Friday, December 12, 2008

Khutbah Jumaat (edisi insaf)

Tadi aku ge solat jumaat kat masjid di kampus. Imam kat masjid nie dah balik kampung, maklumlah cuti. Imam kitaorang kat sini adalah seorang pelajar kat Australian Maritime College dan berasal dari Oman. Biasanya khutbah dalam bahasa english. Tapi disebabkan dia balik bercuti di Oman, jadi pelajar lain ambil alih untuk jadi imam. Minggu lepas pelajar dari pakistan dan minggu nie pulak pelajar dari negara arab (tak pasti dari negara mana).

Apa yang menarik, khutbah jumaat dalam bahasa arab. Aku tertanya tanya, kenapa dia tak baca khutbah dalam bahasa english supaya semua orang faham... Sebab aku dah pasti tak faham...

Pastue aku terfikir, sepatutnya aku tak boleh bertanya, kenapa dia tak baca khutbah dalam bahasa english, sebab sebagai orang Islam, kita sepatutnya pandai dan faham bahasa arab supaya kita boleh memahami ayat2 Al-Quran. Insaf dan kerdil rasa diri aku masa tue... Aku terfikir, kenapa kita hanya mementingkan bahasa Malaysia dan English di sekolah, sepatutnya di sekolah, subjek bahasa arab patut diajar dan dijadikan sebagai subjek yang wajib untuk dipelajari supaya kita boleh memahami Al-Quran dengan sepenuhnya..

Tapi aku memang kagum bila mendengar bacaan imam tadi, sungguh merdu dan menusuk hati. Bacaan dia menyebabkan aku rasa hiba dan aku percaya bukan aku sorang je, makmum lain pun sama. Sungguh merdu...

2 comments:

rauhunt said...

eleh ..ni insaf seminit mcm Rebeh je ni

Kamil L said...

rauhunt-hehe...aku 2 minit...baik sikit dari Rebeh :p

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio