Wednesday, April 01, 2009

Selamat ke tak?

Adakah sushi selamat dimakan? adakah sushi mempunyai parasit?

Bila disebut mengenai sushi, ini akan mengingatkan kita dengan ikan mentah... Di sarawak pun mempunyai tradisi makan ikan mentah, iaitu umai. Untuk memastikan sushi atau ikan selamat dimakan, ada 3 kaedah yang boleh digunakan. Pertama, hanya makan ikan yang segar sahaja. Tapi bagi kedai sushi atau pembuat umai, adalah sukar untuk mendapatkan ikan yang segar. Jadi cara yang terbaik untuk memastikan parasit mati dalam ikan mentah adalah dengan menyejukkan ikan pada suhu -20 darjah selama 7 hari berturut turut ataupun pada suhu -35 darjah celcius selama 15 jam sebelum ikan tersebut boleh dimakan. Tapi setelah dikeluarkan, ikan tersebut haruslah digunakan segera. Sushi juga tidak boleh disimpan lebih dari 24 jam wlpun dalam peti sejuk, kerana ini akan menyebabkan sushi tidak selamat untuk dimakan.

Bagi peminat umai, rasanya parasit mungkin tidak menjadi masalah besar jika ikan yang digunakan ialah ikan segar. Tambahan pembuatan umai menggunakan limau dah cuka di mana kadar keasidan dua bahan ini boleh mebantu membunuh parasit dalam umai tersebut..

6 comments:

SyFazidawaty said...

aiee...so scarry!mok gi tanyak ngan org kat sushi king lok..

khairul onggon said...

Aiyi.. aku baruk juak berjinak2 makan sushi.. bagus inpo tuk pok.. makasih.. :) Tuk bukan april fool owk??

Kamil L said...
This comment has been removed by the author.
Kamil L said...

SyFazidawaty-Biasanya syarikat sushi akan ikut prosedur menggunakan suhu..tapi sik tauk lah mun sidak ya amalkan :)

Khairul-sama2 :) hehe..bukan april fool...sb artikel tok kamek tulis pd 2 april 2009 (mengikut waktu kat situk lah).. :)

wanie86 said...

faveret sy umai tu
hoho..ms prktikal kat mlaka pun pnh wt
lalala~

Kamil L said...

wanie86- wah..tak sangka awak minat umai :) Jadi org swklah wani.. Cari boyfriend dari sarawak k. Cari yg pandai buat umai..hehe :p

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio