Saturday, February 07, 2009

Ikan dan Sistem Penghadaman

Entri kali ini bersifat akademik di mana aku ingin menghuraikan sedikit sebanyak mengenai sistem penghadaman ikan.

Seperti vetebrata yang lain, ikan mempunyai sistem penghadaman. Proses penghadaman dalam ikan adalah sama dengan vetebrata yang lain. Fungsi utama sistem penghadaman adalah untuk membolehkan bahan yang tak terhadam melalui beberapa proses fizikal dan kimia untuk membolehkan molekul bahan tersebut diserap melalui dinding perut ke dalam darah untuk membolehkannya dibawa ke organ sasaran.

Terdapat perbezaan yang ketara antara sistem penghadaman ikan karnivor, herbivor dan omnivor di mana ikan Karnivor (hanya makan daging) biasanya mempunyai dinding perut yang berotot dan tebal dan mempunyai usus yang pendek.

Keadaaan berbeza pula dengan ikan herbivor (hanya makan tumbuhan) dan omnivor (makan pelbagai jenis makanan) di mana ikan jenis ini biasanya mempunyai usus yang panjang dan tidak semua spesies ikan omnivor dan herbivor yang mempunyai perut.

9 comments:

Khairul Onggon said...

Hehehe.. kamil.. ku mun nak melah perut ikan pandeilah ku.. mun nak meza jenis2 perut tok nang zerooo... nice inpo eh... kipidap...

Kamil L said...

Khairul-hehe..sik pa, asalkan pandei belah perut, oklah ya :D

CikYarn said...

huhu...belah perut...
pepadu ikan tuk mcm2 sifat juak
ado nyeh ado perut, ado nyeh sikdo perut...
siyes kmk baruk tauk kohhh..!!!

p/s:cetek eh pengetahuan saya tuk...

Kamil L said...

Yarn-sik po yarn, ilmu ado banyak jenis kan... sik po, kito belaja dikit2 kato urang tuo2, lamak2, makin bertambah bendo nak dtauk kito kan :D

Anonymous said...

waahhh... semua tukar kulit ni. nice template.. better than before. aku pun dah tukar.. jgn lupa singgah n puji aku :))

Kamil L said...

jep-tukar sb mau tukar angin :D
a.a..., ko pun sudah tukar, putih bersih.. :D

Tizarah Daud said...

bro, mek ado cgei soklan yg mek mena2 curious...ikan ado lingo x owh?

* mek do nginang ikan, namo eh pupu...mek salu nunggah namo nyo tp ny polah xtauk jak...adakah ikan mek pekak ataupn ikan nang xdo deria pdengaran?

Kamil L said...

tea_zarra- hehe...ikan ya malas nak bertindakbalas kali :D
Yup, secara rngkas ikan ada telinga...disebut sebagai "inner ear" dlm eng. Bukan ya jak, ikan pun bleh mengesan bunyi dengan menggunakan lateral line (perasan sik kat badan ikan, mesti ada garis panjang dari ekor hingga sblm kepala.. lateral line/garis deria boleh mengesan bunyi kerna bila bunyi melalui air, akan wujud isyarat akuastik di mana isyarat ini akan boleh dikesan oleh garis lateral/garis deria.

Anonymous said...

hii, nk taw. ikan ada masalah penghadaman ke? contoh mcm sembelit, ada ke?

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio