Friday, March 27, 2009

Debat yang berat sebelah...

Tadi aku tengok debat mengenai Islam.. Ada 6 ahli panel adalah Australian dah hanya seorang sahaja yang muslim.. Jadi debat yang dijalankan tersebut amatlah berat sebelah dan seolah olah menyalahkan orang Islam mengenai apa yang berlaku di Iraq, Afganistan, Pakistan, Palestin dan beberapa negara islam yang lain termasukkan malaysia.

Yang aku rasa terkilan, debat mengenai Islam, tetapi mengapa ahli panel yang beragama islam hanya seorang? Jadi banyak perkara yang melibatkan tindakan negara negara islam dipertikaikan oleh mereka. Antara contoh mengenai perang Israel-Palestin. Ada diantara ahli panel yang bukan islam menyatakan sokongan terhadap Palestin dan menyalahkan Israel atas Jenayah perang. Tapi hanya seorang sahaja yg bersuara, yang lain menentang kerana pada pendapat meraka, orang palestin patut dipersalahkan kerana meraka yang memulakan perang dengan membunuh orang awam Israel dengan menggunakan serangan berani mati dan serangan peluru berpandu.

Tapi tidakkan mereka tahu mengapa org Palestin menyerang Israel? Ataupun mereka berpura pura tidak tahu? Hakikatnya org palestin menyerang Israel kerana tanah mereka dirampas sedikit demi sedikit. Apabila keadaan ini berlaku, orang palestin akan menyerangbalas dan Israel pula akan membunuh orang palestin dengan alasan mempertahan kan diri.

Persoalannya, apakah maksud "mempertahankan diri" oleh pihak israel? Israel menceroboh tanah orang Palestin, dah orang Palestin mempertahankan tanah meraka dah israel bertindak dengan alasan mempertahankan diri. Mempertahan kan diri dalam tanah jajahan? Pelik..pelik...

Tapi tadi memanglah aku geram, rasa nak tutup je TV, tapi kalo aku tak tengok, rasa rugi plak, kerana aku perlu tahu apa pandangan org di sini mengenai Islam. Tapi bagi aku pandangan mereka terhadap negara negara Islam amatlah mengecewakan. Tapi apa boleh buat, mungkin merka dipengaruhi oleh media2 yang banyak mengeksplotasikan berita demi kepentingan masing masing.

8 comments:

*wink wink* said...

'mungkin merka dipengaruhi oleh media2 yang banyak mengeksplotasikan berita demi kepentingan masing masing'
yeah,dats rite..sedih owh cdak salah anggap ngan negara islam..

erolnukman said...

sedih..
geram juak rasa..tp nasib bait aku lalu sik nutup blog..hehehhee

Ronie Muller said...

errmm..saya rasa susah pihak sana nak bagi peluang utk Islam 'bersuara', aktiviti yg dibuat tu pun mungkin nak highlight keburukan Islam

Anonymous said...

orang bacul mmg camtu. diorg ni ignorant. apa2 yg tak selari dgn budaya/idelogi diorg... akan dicap sbg against the human rights.

kalo blaja animal population dynamic, island population ni kurang diversiti. and if that holds true for human population (society), australian people mempunyai minda yg tertangkup and they won't 'survive' long.

'gene flow' (migration rate) kat Australia perlu ditingkatkan so 'genotypes' (mindset) & 'phenotypes' (behavior) jadi lebih diversified.

Sorry... merepek
=))

Kamil L said...

SyFazidawaty-yolah kan..sidak yo mun dengar pasal Islam, mesti kaitkan dengan keganasan :(

Erolnukman-hehe..jgn tutup, kelak sik da urang yg mbaco blog kmk kelak..huhu...

Ronie-Betul tue...memang diaorg kalo sebut islam, mesti fobia....Jadi memang mereka akan sentiasa cuba cari jalan utk memastikan Islam sentiasa ditakuti oleh agama lain..huhu..

Jep-hehe...nie dah masuk dalam bab sains nie :) Betulah tue, kekadang diaorg nie terlalu tertutup minda. Sentiasa anggap org luar lebih teruk dan ketinggalan dari mereka. sedangkan hakikatnya, org luar lg maju. diaorg hanya membuat kesimpulan dengan berpaksikan pd warna kulit sahaja.. itu yg menonjolkan kelemahan yg ketara pd mereka :) Tp kalo kita fikir balik kan, diaorg nie risau Islam berkembang..Hakikatnya, makin diaorg sekat dan hentam Islam, makinlah org ingin tau apa itu Islam :)

Muallim Adham said...

slm.. Yap mmg gtu la.... Diantara tanda akhir zaman mmg macam itu la... bak kata alim ulama di Pondok kampung saya di Kelantan.. diantara tnda akhir zaman ni.. sesuatu yang baik itu akan dipandang hina oleh masyarakat dan sesuatu yang keji itu akan dipandang mulia oleh msyarakat.. Wallahu Alam

Kuzak said...

Boleh tak buat entry pasal kamera yang kau nak.. malaysia hanya famous canon je. aku ada canon 40D dan surizan adan nikon d40(beli melalui e-bay)

Kamil L said...

Cikgu Adham-a.a...benar tue..dunia akhir zaman kan...

Kuzak-memang mahal lah sini...huhu...

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio