Thursday, April 02, 2009

Gunalah budi bicara

AKHBAR KOSMO (2 APRIL 2009)

Akhirnya dapat taraf warganegara - Setahun belajar di rumah, dicop pendatang asing


IPOH - Gara-gara kecurigaan pihak sekolah terhadap status kewarganegaraan, Saida Yeap Kasim Benchikh, 15, digantung sekolah selama setahun, tahun lalu.

Selama tempoh itu juga dia terpaksa belajar sendirian di rumah selain 'terseksa' apabila dicop sebagai pendatang asing.

Namun semalam, segalanya berubah dan kesedihan pelajar tingkatan tiga itu berakhir apabila dia bukan sahaja bakal meneruskan pengajian seperti biasa di sekolah bahkan memperoleh taraf kewarganegaraan Malaysia semalam.

Saida yang hadir bersama ibunya, Mariam Yeap Abdullah, 53, dan bapanya Kasim Benchikh, 42, di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perak di sini menerima surat taraf kewarganegaraan yang diserahkan sendiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Mariam yang berasal dari Taman Bercham Jaya, Bercham di sini memberitahu, Saida dilahirkan di London, United Kingdom ketika beliau dan suaminya menjalankan perniagaan di sana.

"Pada mulanya, Saida tak hadapi sebarang masalah kerana segala dokumen berkaitan telah pun dikemukakan, bahkan semasa dia dibawa balik pada 2003, permohonan untuk jadi warganegara Malaysia telah dilakukan.

"Namun tahun lalu, ketika Saida menuntut di tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Bercham, pengurusan sekolah secara tiba-tiba menggantungnya dari mengikuti pembelajaran dengan alasan dokumen status kewarganegaraan yang diserahkan sebelum ini mencurigakan," katanya kepada Kosmo!.


PELIK SUNGGUH, BUDAK2 NAK BELAJAR PUN KENA GANTUNG SEBAB DOKUMEN. DIRAGUI KESAHIHANNYA... NIE LAH MASALAH KITA SEKARANG, BENDA YANG BAIK KITA HALANG, BENDA YANG TAK BAIK, KITA BIARKAN.. KALAU BUDAK NAK BELAJAR, BIARLAH KAN..BUKAN NYER MENJADI ANCAMAN...SEPATUTNYA PIHAK BERWAJIB MEMIKIRKAN DAN MEMPERTIMBANGKAN SESUATU PERKARA MENGIKUT BUDI BICARA DAN BUKANNYA 100% IKUT BUKU...

5 comments:

CikYarn said...

apo pesen sistem pendidikan nektuk... lahkelolo...

Anonymous said...

semua tu patutnye ikut budi bicara. perluke pelajaran bdk tu dinafikan semata2 cikgu besar nk tunjuk kuasa?

*wink wink* said...

best eh ayat kak yarn..lamak x nenga..kak yarn memang bjiwa sentimental..ahakz!btw,kerenah birokrasi yg x munasabah...plek2..

CikYarn said...

to syFazidawaty -> jiwa sentimental? no kumen...~~~

Kamil L said...

Yarn-bena yo...sistem yg pelik..lahkelolo (haha..lamak bena sik dengar ayat tok :p )

Jep-yup..betul tue...rasanya org bila ada kuasa, macam2 benda dia akan buat..benda senang pun jadi susah.. Nak suruh sign borang pun susah :p (ko faham2 je lah apa yg aku maksudkan..hehe )

SyFazidawaty-bena kah yarn berjiwa sentimental? wah..baruk tauk :D Yo lah kan, birokrasi yg banyak menyebabkan benda senang jd susah, yg cepat jd lembap..huhu

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio