Showing posts with label serimuka. Show all posts
Showing posts with label serimuka. Show all posts

Tuesday, June 16, 2009

Cubaan kali kedua

Hari tue (entri bulan lepas), aku buat kuih serimuka, tapi ada yg kata kuih serimuka yg aku buat dulu warnanya terlalu hijau..hehe.. Biasalahkan bila org amatur buat kuih, warna tak penting, yang penting, rasa..hehehe.... Jadi untuk kali kedua, aku buat serimuka dengan warna hijau muda, kasi cantik sikit... Yang kuning tue adalah lapisan jagung, jadilah kuih serimuka jagung :D Ok apa kan.. ada perasa pandan dan jagung dalam satu masa :)

Nie rupa bahagian dalam bila dah dipotong. Nasib ok...aku risau warna hijau bercampur ngan warna kuning je.. Kalo bercampur, kena panggil nama lain plak, kuih serimuka pandangung (sb campur jagung n pandan)..hehe...

Sunday, April 26, 2009

Muka yang tak berseri

Kejap betul rasanya, esok dah Isnin balik.. Masa makin cepat berlalu. Risau pun ada mengenangkan research yg belum siap lagi. Tinggal dalam setahun setengah lagi cuti aku. lepas nie, dah kena balik n keja.

Hari nie hujan sepanjang hari. Jadi memang tak boleh nak kuar mana mana. Ditambah lagi dengan suhu yang semakin sejuk skrg. Jadi, bertambahlah malas aku nak keluar. Jadi hari nie aku duduk kat umah jer..

Aku terfikir, daripada aku duduk tak buat apa apa, baik aku buat sesuatu untuk menghilangkan boring. Jadi aku pun terfikir nak buat kuih serimuka.. Lama dah tak merasa kuih serimuka. Bahan2 pun dah ada, hanya nak buat jer.

Jadi aku mulalah buat dan ianya hanya mengambil masa 1 jam untuk siap.. Nie lah hasilnya.. Rasa tak lah sesedap mana, yg penting adalah rupa macam kuih serimuka..hehe :) Walaupun tak lah seseri serimuka yang dijual kat pasar2 malam ;)




Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio