Sunday, December 14, 2008

Kalau dah Janji....

Tadi aku dapat msg dari ayah aku. Jarang gak ayah aku antar msg kat aku, kalau dapat msg, mesti ada sesuatu yang penting dia nak bagitau aku. Bila aku buka msg dia, terkejut gak aku, dia bgtau aku, sahabat baik dia baru meninggal dunia disebabkan selsema dan sesak nafas (mengejut). Sahabat baik ayah aku ini juga adalah sepupu ayah aku. Rasanya umur dia dalam sekitar 49tahun. Aku nie kira anak buah sepupu bagi sahabat ayah aku tadi. Hati aku sebak gak, tapi aku fikir, dah janji dia setakat tue, qada dan qadar, kita sebagai manusia, kena terima dengan penuh redha. Aku terus call ayah aku, dengan niat nak berbual dengan dia dan aku tau dia tengah sedih, jadi aku ingin cuba membantu menghilangkan rasa sedih dia gak.

Memang bila aku berbual ngan dia, memang aku bleh rasakan melalui suara dia menunjukkan dia tengah sedih dan sebak. Aku tahu, sebab inilah sahabat baik dia, di mana tiap2 hari mereka akan bertemu di kedai kopi, minum bersama. Sejak dari aku sekolah, sampailah sekarang, inilah aktiviti harian ayah aku ngan kawan dia.

Waktu kawan ayah aku nak buat rumah dulu, aku dan ayah aku lah antara orang yang tolong dia masa buat tapak rumah. Aku masih ingat lagi. Rasa baru cam semalam je berlaku. Tapi itulah janji kita pada tuhan, kalau dah ajal, memang kita takkan boleh lari daripadanya... Moga roh nya dicucuri rahmat.. Al Fatihah...


Al-Fatihah - Akhil Hayy


Sura Yasin - Abdurahman Sudais

3 comments:

kiki said...

innalullahi, wa innallillahi rajiun...

Al- fatihah...

oon said...

inalillah... mesti sedey benar bapak ktk. best fren bah. sayuk indah rasa ati mek tok. huhu.

Kamil L said...

kiki and oon - ya lah kan...dah ajal..Moga rohnya dicucuri rahmat..amin.

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio