebelum proposal itu boleh diterima oleh sekolah pengajian siswazah. Memang aku tengah kalut sebab pening nak buat yang mana satu dulu. Supervisor aku pulak bising sebab aku tak hantar hantar lagi pembetulan untuk bab 2 thesis aku. Dia suruh aku hantar minggu lepas, tapi aku tak siap lagi. Macamana lah aku nak siap, sebab banyak sangat benda yang aku kena buat.. Sampai sekarang aku tengah pening nak mulakan yang mana satu dulu, thesis aku ke, proposal aku...Pening2..... Bukan pening buat, tapi pening macamana aku nak mulakan.. :(

4 comments:

Anonymous said...

caiyok2...sometimes pressure can be a gud motivation for us.:)..ok mil...Hidup UPMKB kakakakkaka

CikYarn said...

sbr bro, jgn kalut2. dpt juak eh siap ludi kelak. jz do ur bes to finish it! okkeh bro, gd luck!!

*wink wink* said...

yeah, those 2 above is totally rite..best of luck 2 u!u can do it! =)

Kamil L said...

Juri-hehe..chaiyok2 jk :) tue ler kan...gerak sikit2, lama2 jauh gak kan ;)

Yarn- INSYAALLAH, tq yan ;)

Sy Fazidawaty- Thank you ;)

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio