Friday, February 27, 2009

Pertanian, kenapa dikaitkan dengan kemiskinan?

Pertanian di Malaysia... Malaysia negara pertanian.. Budget untuk pertanian dinaikkan.. Pertanian menjadi keutamaan kerajaan..

Ini adalah ayat ayat yang biasa kita dengar di TV, radio dan media2 elektronik.. Tapi adakah sekarang ini malaysia telah berjaya dalam mempertingkatkan taraf pertanian ke satu tahap yang tinggi? Kalo dulu bila disebut petani, akan terbayang hidup yang susah dan sukar.. Adakah masa skarang kerajaan telah berjaya membantu petani dalam mempertingkatkan taraf hidup mereka?

Kalo dilihat secara kasar, memang ada perbezaan dari segi taraf hidup petani dulu dan sekarang, tapi tidaklah sebaik yang digambarkan.. Memang ada, tapi bilangannnya terlalu sedikit. Kita masih boleh lihat betapa sukarnya hidup petani2 di kawasan luar bandar. Mengapa ini berlaku? Sedangkan hasil pertanian memang banyak..duit yg dilaburkan untuk pertanian sudah berjuta2 ringgit...

Kenapa di negara lain seperti Australia dan NZ, pertanian merupakan lubuk emas. Pertanian menjamin masa depan mereka.. kalo nak dibandingkan dengan malaysia, tanah di Malaysia jauh subur..

Jadi, memang ada sesuatu yang pelik yang berlaku terhadap sektor pertanian di Malaysia.. Pada pendapat aku, masalah utama ialah pasaran dan kemudahan untuk mengeksport hasil pertanian malaysia.. Bagi aku kerajaan patut memberikan perhatian terutamanya tentang bagaimana hendak memaksimumkan penggunaan hasil pertanian di Malaysia... Bagaimana hendak membantu petani luar bandar terutamanya dalam memasarkan hasil pertanian mereka.. Itu sepatutnya menjadi tumpuan utama kerajaan buat masa skrg... kalo ini semua tidak dilakukan, aku percaya pertanian di Malaysia tidak akan maju dan kalau maju pun mungkin berpuluh2 tahun lagi...

2 comments:

juri_hakim said...

tul tu mil...pertanian paling maju...emmm parents kalo nak cari anak menantu kat NZ ni, first diorg akan cari farmer hahahahhaha....kelassssssssss sik?coz diorg paling kaya berbanding bidang professional hehehehhe

Kamil L said...

Juri_Akim- betul tue, sama kat Australia, petani adalah golongan yg kaya, banyak tanah dll. saya masih terfikir, bilalah malaysia akan jadi macam nie ataupun ianya hanya berlaku dalam mimpi.. entahlah...

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio