Tuesday, January 27, 2009

Akhirnya...

Model ikan pari :) Dah lama gak aku tak update aku nyer blog. Disebabkan aku sibuk sangat buat masa skrg... Tapi semalam dalam sibuk2, aku sempat gak ge mancing sekejap, dalam sejam. Dalam sejam nie lah, pancing aku mengena ikan pari... Ini adalah kali ketiga pancing aku kena makan dengan ikan pari. Tapi malangnya 2 kali umpan kena makan dengan pari, aku tak dapat nak naikkan pari tersebut, sebab pari terlalu besar hingga tali pancing aku terputus... Akhirnya kali ketiga, baru aku berjaya naikkan. Tali pancing yang aku guna boleh menampung berat 50kg.

Memang menyeronokkan, sebab setelah beberapa kali mencuba, akhirnya aku berjaya gak naikkan pari ini... Aku anggarkan berat pari nie sekitar 35kg...Memang sangat berat, masa dia makan tue, adalah dalam 10-15 minit aku bertahan, baru aku dapat naikkan ke pontoon.

Ekor pari nie aku potong sb kat ekor ikan pari nie ada duri yang berbahaya kalo terkena badan.

Wednesday, January 21, 2009

Teringat kat Malaysia...

Nie burger Ikan Flathead, diaorg buat sendiri

Baru baru nie, kawan aku ajak aku makan kat umah dia.. Dia org melayu Singapura. Jadi aku angguk aje (orang dah ajak makan kan, rezeki jangan ditolak :D )... Masakkan yang dia dan wife dia masak, mengingatkan aku ngan Malaysia... Memang citarasa Malaysia sungguh (sb masakan singapura n malaysia sama je)...

Sayur goreng ala2 kampung :)

Popia kalo aku tak silap...

Ikan mullet (masak 3 rasa ke masak sweet sour..tak ingat dah aku)

Ayam panggang....memang rasa cam sate je...

Ikan Flathead goreng kunyit

Kalo bab makanan nie, selalu menyebabkan aku teringat kat Kampung... Wlpun aku nie tak lah kuat sangat makan, tapi ingatan aku dengan makanan2 malaysia nie terutamanya masakan melayu memang kuat.... Wlpun kat sini banyak makanan2 lain, tapi bg aku tak sesedap makanan kat malaysia terutamanya masakkan melayu. Mungkin lidah melayu kot kena makan masakan melayu..huhu....

Wednesday, January 14, 2009

Dah mulo gago :(

Hari tok dah masuk arie ke 5 aku molah aku pun experimen 2. Nasib exp tok sik lamak, sampei tengah bulan 2 jak. lelah so nyawo aku eh.. Pagi2 aku mesti ngabas ikan n alu merik makan sidak yo skali. Aku ado 12 tangki 500L n 30 ekor ikan ngei setiap tangki. Arie2 aku kenak merik makan, ngecek air ikan, nukar air ikan, bersih tangki dan keja2 lain. Biaso eh ngambik maso 5 jam sehari pakei aku molah semo kejo tok, 3 jam pg 2 jam bahri.

Sebelum aku start exp aku tok, biaso bahri lam kol 4 camyo aku slalu ge ngail.. Hobi aku eh :) Tapi kenek tok nang alu sik sempat aku nak ngail gik dah..huhu.... Sik do hai lah, asai kan aku pun kejo jalan...

Arie tok tek pun pensyarah aku nyuroh aku molah analisis makanan. Nyo madah kelak nyo merik gaji mun aku molah.. Aku madah nyo, minggu tok mungkin aku sik dapat, mun dapat pun minggu depan... Nasib nyo ok jak... Sik terkabei aie raso aku minggu tok... Arap2 minggu depan aku dapat nolong nyo molah analisis yo... :)

Yo lah mun bab study tok, mun sik ado kejo (exp), memang ghilek bena, mun dah start molah kejo, nang alu sik do maso nak kayo2 agik dah..huhu.. :(

Tuesday, January 13, 2009

Jangan disangka air yg biru tiada ikan yu :)

Aku nak letak gambar aku gak..hehe... Nie masa aku ge kat East Tasmania.... Air memang jernih dan bersih dengan batu di tepi pantai...
Memang jernih, dan sesuai untuk mandi bg sapa2 yg bleh tahan sejuk....

Tapi, dua hari lepas, kat sini, seorang budak hampir maut apabila disambar oleh ikan yu kat kwsn ini... Tp dia selamat dengan kecederaan yang parah.. Jadi kesimpulan yang aku bleh buat, walaupun secantik mana pemandangan, air yang biru, hijau dan bersih, jangan disangka takde ikan yu..... Di Australia, dalam masa 3 hari lepas, 3 serangan yu direkodkan... memang menakutkan kalo dikira dengan kekerapan serangan... Ikan yu adalah spesies ikan yang boleh berenang hampir dengan pantai.. walaupun air setakat lutut, ikan yu masih boleh berenang dan menyerang mangsanya...

Saturday, January 10, 2009

Propaganda Israel dan media barat banyak berbohong dalam menjelaskan isu palestin...

Palestin, media barat banyak memutarbelitkan fakta... Ini adalah contoh penjelasan mengenai propaganda Israel.


Thursday, January 08, 2009

Sama tp tak serupa

Calamari

Arrow Squid

Mempunyai bentuk yang berbeza.
Walaupun berbeza, tp bila dah dimasak, rasanya akan jadi sama :)
Tapi sesetengah tempat, apabila sotong (arrow squid) dah dimasak, ianya juga akan di panggil calamari...
Calamari adalah bahasa yang berasal dari Itali..

Dunia Arab??? TAK GUNA....


Tulisan aku ini mungkin bunyi sedikit kasar. Aku rasa kecewa gak ngan perang kat gaza, sebab ramai pihak (terutamanya negara negara2 Islam) hanya berdiam diri. Hanya hari ini sebuah negara yg anti amerika, Venezuela mengusir duta Israel.

Semalam dah lebih 600 org penduduk Gaza dibunuh dengan kejam oleh ZIONIS yg Celaka.. Penduduk Gaza seolah oleh berada dalam penjara, menunggu saat kematian. Mesir yang berkongsi sempadan dengan Gaza, tidak membuka pintu sempadan. Alasan yg pasti mengapa mesir berbuat demikian, disebabkan mereka tak suka HAMAS dan takut pada zionis. Arab Saudi pula tak berani sebab raja, putera, puteri dan golongan kerabat diraja saudi mempunyai hubungan rapat dengan amerika, sekutu kuat zionis. Sb amerika berjanji sblm ini untuk mempertahankan dan menyokong pemerintahan monarki di saudi dengan syarat saudi tunduk diam bawah telunjuk meraka.. Bodoh punya raja, pentingkan duit dan membiarkan saudaranya disembelih.

Gaza punya le kecil (tgk gambar di atas, gaza kwsn bewarna hijau d sebelah kiri), behampiran dengan laut diserang dari semua penjuru. Di laut, dengan kapal, di udara, dengan jet2 dan serangan di darat dengan kereta2 kebal moden. Zionis menggunakan segala peralatan ketenteraan baru yg belum pernah dicuba untuk digunakan di Gaza. Bom2 kimia juga digunakan..

Mahmoud Abbas pula sokong Zionis, sebab zionis berjanji kalo HAMAS berjaya dikalahkan, Gaza akan diserahkan kepada kumpulan fatah bawah pimpinan abas.. Takkan abbas nie buta politik, HAMAS kan dipilih secara sah dalam pilihanraya yang lepas... BODOH...BODOH.. itu namanya BODOH BANGANG.....

Sunday, January 04, 2009

Buaya air masin..penyesuaian hidup di air masin...

Kebanyakkan buaya di seluruh dunia tinggal di kawasan air tawar.. Tetapi terdapat juga buaya yang hidup di air masin... Biasanya spesies buaya ini boleh berenang hingga berbatu batu jauh ke tengah laut..

Spesies ini mempunyai kelenjar yang dipanggil kelenjar garam pada lidahnya bagi menyingkirkan garam yang berlebihan tanpa kehilangan air yang berlebihan. Kelenjar ini penting kerana dalam masa yang sama, buah pingang buaya memerlukan air yang banyak bagi membolehkan buaya menyingkirkan garam yang berlebihan...

Anehnya, bukan hanya buaya air masin sahaja yang mempunyai kelenjar garam, tetapi buaya air tawar juga mempunyai kelenjar yang sama walaupun buaya air tawar tidak tingal di kawasan air masin... Kenapa buaya air tawar mempunyai kelenjar ini? Tiada siapa mempunyai jawapan yang konkrit untuk persoalan ini..

Tapi mungkin buaya air tawar dan air masin berasal dari keturunan yang sama di mana mungkin pada berjuta2 tahun dahulu, semua spesies buaya mendiami kawasan air masin.

Sambutan tahun baru...

Muka aku yang boring dan ngantuk menunggu jam 12 malam... Semasa menunggu, aku, Ghazaly dan wife, Kamariah, John dan wife, Dynaz berbual macam2 cerita termasuklah cerita hantu... Rupanya mat saleh nie diaorg pun percaya ngan hantu... Bg diaorg, kalo org mati kena bunuh, roh jahat akan muncul dan jadi hantu...hehe... Tue ler kan, duduk lam hutan, cerita pelik2..huhu...

Ghazaly n kamariah berbual sambil makan....

Tempat panaskan badan...sejuk malam tue....

Bukan sekadar tempat panaskan badan, tapi bleh jd tepat masak gak :)


Nie adalah video sambutan tahun baru yg tak dirancang... :)

Perkhemahan d St Halens, Tas

Sehari sebelum 2009, aku dan kawan aku telah pergi ke St Halens, east Tasmania, kira2 200km dari tempat aku. Hari sebelumnya aku berada d Stanley, west tasmania.. Jarak antara Stanley dan St Halens adalah lebih 400km... Jadi dari Stanley, aku berehat semalam di rumah aku d Launceston sebelum aku teruskan perjalanan ke St Halens keesokkan harinya...

Ini adalah trip memancing aku yang ke dua selepas d Stanley dan trip sambutan tahun baru di dalam Hutan.. Suatu kelainan yg tak pernah aku buat, menyambut tahun baru d dalam hutan...

Ini adalah kabin kepunyaan tuan tanah yang terdapat di tapak perkhemahan ini.. . Pondok kecil d sebelahnya adalah tempat untuk makan..

Aku dah siap pasang khemah... Ini kali pertama aku berkhemah di Tasmania... Aku tak pernah berkhemah sebelum ini d sebabkan kawsan tasmania yg sejuk...

Khemah biru nie khemah aku dan yang oren tue khemah kawan aku...

Nie pemandangan dari dalam khemah... Pada malam sambutan tahun baru, angin terlalu kuat dengan hujan, hinggakan lapisan luar khemah aku tercabut... Memang sejuk khmeah kat sini, sebab suhu malam tue sekitar 8-10 darjah.. Aku siap pakai 2 lapis baju dan 2 lapis seluar tambah lagi dengan sleeping bag... Apapun, ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan :)

Rileks sekejap.....Seroja.....

Aku suka dengar lagu nie, mengigatkan aku zaman2 aku skolah dulu di mana lagu nie kitaorg biasa nyanyi kalo ada kem2 akademik di sekolah... :) Wlpun lama dah tinggalkan zaman persekolahan, tapi kenangan masa skolah antara kenangan yang paling aku tak bleh nak lupakan dalam hidup aku ;)

Saturday, January 03, 2009

Apakah ini???

Dari Stanley, aku telah singgah ke Port Sorrel dalam 100km.. Masa berjalan kat pantai, aku terjumpa banyak benda nie.. Mulanya aku ingat ubur2 yg mati... Pastue aku heranlah tgk budak budak ambik benda nie dan main baling2... Dalam hati aku, kalo ubur2, mesti dah sakit dah tangan diaorg bila terkena lendir dari ubur2 yang berasid... Jadi aku cuba lah pegang. Tak menyakitkan... Jadi menambahkan lg kepelikkan dalam diri aku, sb ini kali pertama aku tgk benda nie....

Ada beratus dan mungkin beribu2 benda nie terdampar kat tepi pantai.. bila aku tgk dari dekat, macam timun laut pun ada... Jernih dan kenyal... Tapi pila dibaling kuat, ianya akan pecah macam jeli....

Bentuk dan warna yang menarik :)

Berkilau kilau bila terkena pancaran matahari....

Bila aku pegang dan belek2, aku rasa benda nie tidak membahayakan..Tapi masih aku tak tahu, apakah benda nie...sapa2 yang tahu, leh bgtau kat aku yg tak tau nie :)

Friday, January 02, 2009

Memancing dan mencandat sotong di Stanley

Roslan dan wife dia tengah memancing ikan..Dapat Kerapu, sebab masih kecil, diaorg lepaskan balik...

Ghazaly cuba nasib kat laut....Tp tak dapat sekor ikan pun...Hanya bila mencandat je dia dapat sotong...

Sebenarnya trip kitaorg ke Stanley bertujuan untuk memancing di laut... Stanley terkenal dengan tempat memancing... Jadi wlapun jaraknya jauh (sekitar 220km), disebabkan minat memancing, jadi kitaorg buat trip memancing sambil bercuti d Stanley... Pada mulanya mencandat sotong tidak terdapat pun dalam jadual kitaorg...

Disebabkan memancing di laut, jadi kebarangkalian nak dapat ikan adalah lebih sukar berbanding d sungai... Mungkin disebabkan taburan ikan di laut yang luas..mungkin....

Kitaorg start mancing tengahari... Memang ikan tak banyak... Pancing aku ikan makan, tapi disebabkan saiz ikan besar (sebab tali pancing aku hanya boleh tarik ikan kurang dari 8kg), tali pancing aku putus.... Pakcik mat salleh kat sebelah aku dapat belut laut yg besar... Dia berjaya naikkan... lepas tue dia dapat pari, hanya dapat tarik ke permukaan sebelum tali pancing dia putus dan pari terlepas... Ikan kurang kat sini, tapi kalau ada, memang besar....

Jadi disebabkan kesukaran nak dapat ikan, kitaorg buat keputusan mencandat sotong plak... kitaorg start lewat sikit, dalam kol 5ptg.... Jadi hanya sempat mencandat utk tempoh 2 jam sahaja.. Aku dapat 14 ekor sotong dan calamari... oklah 14 ekor, sebab di sini undang2 tidak membenarkan individu mencandat lebih dari 15 ekor sotong dan calamari. Hampir penuh satu baldi disebabkan saiz sotong yang besar... Memang menyeronokkan...

Ini adalah antara sotong yang aku dapat....

Pakcik mat saleh yang dapat belut tak nak makan belut tersebut.. Mula2 dia bagi kat aku... aku makan gak belut (hanya sushi), tapi disebabkan saiz belut nie terlalu besar, aku pun tak lalu nak makan..aku tanya ngan kawan2 aku, semua tak nak, sebab kata diaorg muka belut tue macam raksasa..hehe... Jadi aku bg lah kat budak mat saleh yang mencandat sotong di sebelah aku... mula2 budak nie nak bg semua sotong yang dia dapat pd aku sebagai ganti sebab aku bg belut kat dia.. Tapi aku bgtau dia tak payah, sebab aku dah dapat banyak sotong, tambahan pun aku tak makan belut.. tengok, saiz belut sama saiz ngan budak nie...hehe....

Jom Makan Tengahari...

Disebabkan sukar mencari makanan halal seperti daging di Stanley, kitaorg buat keputusan untuk makan seafood... Tapi di Stanley nie memang banyak kedai seafood, jadi senang sikit nak makan....siap ada lambang ikan yu lagi tue..sebab kedai nie jual daging ikan yu..tapi aku tak suka sangat makan daging ikan yu sebab daging ikan yu sedikit berbau kalo tidak dimasak dengan menggunakan resepi yg sesuai...

Kedai nie plak jual lobster...ada banyak lobster yang dijual kat sini.... Tapi yang pasti, seafood kat sini semua sedap sebab masih segar... Mungkin disebabkan kawsan ini berhampiran dengan laut...

The Nut, Stanley..

Inilah bukit yang dipanggil "NUT" kat Stanley dan dikatakan 12 juta tahun dahulu merupakan kawasan volcano yang aktif.. Nut ini adalah tempat perlancongan yang popular di Stanley.. Dari atas bukit ini, kita boleh melihat keindahan laut dan suasana di seluruh stanley.. Untuk naik ke atas bukit ini, ada dua pilihan, samaada berjalan kaki atau menggunakan chairlift.

Ini tepi Nut yg diambil dari dekat..

Ini tempat beli tiket untuk naik chairlift... Aku naik guna chairlift sebab tak larat nak daki bukit nie...tinggi lah gak...

1st time aku naik chairlift..suasana yg menarik... dan satu yg tak best bila naik chairlift kat sini, angin yg terlalu kuat... kecut gak perut aku, dah chairlift tue berayun ke kiri dan ke kanan..huhu.... Nie masa naik atas Nut...

Nie masa kitaorang di atas bukit Nut... Yang menariknya, bahagian atas bukit ini yang mendatar dan tebing yang tinggi.. memudah kan pelancong untuk melihat pemandangan...

Nie gambar dari tepi bukit...

Bergambar dengan Roslan dan anak2 dia...

Luas dan cantik pemandangan di atas bukit nie...air laut biru dan suasana yg sungguh tenang... Tp sesiapa nak naik kat atas bukit ini, dinasihatkan bawa baju tebal sikit, sb sejukkkkk....

Pemandangan bandar Stanley dari atas Nut... Stanley nie sebuah bandar yang kecil dan hanya didiami oleh kira2 500 orang sahaja.. Kebanyakkan pelancong dari luar yang datang ke Stanley yg menyebabkan kawasan Stanley ini seperti ramai penduduk...

Masa turun dari bukit... Aku bukan risau apa, risau kabel putus jer..cuak giler aku sb angin kuat sangat..huhu...

Sepintas Kenangan Bersama Arwah...

Semalam aku tdr awal sebab terlalu penat balik dari berkhemah sempena dengan sambutan tahun baru.. Awal2 pun, aku tdr dalam kol 1pg gak semalam.. Tengah aku bermimpi, tetiba tel aku berdering... Aku tgk jam, kol 3pg.. Dalam hati aku, siapalah call aku kol 3pg.. Aku angkat tel, aku dengar suara Ju yg call aku dari NZ. Dalam hati aku, nape Ju call aku awal2 pg nie (sb waktu NZ masa tue kol 5pg).. Disebabkan aku ngantok (sb penat sangat), aku dengar suara ju sayup2 dalam tel..

Kamil..kamil..Pak Ngah meninggal....
Terkejut nyer aku...Terus ilang rasa ngantok....
Aku tanya ju, Pak ngah mana satu? Sebab aku kenal dengan 2 Pak Ngah...

Pak Ngah, Abg Ahmad Abg Abai...
Dia meninggal sebab eksiden...

INNALILLAHWAINNALILLAH HIRAJIUN...

Terkejut bukan kepalang aku, lemah kepala lutut aku...Pilu, sedih, semua ada masa tue...

Pak Ngah nie adalah rakan sekerja aku kat UPM Kampus Bintulu...Walaupun jabatan kitaorg berbeza, tapi di Kolej, kita sama2 jadi felo.. Dia felo blok C, aku felo blok D..

Dia juga kawan aku yang satu2 nya di UPMKB yang boleh berbual dalam loghat Saratok dengan aku (sebab dia dari Debak, satu Daerah Saratok).. dan pernah menjadi cikgu kat skolah lama aku (SMK (BM) Saratok)... Dia juga sepupu pada cikgu Justi, cikgu yg mengajar aku masa aku di SMK BM Saratok.. Dulu, kalo aku jumpa dengan dia, memang berdebu lah mulut kitaorang berbual dalam loghat Saratok...

Dulu aku ngan dia pernah buat aktiviti motivasi (bersama pelajar UPMKB) kat Sekolah rendah dan menengah di Debak... Masa tue aku ge umah dia, dah banyak yg aku tahu mengenai dia masa aku ge Debak sama2 ngan dia...

Bagi aku, dia seorang yang lemah lembut dari segi percakapan dan sangat penyabar orangnya.. Sesungguhnya, bukan aku sahaja, tapi semua warga UPMKB merasa kehilangan Pak Ngah... Moga Roh nya dicucuri rahmat oleh NYA..

AL FATIHAH...

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio