Sunday, April 26, 2009

Muka yang tak berseri

Kejap betul rasanya, esok dah Isnin balik.. Masa makin cepat berlalu. Risau pun ada mengenangkan research yg belum siap lagi. Tinggal dalam setahun setengah lagi cuti aku. lepas nie, dah kena balik n keja.

Hari nie hujan sepanjang hari. Jadi memang tak boleh nak kuar mana mana. Ditambah lagi dengan suhu yang semakin sejuk skrg. Jadi, bertambahlah malas aku nak keluar. Jadi hari nie aku duduk kat umah jer..

Aku terfikir, daripada aku duduk tak buat apa apa, baik aku buat sesuatu untuk menghilangkan boring. Jadi aku pun terfikir nak buat kuih serimuka.. Lama dah tak merasa kuih serimuka. Bahan2 pun dah ada, hanya nak buat jer.

Jadi aku mulalah buat dan ianya hanya mengambil masa 1 jam untuk siap.. Nie lah hasilnya.. Rasa tak lah sesedap mana, yg penting adalah rupa macam kuih serimuka..hehe :) Walaupun tak lah seseri serimuka yang dijual kat pasar2 malam ;)




Thursday, April 23, 2009

Iklan....

Tengah pening buat keja? jom rehat jap..tgk iklan yg ringkas, tp banyak makna ;)



Inilah padahnya kalo dalam kelas ada lebih 100 org pelajar...macam mana nak kenal sorang2.. jd, sapa2 yg bakal mengajar nanti, jadikanlah ini iktibar :)

Sunday, April 19, 2009

Bercuti di Wynyard n Stanley



Baru2 nie masa cuti Easter aku ge bercuti kat Wynyard selama 3 hari 2 malam, dalam 160 km dari tempat aku study. Tempat nie memang bagus untuk bercuti, tapi kurang menarik bagi aku kerna takde tempat yg sesuai untuk mancing. Jadi untuk memastikan cuti kali ini diisi dengan aktiviti yg menarik, aku n kawan2 buat keputusan untuk pergi Stanley (http://kamil80972000.blogspot.com/2009/01/memancing-dan-mencandat-sotong-di.html). Aku pernah pergi Stanley hujung tahun lepas untuk mencandat sotong. Jarak Wynyard ke Stanley adalah dalam 1 jam. Tapi kali ini bukan musim sotong, jadi takdelah aktiviti mencandat sotong. Hanya memancing ikan. Ada banyak ikan kat area nie, tp malangnya semua ikan kat sini besar2. Mungkin disebabkan kawasan ini adalah laut, jadi ikan yg ada semua besar. Jadi tali pancing aku hanya bleh bertahan untuk ikan seberat 35kg. Ini Video masa pancing aku ditarik ikan. Tapi malangnya tali pancing aku putus sebelum ikan tue dapat dinaikkan. Pakcik sebelah aku dapat ikan yg macam ikan tuna (tak tu lah plak aku spesies apa) dan dapat barracuda... Aku belum ada rezeki hari tue.. Tapi takpe, lain kali aku akan balik mancing kat sini lagi :)

Wednesday, April 08, 2009

Memotivasikan diri sendiri?

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG, DAN BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH...

Selalu aku dengar ayat ini. Nampak singkat, tapi maknanya terlalu mendalam. Dan aku rasa, inilah harga yang patut dibayar oleh semua orang. Tapi adakah istilah "senang" nie sama bg semua org? Ntahlah...masing2 kita mempunyai pendapat yang berbeza...

Aku percaya, setiap orang mempunyai kata kata semangat yg disimpan dalam diri masing2 dan akan dikeluarkan bila berada dalam keadaan yang sukar bg mengembalikan semangat yg hampir pudar.. Aku tak kata semangat yang hilang, sebab tanpa semangat, kita sebenarnya mati.

Hakikatnya, kita adalah pakar motivasi bagi diri kita sendiri. Kerana apa? Kerana hanya kita sendiri sahaja yang tahu selok belok masalah kita dan hanya kita sendiri yang yang mempunyai jawapan dan jalan penyelesaian pada masalah yang kita hadapi... Fikir fikirkan lah :)

Sunday, April 05, 2009

Ikan dan migrasi

Kita biasa mendengar ikan air masin dan ikan air tawar. Tapi adakah kita tahu bahawa beberapa spesies ikan tidak hanya tinggal di satu perairan sahaja? Ikan adalah spesies yang sentiasa bermigrasi. Kebanyakkan ikan bermigrasi adalah untuk bertelur. Ada banyak kategori migrasi yang melibatkan ikan.

1. Diadromous- Ikan ini dipanggil "diadromous" kerana ikan ini adalah spesies yang bermigrasi antara air tawar dan air masin. Kategori ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama:

  • Anadromous-Ikan yang tinggal di air masin, tetapi akan bermigrasi ke air tawar bila tiba musim bertelur. Contoh ikan spesies ini adalah ikan salmon dan ikan trout.
  • Catadromous-Ikan yang tinggal di air tawar dan bermigrasi ke air masin untuk bertelur. Contoh ikan ini adalah belut (Anguilla anguilla)
  • Amphidromous-Adalah ikan yang sentiasa bergerak di antara air tawar dan air masin. Contoh ikan ini adalah bull shark. Oleh sebab itu di beberapa tempat di dunia terutamanya di US dan India, terdapat banyak laporan serangan ikan yu di sungai. Bull Shark adalah spesies yang bertangungjawab dengan serangan tersebut.
2. Potamodromous- Ikan potamodramous adalah spesies yang hanya bermigrasi antara air tawar sahaja. Contoh ikan ini adalah ikan Kap Labeo rohita dan Catla catla. Terdapat juga ikan yang tinggal di tasik. Tasik seperti yang kita tahu adalah air tawar. Ikan yang bermigrasi di sekitar tasik pula dikategorikan sebagai ikan Limnodromous.

3. Oceanodromous- Ikan oceanodromous adalah ikan yang bermigrasi di sekitar air masin sahaja. Contoh ikan ini adalah ikan pari (Manta rays).

Cite best...

Sekarang kamen rider decade, versi terbaru siri kamen rider dah kuar.. Aku memang dari dulu ikut cerita kamen rider.. Memang best :) Skrg siri terbaru kamen rider decade menceritakan mengenai pengembaraan ke dunia masked rider yang sebelum ini. Maksudnya semua kamen rider dalam siri2 sebelum ini akan muncul dalam kamen rider decade.. Setakat nie hanya siri 1 hingga ke 10 sahaja yang baru diterbitkan...

Kamen Rider Decade 01


Watch Kamen Rider Decade 01 (subbed) in Action & Adventure | View More Free Videos Online at Veoh.com


Kamen Rider Decade 02


Watch [TV-Nihon]Kamen rider Decade 02 subbed in Action & Adventure | View More Free Videos Online at Veoh.com


Kamen Rider Decade 03


Watch (SUB) Kamen Rider Decade 03 in Entertainment | View More Free Videos Online at Veoh.com


Kamen Rider Decade 04


Watch (SUB) Kamen Rider Decade 04 in Entertainment | View More Free Videos Online at Veoh.com


Kamen Rider Decade 05


Watch (SUB) Kamen Rider Decade 05 in Entertainment | View More Free Videos Online at Veoh.com


Kamen Rider Decade 06


Watch (SUB) Kamen Rider Decade 06 in Entertainment | View More Free Videos Online at Veoh.com


Kamen Rider Decade 07


Watch (SUB) Kamen Rider Decade 07 in Entertainment | View More Free Videos Online at Veoh.com


Kamen Rider Decade 08


Watch (SUB) Kamen Rider Decade 08 in Entertainment | View More Free Videos Online at Veoh.com


Kamen Rider Decade 09


Watch (SUB) Kamen Rider Decade 09 in Entertainment | View More Free Videos Online at Veoh.com


Kamen Rider Decade 10


Watch Kamen Rider Decade 10 in Entertainment | View More Free Videos Online at Veoh.com

Thursday, April 02, 2009

Gunalah budi bicara

AKHBAR KOSMO (2 APRIL 2009)

Akhirnya dapat taraf warganegara - Setahun belajar di rumah, dicop pendatang asing


IPOH - Gara-gara kecurigaan pihak sekolah terhadap status kewarganegaraan, Saida Yeap Kasim Benchikh, 15, digantung sekolah selama setahun, tahun lalu.

Selama tempoh itu juga dia terpaksa belajar sendirian di rumah selain 'terseksa' apabila dicop sebagai pendatang asing.

Namun semalam, segalanya berubah dan kesedihan pelajar tingkatan tiga itu berakhir apabila dia bukan sahaja bakal meneruskan pengajian seperti biasa di sekolah bahkan memperoleh taraf kewarganegaraan Malaysia semalam.

Saida yang hadir bersama ibunya, Mariam Yeap Abdullah, 53, dan bapanya Kasim Benchikh, 42, di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perak di sini menerima surat taraf kewarganegaraan yang diserahkan sendiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Mariam yang berasal dari Taman Bercham Jaya, Bercham di sini memberitahu, Saida dilahirkan di London, United Kingdom ketika beliau dan suaminya menjalankan perniagaan di sana.

"Pada mulanya, Saida tak hadapi sebarang masalah kerana segala dokumen berkaitan telah pun dikemukakan, bahkan semasa dia dibawa balik pada 2003, permohonan untuk jadi warganegara Malaysia telah dilakukan.

"Namun tahun lalu, ketika Saida menuntut di tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Bercham, pengurusan sekolah secara tiba-tiba menggantungnya dari mengikuti pembelajaran dengan alasan dokumen status kewarganegaraan yang diserahkan sebelum ini mencurigakan," katanya kepada Kosmo!.


PELIK SUNGGUH, BUDAK2 NAK BELAJAR PUN KENA GANTUNG SEBAB DOKUMEN. DIRAGUI KESAHIHANNYA... NIE LAH MASALAH KITA SEKARANG, BENDA YANG BAIK KITA HALANG, BENDA YANG TAK BAIK, KITA BIARKAN.. KALAU BUDAK NAK BELAJAR, BIARLAH KAN..BUKAN NYER MENJADI ANCAMAN...SEPATUTNYA PIHAK BERWAJIB MEMIKIRKAN DAN MEMPERTIMBANGKAN SESUATU PERKARA MENGIKUT BUDI BICARA DAN BUKANNYA 100% IKUT BUKU...

Besar sungguh....



Terkejut sangat2 aku tgk.. marilah sama2 tgk supaya sama2 terkejut...sapa2 yg lemah semangat, JANGAN TENGOK k :)

Wednesday, April 01, 2009

Selamat ke tak?

Adakah sushi selamat dimakan? adakah sushi mempunyai parasit?

Bila disebut mengenai sushi, ini akan mengingatkan kita dengan ikan mentah... Di sarawak pun mempunyai tradisi makan ikan mentah, iaitu umai. Untuk memastikan sushi atau ikan selamat dimakan, ada 3 kaedah yang boleh digunakan. Pertama, hanya makan ikan yang segar sahaja. Tapi bagi kedai sushi atau pembuat umai, adalah sukar untuk mendapatkan ikan yang segar. Jadi cara yang terbaik untuk memastikan parasit mati dalam ikan mentah adalah dengan menyejukkan ikan pada suhu -20 darjah selama 7 hari berturut turut ataupun pada suhu -35 darjah celcius selama 15 jam sebelum ikan tersebut boleh dimakan. Tapi setelah dikeluarkan, ikan tersebut haruslah digunakan segera. Sushi juga tidak boleh disimpan lebih dari 24 jam wlpun dalam peti sejuk, kerana ini akan menyebabkan sushi tidak selamat untuk dimakan.

Bagi peminat umai, rasanya parasit mungkin tidak menjadi masalah besar jika ikan yang digunakan ialah ikan segar. Tambahan pembuatan umai menggunakan limau dah cuka di mana kadar keasidan dua bahan ini boleh mebantu membunuh parasit dalam umai tersebut..

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio