Showing posts with label makan malam. Show all posts
Showing posts with label makan malam. Show all posts

Saturday, May 02, 2009

Seafood haram?

Baru baru nie aku ge dinner utk meraikan kejayaan menghabiskan research dan keberangkatan penyarah USM ke kampus induk Uni of Tas, Dr Ng. Sebelum nie dia buat research kat sini. Jadi skrg dah abis, jadi dia kena ge ke kampus induk untuk buat analisis untuk samplel dan terus balik ke Malaysia. Dah hampir 3 bulan di buat research mengenai minyak kelapa sawit. Secara kasar, aku boleh katakan rupanya minyak kelapa sawit banyak juga kegunaan, bukan sahaja untuk memasak, tapi untuk membuat makanan ikan. Seperti kita tau, antara satu bahan yang paling mahal dalam makanan ikan adalah minyak ikan, jadi dengan kajian yang dibuat skrg ini, aku yakin dalam masa beberapa tahun lagi minyak kelapa sawit akan boleh digunakan untuk menggantikan minyak ikan dalam pembuatan makanan ikan.
Ini adalah pensyarah dan pelajar yang terlibat dalam reserach tersebut. Adus..makanan aku yang paling lambat sampai... Tapi kat restoran nie memang betul2 masalah bila nak makan. Order seafood pun diaorg letak "ham". Memang budaya sesetengah restoran kat sini di mana seafood diaorg letak "ham". Jadi hati2 lah kalo makan, kena tanya betul2. Sb aku tanya kat sini, memang sesetengah budaya pendatang dari eropah menyediakan makanan seafood dengan "ham".
Ini adalah "main supervisor" aku, umur dia sama ngan aku. Dia dapat PhD dalam usia yang muda... Dia nie memang tinggi, kalo berdiri, aku setakat bahu dia jer...
Sebelah aku adalah Dr Ng, pensyarah dari USM. Sebelah Dr Ng adalah bekas "main supervisor" aku.. Skrg dia jadi co-supervisor aku.. Tapi masih segala keputusan mengenai hala tuju research aku dia yang buat..main supervisor aku ikut jer. Biasalah kan, dia kena ikut cakap org yang lebih tua..huhuhu...

Wednesday, January 21, 2009

Teringat kat Malaysia...

Nie burger Ikan Flathead, diaorg buat sendiri

Baru baru nie, kawan aku ajak aku makan kat umah dia.. Dia org melayu Singapura. Jadi aku angguk aje (orang dah ajak makan kan, rezeki jangan ditolak :D )... Masakkan yang dia dan wife dia masak, mengingatkan aku ngan Malaysia... Memang citarasa Malaysia sungguh (sb masakan singapura n malaysia sama je)...

Sayur goreng ala2 kampung :)

Popia kalo aku tak silap...

Ikan mullet (masak 3 rasa ke masak sweet sour..tak ingat dah aku)

Ayam panggang....memang rasa cam sate je...

Ikan Flathead goreng kunyit

Kalo bab makanan nie, selalu menyebabkan aku teringat kat Kampung... Wlpun aku nie tak lah kuat sangat makan, tapi ingatan aku dengan makanan2 malaysia nie terutamanya masakan melayu memang kuat.... Wlpun kat sini banyak makanan2 lain, tapi bg aku tak sesedap makanan kat malaysia terutamanya masakkan melayu. Mungkin lidah melayu kot kena makan masakan melayu..huhu....

Sunday, November 09, 2008

Makan malam

Semalam, lepas mancing, semua kepenatan. Jadi untuk menghilangkan rasa penat, kitaorang telah membuat aktiviti memasak ikan trout, main gitar, menyanyi dan main PS2 beramai ramai. Memang seronok, sekali sekala dapat berkumpul.

Masing masing menunggu giliran nak rasa asam pedas ikan trout.

Kekenyangan, lepas makan..

Asam pedas ikan trout

Ikan trout 3 rasa

Trout 3 rasa

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio