Thursday, March 05, 2009

Dulu dan Sekarang

Buaya adalah haiwan terlindung, tetapi ianya tidak bermakna ianya tidak boleh dibunuh kerana buaya bukan spesies yang terlindung sepenuhnya. Buaya masih boleh dibunuh jika ia menyerang manusia ataupun mengancam nyawa manusia.

Jika zaman sebelum merdeka di Sarawak, buaya boleh dibunuh untuk diambil kulitnya. Semasa pemerintahan "kesultanan Raja Brooke", kerajaan akan membeli kulit buaya dengan harga 36 sen untuk setiap kaki panjang. Dengan syarat kulit buaya itu hendaklah lengkap dari hujung ekor hingga ke bahagian leher buaya. Ini bermaksud pada zaman dulu, ramai orang menjadikan aktiviti menagkap buaya sebagai sumber rezeki mereka tambahan lagi dengan galakkan yang diberikan oleh kerajaan pada masa itu. Ini telah menyebabkan pengurangan jumlah populasi buaya pada masa tersebut.

Di era perang dunia kedua semasa Sarawak dijajah oleh Jepun, kulit buaya sudah tidak menjadi barang yang beharga. Tetapi lain pula yang berharga pada masa tersebut, iaitu daging buaya. Biasanya penduduk tempatan akan menjual daging buaya kepada orang Jepun kerana mereka sangat sukakan daging buaya.

Tapi selepas merdeka, aktiviti memburu buaya telah diharamkan kecualilah jika buaya tersebut mengancam atau membahayakan manusia, barulah buaya boleh dibunuh. Ini telah menyebabkan populasi buaya meningkat.

Secara logiknya, dengan populasi buaya yang semakin banyak, sumber makanan yang semakin kurang akibat dari kesan pencemaran dan explotasi ikan yang berlebihan, ini telah menyebabkan buaya akan makan apa sahaja yang dirasakan boleh dimakan bukan sahaja di sungai, malah di daratan. Ini merupakan faktor utama mengapa serangan buaya di Sarawak semakin menjadi2 akhir akhir ini. Jadi, sesuatu perlu dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan dan mengelakkan serangan buaya terhadap manusia.

10 comments:

oon said...

heh nang suka cerita pasal boyak kitak tok. adakah anda buaya juga??? tatau?? hehe

Kamil L said...

hehe...Nang minat dengan kajian boyak, tapi lum ada kesempatan nak terlibat dengan kajian tok :) Hehe...kamek bukan boyak jadian eh :p hehehe.... JK jgn salah faham lak k... JK mun baca, mesti nya salah faham kelak kan oon :p

Anonymous said...

mil, dah ada ke population biology/genetics study pasal boya kat sarawak. menarik ni... serius!

Kamil L said...

ada...tapi tak ingat jabatan mana yg bertangungjawab, sb aku pernah baca artikel mengenai peningkatan populasi boya d Swk....
Ko minat? takpe, nanti kita wat proposal pasal boya bila dah klat bntulu nanti :D
Hari tue minta duit utk patin kena tolak, mana lah tau utk boya, lepas lak kan :D

Anonymous said...

sudah mil...koya la....boya bnyk jenis nak...(hehhehehe hny mil yg tau)....

kmk pun nak join gak group research pasal boya ni..mana tau kalo boya minat wanita2 jelita...tul tak mil?

Kamil L said...

Juri_Abg Akim-hehe..ju nie, slalu salah faham :p Betul ke boya suka wanita2 jelita? erm..susahlah kan..camnelah ju nak join kitaorg wat research pasal boya nie kan? :p

Anonymous said...

koya mil...tp maksud mil, jue ni tergolong dlm golongan mana ekkk? tolong buat justification ok? hahahahhahaahaehhehehehehehehe kakakakkakaka sebab kmk tak nak membahayakan diri kmk :p

Kamil L said...

Juri_Akim-hehehe..kennnnjjjj juak JK tok eh......
kura2 dalam perahu juak JK tok eh..padah ngan akim baruk tauk :p

Anonymous said...

ohhhh fhm laaaa kmk...pantun tu memberi seratus makna mil...:p

Kamil L said...

o.o..sebut je nama akim, terus faham yer :p

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio