Inilah bukit yang dipanggil "NUT" kat Stanley dan dikatakan 12 juta tahun dahulu merupakan kawasan volcano yang aktif.. Nut ini adalah tempat perlancongan yang popular di Stanley.. Dari atas bukit ini, kita boleh melihat keindahan laut dan suasana di seluruh stanley.. Untuk naik ke atas bukit ini, ada dua pilihan, samaada berjalan kaki atau menggunakan chairlift.
Ini tempat beli tiket untuk naik chairlift... Aku naik guna chairlift sebab tak larat nak daki bukit nie...tinggi lah gak...
1st time aku naik chairlift..suasana yg menarik... dan satu yg tak best bila naik chairlift kat sini, angin yg terlalu kuat... kecut gak perut aku, dah chairlift tue berayun ke kiri dan ke kanan..huhu.... Nie masa naik atas Nut...
Nie masa kitaorang di atas bukit Nut... Yang menariknya, bahagian atas bukit ini yang mendatar dan tebing yang tinggi.. memudah kan pelancong untuk melihat pemandangan...
Luas dan cantik pemandangan di atas bukit nie...air laut biru dan suasana yg sungguh tenang... Tp sesiapa nak naik kat atas bukit ini, dinasihatkan bawa baju tebal sikit, sb sejukkkkk....
Pemandangan bandar Stanley dari atas Nut... Stanley nie sebuah bandar yang kecil dan hanya didiami oleh kira2 500 orang sahaja.. Kebanyakkan pelancong dari luar yang datang ke Stanley yg menyebabkan kawasan Stanley ini seperti ramai penduduk...
Masa turun dari bukit... Aku bukan risau apa, risau kabel putus jer..cuak giler aku sb angin kuat sangat..huhu...
3 comments:
huhu!ktk gayat duhal.. =)
Sy Fazidawaty-hehe..memang mek gayat, lebih2 lg mun kawasan yg terlalu tinggi..huhu... but we need to overcome the fear... see...I did it :)
See you in these things, I think, I started feeling good!
Sports Net
Post a Comment