Wednesday, December 31, 2008

Smithton

Burung Undan (betul ke? aku tak sure :D )

Bila sampai di Smithton, jam dah menunjukkan pukul 6 petang.. Kitaorang terlewat disebabkan banyak berhenti rehat masa memandu tadi... Jadi kitaorng buat keputusan untuk mulakan perjalanan ke melihat pemandangan di Stanley keesokkan harinya...
Aku dan Rakin.....


Bergerak balik ke tempat rehat..
antara pemandangan menarik di smithton... bila air pasang, kawasan ini akan dipenuhi air, tapi bila masa surut seperti gambar di atas, hanya pantai sahaja yang kelihatan... jadi kapal hanya boleh keluar dan masuk masa air pasang sahaja...
Keadaan pantai yang berlumpur

Berhenti rehat d E.T.C (percutian di Stanley n Smithton)

Ghazali n Wife dia
saje kaco Nada makan..hehe
Pemandangan di luar kafe
Tempat perhentian..untuk pemandu yang nak berehat

Nada tengah bersarapan pagi dengan coklatnya..
Nida tengah pening memilih mana satu nak dimakan dulu :)

28/12/08, aku dan beberapa orang kawan2 telah bercuti ke Stanley n Smithton di Tasmania. Jarak perjalanan dalam 220km dari tempat aku. Perjalanan yang jauh.. Tetapi kita banyak berhenti berehat untuk mengelakkan ngantuk, tambahan jalan raya kat sini bengkang bengkok sedikit disebabkan oleh keadaan muka bumi yang berbukit bukau... Entri selepas ini aku akan uploadkan gambar masa kat sana...

Saturday, December 27, 2008

Sakit tak???

Sakit tak Kamil? Kawan aku tanya aku bila aku kena sengat dengan ikan flathead.. tak lah sakit sangat, jawabku, tp dalam hati aku jawab "Dah kena sengat, sakitlah" hehehe... Ikan bewarna hitam kat gambar di atas tue dipanggil ikan flathead... Ikan ini berbahaya kerana kebanyakkan di bahagian badannya ada sengat... Di bahagian operkulum (pipi), kepala dan sirip, semua ada sengat... Tapi ikan nie sedap dimakan :) Aku pernah kena sengat ikan ini sebanyak 3 kali...

Kalo kena sengat dengan duri di bahagian pipi ikan ini, darah takkan berhenti mengalir dan tempat sengatan akan terasa sakit.. Aku 2 kali kena sengat dengan duri di bahagian pipi ikan ini, darah memang tak behenti mengalir selama beberapa jam... nasib lah luka tak besar, kalo besar, abis darah...hehe... Memang menarik sengat di bahagian pipi ikan ini... mungkin ada bahan kimia yang menghalang pembekuan darah pada bahagian sengat ikan tersebut...

Tadi aku kena sengat lagi, tapi kali ini dengan duri di bahagian sirip dorsal (bahagian atas badan ikan).. Ini rupanya lagi sakit berbanding sengat di bahagian pipi ikan ini.. walaupun kat sini tiada pendarahan berlaku, tapi bisanya menyebabkan jari aku terasa kebas... Tapi mungkin tak sebisa ikan sembilang.. sejam lebih, baru hilang rasa sakit... Nasiblah tak perlu bawa ge hospital... :)

Friday, December 26, 2008

Adakah buaya mempunyai lidah?

Kita selalu dengar persoalan yang mengaitkan KENAPA buaya menjadikan manusia sebagai mangsanya. Ada yang mengatakan buaya yang menyerang manusia dan menjadikan manusia mangsanya adalah spesies buaya yang mempunyai LIDAH.. Seperti yg kita tahu, lidah adalah organ untuk merasa makanan samaada sedap atau tidak...

Pada pandangan mata kasar manusia, buaya tidak mepunyai lidah.. Tidak pernah lagi ada laporan atau gambar yang menunjukkan buaya menjelirkan lidahnya seperti reptilia lain.. Jadi secara zahirnya dari mata kasar, buaya memang tidak mempunyai lidah...

Jadi kebanyakkan orang membuat kesimpulan, buaya yang menyerang manusia adalah buaya yang mempunyai lidah kerana bila buaya mempunyai lidah, ia boleh merasa daging manusia.. Jadi sekali buaya merasa daging manusia, buaya itu akan ketagih dan akan cuba lagi menjadikan manusia sebagai mangsa lagi... Tapi kebenarannya masih BELUM terbukti...

Tapi betul ke buaya ada lidah???????
Jawapannya....
YA...buaya memang mempunyai lidah.... Tapi lidah buaya berbeza dengan lidah reptilia yang lain... Ini kerana lidah buaya bersambung terus dengan bahagian bawah mulutnya dan tidak bergerak langsung... Lidah buaya juga boleh merasa perbezaan antara rasa MANIS dan MASAM....

Thursday, December 25, 2008

Pemandangan

Ini adalah gambar2 pemandangan yang sempat aku ambik kat Tasmania... Yg pasti, semua hijau, takde hutan batu..hehe :)











Wednesday, December 24, 2008

Mengidam...

aku nak makan karipap....
e..e...manalah aku nak cari karipap nie....
tetiba plak aku terasa sangat nak makan karipap..
ntah..aku pun tak tau nape aku terliur nak makan karipap...
2-3 mlm tak asyik fikir pasal karipap jer...
mengidam lah plak aku..huhu....

manalah aku nak cari karipap nie....
tak bleh tahan, aku buat keputusan nak buat sendiri...
resepi....aku cari dari internet...

Akhirnya, jadi gak karipap yg aku buat....
adalah bentuk karipap wlpun tak sesedap karipap kat pasar malam...
yg penting ada bentuk kan..huhuhu......

Otak udang

Sedap gak kan otak udang..lama dah aku tak makan...dalam banyak2 bahagian udang nie, aku paling suka makan otak udang sampaikan sampai satu ketika di Sarikei, Sarawak, kalo ge market ikan, kita akan jumpa orang jual otak udang, menunjukkan betapa sedapnyer otak udang :)

Tapi di sini aku nak cerita mengenai kesah otak udang dan orang tua2 zaman dahulu.. Dalam masyarakat melayu, terlalu banyak perumpamaan yang menarik dan salah satu daripadanya otak udang.. "Bodoh, macam otak udang" itu perumpamaan yg biasa didengar dari orang yg bermulut laser :)

Tapi bila dilakukan kajian, memang benar lah udang nie memang binatang yang bodoh. Alasan aku kata begini ialah cuba kita bandingkan antara ikan dan udang..

Ikan di kolam, biasanya penternak akan bagi makan 2 kali sehari di tempat yang sama dan pada waktu yg sama. Contohnya penternak akan bg makan ikan pada pukul 8pg dan 5 ptg di penjuru kanan kolam. Jadi bila dilakukan setiap hari, ikan biasa akan berkumpul di penjuru kanan kolam bila tiba masa untuk makan... Tak perlulah penternak menabur makanan ikan di semua bahagian kolam kerana ikan akan bergerak ke tempat yg sama setiap hari bila tiba masa utk makan..


Berbeza pula dengan udang... Penternak kena menaburkan makanan di seluruh bahgian kolam bagi membolehkan udang makan.. Ini kerana udang takkan baerkumpul di bahagian yang sama bila tiba masa untuk makan... Ini sudah cukup menunjukkan ikan lebih bijak dari udang....Tengok, orang zaman dulu pun dah tau udang nie bodoh.. Bagaimana diaorg tau, aku pun takde jawapan pada persoalan itu :)

Saturday, December 20, 2008

Apa ada pada belangkas???


Belangkas... Selalu nya dijumpai berpasangan.. Sebab itu sesiapa yang dating selalu dipanggil belangkas..hehe...Aku pernah makan telur belangkas, sedap gak, tapi tak lah sesedap telur ikan... Dulu masa aku belajar kat UPM tahun 2003, ada pensyarah yang buat mengenai belangkas... Aku hairan kenapa kena belajar mengenai belangkas..ada nilai komersil ke tak... Rupanya baru aku tau, mahal rupanya.. Bukan belangkas yg mahal, tapi darah belangkas yang mahal di mana boleh mencapai harga berpuluh ribu seliter... Darah belangkas ini penting sangat untuk tujuan perubatan di mana ianya boleh mengesan kehadiran virus dan bakteria.. Jadi pas nie, kena belajar lah kultur belangkas..mungkin dalam 10 tahun lagi, harga belangkas boleh mencapai harga beratus ringgit seekor.. ada kemungkinan... :)


Aktiviti masa boring...

Nie untuk kasi cantik :)

Aku guna mee ini..Kalo takde, leh guna me mamee, me manggie pun bleh (sebab aku pernah cuba)- letak 100gram jer..

Cooking Chocolate 200 gram.

Masukkan mee dalam mangkuk..

Masukkan sesudu peanut butter

Masukkan coklat tadi

Masukkan lam microwave dalam 1-2 minit (jangan lama sangat..

Dah cair, gaulkan...

Masukkan dalam bekas...

Letaklah hiasan sikit...kasi warna2..pastue masukkan lam peti sejuk lam 1/2 jam..dah keras, bleh lah makan :)

Pembiakan ikan sepat secara semulajadi..

Induk ikan sepat akan dipilih. Ikan sepat jantan dan betina boleh dibezakan berdasarkan sirip dorsal (sirip bahagian atas badan) ikan.. Bagi ikan betina, sirip dorsalnya berbentuk bulat dan ikan jantan berbentuk runcing. Ikan betina yang matang akan dipilih bedasarkan dengan pemerhatian pada bahagia perut ikan. Ikan betina yang buncit menunjukkan ikan tersebut bersedia untuk membiak. Sediakan tangki/akuarium.

Pastikan keadaan tangki tersebut gelap untuk meransang ikan tersebut untuk membiak. Kalau akuarium digunakan, akuarium haruslah dibalut dengan plastik bewarna hitam ataupun di cat dengan menggunakan cat bewarna hitam. Ikan akan dimasukkan dan di permukaan tangki perlu diletakkan plastik hitam (saya gunakan plastik hitam) ataupun pokok kiambang di mana ini akan dijadikan sebagai medium untuk ikan melepaskan telur nanti.

Tangki akan ditutup dengan jaring bewarna hitam dan pastikan pengudaraan perlahan supaya tidak menggangu ikan tersebut untuk membiak. Periksa tangki setiap hari bagi melihat adakan ikan telah melepaskan telur atau tidak. Telur ikan ini bewarna seperti jeli dan sangat halus. Setelah telur dilepaskan, ikan jantan akan mengeluarkan sperma.. Telur akan menetas tidak lama selepas telur dilepaskan...


Pembiakan aruhan ikan keli

Ikan keli merupakan antara ikan yang paling mudah untuk dilakukan pembiakkan aruhan.. apa yang diperlukan ialah:

1. Picagari
2. Hormon (Ovaprim) - sukatan hormon berbeza bergantung pada jenis hormon
3. Tuala kering
4. Bulu ayam
5. Mangkuk
6. Induk ikan keli
7.Picagari (1ml)

Caranya:
Induk ikan akan disuntik dengan hormon di mana bagi ikan betina, 0.5ml/kg dan jantan 0.25ml/kg. Selepas itu induk akan dibiarkan selama 5 jam sebelum telur ikan boleh dikeluarkan. Jika dalam 5 jam, telur masih belum dapat dikeluarkan, hormon akan disuntik lagi dan dibiarkan lagi selama 3 jam. Bila induk ikan sudah bersedia, perut ikan betina akan dilurutkan dan telur akan dimasukkan ke dalam mangkuk. Manakala bagi ikan jantan, induk jantan akan dibedah untuk memndapatkan sperma. Sperma tadi akan dicampurkan dengan telur dengan menggunakan bulu ayam. Setelah digaulkan dengan bulu ayam, telur tadi akan dimasukkan ke dalam tangki dan dibiarkan menetas...


Hanya Lagu

Bila aku baca suratkhabar mengatakan salah satu lagu Dr Asri (bekas mufti perlis) diharamkan oleh RTM dengan alasan liriknya yang terlalu kasar, aku semakin teringin plak nak dengar, camne lirik lagu tue, kenapa ianya diharamkan dan banyak lagi. Aku pun carilah kat youtube dan aku jumpa lagu tue, memang pedas banyak lah liriknya.. Tapi ini hanya lagu.... "Takde kaitan dengan yang hidup dan mati, hanya nukilan rasa Dr Asri (aku rasa lah)" :p

"AKU BKN MUSUH HARTA"

Mereka kata
Mengapa kita tidak kaya raya?
Tengoklah si fulan itu, bermewahan saja
Aku bertanya, apakah caranya untuk aku kaya?

Bukan kita tidak tahu,
Jalan, denai dan liku,
Agar harta ditemu dan disapu,
Tapi semuanya cara palsu dan tipu,
Bukan kita tidak mahu,
Tapi kita tidak mampu,
Takut dan terkedu,
Mengenangkan Yang Maha Satu,
Yang Tiada BagiNya sekutu,

Ya, telah kaya para pengkhianat,
Dengan harta yang sarat,
Tapi mereka lupa akhirat,
Balasan yang berat,
Di dunia, jiwa bertukar menjadi keparat,

Ya, telah kaya para pendusta,
Syarat mereka, lupakan Yang Esa,
Harta rakyat, semua disebat,
Harta awam, semua dibekam,
Hukum syaitan, mereka bertuhan,

Kita pun ingin kaya,
Ada harta, ada kereta yang istemewa,
Ada rumah mewah yang melimpah,
Ada hidangan yang bukan sebarangan,
Ada duitttttt yang bukan sedikitttttt

Tapi, jalannya hendaklah suci,
Bukan seperti seorang pencuri,
Jika ada jalan yang mulia,
Dihujungnya ada harta,
Tunjukkan kita, di mana saja,
Tunjukkan kita, di mana saja,
Kita bukan musuh harta,
Kita cuma musuh pengkhianat bangsa,
dan pengkhianat Negara,
Apatah lagi pengkhianat agama,

Tapi, jalannya hendaklah suci,
Bukan seperti seorang pencuri,
Jika ada jalan yang mulia,
Dihujungnya ada harta,
Tunjukkan kita, di mana saja,
Tunjukkan kita, di mana saja,

Mereka kata,
Mengapa kita tidak kaya raya?
Tengoklah si fulan itu, bermewahan saja,
Aku bertanya, apakah caranya untuk aku kaya?
Aku bertanya, apakah caranya untuk aku kaya?


Wednesday, December 17, 2008

Susahnyer nak tidur...

Skrg musim panas kat sini. Aku suka musim panas, tak lah terlalu sejuk. Purata suhu kat sini kalo siang, 20 darjah dan malam lam 10 darjah. Jadi kira best sangat, sb tak lah sesejuk musim yg lain..

Tapi apa yang aku kurang suka, siang panjang sangat berbanding malam. Skrg waktu Isyak kol 10.43mlm, subuh plak kol 3.23pg. Kejap jer malam :((

p/s: Aku selalu ingat lagu SEPOHON KAYU nyanyian JEP (http://sayakini.blogspot.com) Lagu tema untuk gerakkan aku n Roy bangun subuh (bilik ann 221, UPMT/KUT/KUSTEM/UMT)

Mana best, belajar ke keja?

Ramai kawan2 aku tanya ngan aku, mana yang best, belajar ke keja.. Tak boring ke belajar lama2... Ini adalah antara soalan2 yg biasa ditanya pada aku..

Bagi aku, dua dua ada keistimewaan masing2.. Keja pun ok, belajar pun ok.. Bergantung pada kita bagaimana cara kita mengendalikan masalah. Sebab aku kata camne, bila keja, confirm akan ada masalah yang kita kena selesaikan. Masa inilah terfikir, alangkah bestnyer kalo jadi student balik...

Bila dah jadi student balik, bila banyak sangat masalah dengan belajar, bila rasa cam susah je belajar, terfikir plak, alangkah bestnyer kalo keja..

Itulahkan, kita sentiasa cuba untuk mengelak daripada menghadapi masalah. Aku pun camtu. Tapi hakikatnya, memang kita takkan dapat lari dari masalah, cara yang terbaik ialah kita kena cari jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah :)

Cuti?

Minggu depan, Uni of Tasmania akan bercuti selama 2 minggu. Jadi semua urusan kat Uni akan diberhentikan selama 2 minggu. Aku sebenarnya dah merancang nak ge bercuti minggu depan. Tapi...tapi....problem plak timbul. Sistem (tangki kultur dengan biofilter) aku plak ada prob. Dah 4 minggu dah aku cuba baikpulih aku nyer sistem kultur, baru semalam selesai dan boleh berfungsi dengan baik. Jadi, skrg aku kena pastikan biofilter berfungsi dengan baik. Ini satu masalah, sebab ianya makan masa untuk membolehkan bakteria membiak dalam filter (bakteria yg membantu membersihkan air) lebih lebih lagi bila aku menggunakan air tawar. Jadi mungkin akan mengambil masa 5-6 minggu baru biofilter boleh berfungsi dengan baik. Jadi aku kena sentiasa memastikan ammonium sulfat sentiasa ditambah dalam sistem setiap 2 hari pada sukatan yang ditetapkan hinggalah biofilter aku boleh berfungsi dengan baik. Jadi, batal lagi lah rancangan aku untuk bercuti hujung tahun nie. :((

Jadi disebabkan tak bleh nak bercuti panjang, aku cadang nak ge mancing je lah cuti nie... :) Mancing dekat2 Launnie nie jer, tambahan kat sini pun ada banyak pontoon aku leh ge mancing.. :)

Monday, December 15, 2008

Hanya Gambar :)













Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio