Saturday, February 28, 2009

Ileks jap 2

Antara penyanyi yg aku minat skrg selain dari HUJAN..suara dia memang best :D

Friday, February 27, 2009

Selamat...

Aku, Jason, Alison dan Ali...
Semalam kitaorg buat barbeque untuk kawan dari Oman yang akan balik. Apapun, tahniah Ali kerana berjaya tulis thesis.. :)

Sepatutnya ada 10 org yang datang, tapi disebabkan masalah2 yg tak bleh dielakkan, hanya 5 orang je yg dapat datang.. Kawan aku nie memang gumbira sangat2 bila dah dapat balik..mana taknya dah bertahun2 tensen dengan thesis... huhu.. . susah nak diterangkan camne tensennyer bila mengadap komputer untuk menulis thesis.. er....ada org tanya aku camne rasa tulis thesis? erm...bagi aku susah nak cerita, kalo nak tau, jom sambung belajar n buat research gak... :)

Pertanian, kenapa dikaitkan dengan kemiskinan?

Pertanian di Malaysia... Malaysia negara pertanian.. Budget untuk pertanian dinaikkan.. Pertanian menjadi keutamaan kerajaan..

Ini adalah ayat ayat yang biasa kita dengar di TV, radio dan media2 elektronik.. Tapi adakah sekarang ini malaysia telah berjaya dalam mempertingkatkan taraf pertanian ke satu tahap yang tinggi? Kalo dulu bila disebut petani, akan terbayang hidup yang susah dan sukar.. Adakah masa skarang kerajaan telah berjaya membantu petani dalam mempertingkatkan taraf hidup mereka?

Kalo dilihat secara kasar, memang ada perbezaan dari segi taraf hidup petani dulu dan sekarang, tapi tidaklah sebaik yang digambarkan.. Memang ada, tapi bilangannnya terlalu sedikit. Kita masih boleh lihat betapa sukarnya hidup petani2 di kawasan luar bandar. Mengapa ini berlaku? Sedangkan hasil pertanian memang banyak..duit yg dilaburkan untuk pertanian sudah berjuta2 ringgit...

Kenapa di negara lain seperti Australia dan NZ, pertanian merupakan lubuk emas. Pertanian menjamin masa depan mereka.. kalo nak dibandingkan dengan malaysia, tanah di Malaysia jauh subur..

Jadi, memang ada sesuatu yang pelik yang berlaku terhadap sektor pertanian di Malaysia.. Pada pendapat aku, masalah utama ialah pasaran dan kemudahan untuk mengeksport hasil pertanian malaysia.. Bagi aku kerajaan patut memberikan perhatian terutamanya tentang bagaimana hendak memaksimumkan penggunaan hasil pertanian di Malaysia... Bagaimana hendak membantu petani luar bandar terutamanya dalam memasarkan hasil pertanian mereka.. Itu sepatutnya menjadi tumpuan utama kerajaan buat masa skrg... kalo ini semua tidak dilakukan, aku percaya pertanian di Malaysia tidak akan maju dan kalau maju pun mungkin berpuluh2 tahun lagi...

Monday, February 23, 2009

Lawak sangatttttttt.... =))

Iklan Sunsilk yang baru.. Sakit perut aku gelak..haha.... :D

Sunday, February 22, 2009

Ikan Yu

Semalam aku ge mancing kat pontoon.. Masa aku sampai tue, adalah lam 10 org budak2 tengah mandi kat area pontoon tue... Terjun, melompat, menyelam, semua ada... Dengan keadaan bising camtue, memang confirm lah ikan takde... Tapi aku buat keputusan nak mancing gak.. Aku balinglah pancing jauh2 ke tengah (sb kat tepi confrm ikan takde sb bising).. Lam 10 minit pastue, pancing aku kena tarik ikan.. memang macam bentuk U dah jorang aku.. Aku ingatkan pari dah... bila aku tarik, errrr.... ikan yu rupanya... memang tak pernah terfikir nak dapat ikan yu... yang menariknya, budak2 yg mandi tadi, semua naik ke atas pontoon nak tengok ikan yg aku dapat.. pas diaorg tengok, semua balik dan tak nak mandi lagi... rupanya diaorg takut mungkin ada ikan yu lebih besar berenang kat situ..hehe :)

Wednesday, February 18, 2009

Kelas

Semester dah bermula.. Itu ayat2 yang bila aku dengar, aku akan jadi berdebar2.. Walaupun aku tak ada cuti semester, tapi bila Universiti dah buka semula, aku secara tak langsung pun akan sibuk gak dengan kelas dan persediaan untuk pembentangan tahunan... Minggu nie kelas statistik (Program R) aku dah bermula. Yang aku tak tahan tue, untuk minggu nie kelas bermula kol 9 pagi- 5ptg dan hanya rehat sejam kol 1-2ptg tiap2 hari. Tau2 lah kan, kalo kelas dari pagi ke petang, mata memang sepet je lam kelas ditambah lagi dengan aktiviti menganguk2 (disebabkan ngantok)..huhu... Jadi pensyarah pun suka mengajar sb tengok pelajar asyik mengangguk je (mungkin dia ingat pelajar dia faham kot)..hehe....

Ditambah lagi dengan subjek Statistik + Program, lagilah menyebabkan aku terlena dalam kelas... mata dah ngantok, tgk nombor dan formula, tambah lagi 2 kali ngantok, ditambah lagi ngan program yg pelik2, terus mata aku hampir tertutup...huhu...

Apapun yang berlaku, aku kena lulus gak subjek nie supaya sem depan aku tak masuk kelas nie balik..huhu.... Sebab nie subjek statistik yang ke dua yang aku kena ambik sepanjang pengajian aku kat sini... Yang pertama dulu, statistik dan program SPSS, dah lepas dah sem lepas, yang nie subjek statistik dan program R, yang ke 2 plak.. Tapi yg kali nie memang menyebabkan aku sesak nafas, sb banyak melibatkan arahan/bahasa komputer (betul ke ayat aku nie?) aku nie memang lemah sangat dalam komputer... Nak bagi arahan ngan komputer pun selalu tersilap... huhu....

Jadi buat masa sekarang, terpaksalah aku mengurangkan aktiviti meng update blog, sb bila tensen, idea takde untuk menulis..huhu....

Tuesday, February 10, 2009

Ileks jap

Tak lama lagi University akan memulakan semester baru. Jadi seperti biasalah, kalo sem dah start, masing2 akan busy dengan study n keja masing2.. Jadi aku dan memeber2 kat sini buat barbeque sambil menghabiskan masa dengan berbual dan beberapa aktiviti lain.
masing2 menunggu daging masak :D Chef plak masak satu2 sb mau kasi daging panas bila makan..bila masak banyak sagat, nanti sejuk plak..itu kata2 chef lah :D
ops..nida tengok kapal terbang kot, tue yg mendongak ke atas..hehe

Kamariah sedia menunggu daging masak..lapar lah tue...hehe


hari nie aku bertindak sebagai pembantu kepada chef :D

Saturday, February 07, 2009

Ikan dan Sistem Penghadaman

Entri kali ini bersifat akademik di mana aku ingin menghuraikan sedikit sebanyak mengenai sistem penghadaman ikan.

Seperti vetebrata yang lain, ikan mempunyai sistem penghadaman. Proses penghadaman dalam ikan adalah sama dengan vetebrata yang lain. Fungsi utama sistem penghadaman adalah untuk membolehkan bahan yang tak terhadam melalui beberapa proses fizikal dan kimia untuk membolehkan molekul bahan tersebut diserap melalui dinding perut ke dalam darah untuk membolehkannya dibawa ke organ sasaran.

Terdapat perbezaan yang ketara antara sistem penghadaman ikan karnivor, herbivor dan omnivor di mana ikan Karnivor (hanya makan daging) biasanya mempunyai dinding perut yang berotot dan tebal dan mempunyai usus yang pendek.

Keadaaan berbeza pula dengan ikan herbivor (hanya makan tumbuhan) dan omnivor (makan pelbagai jenis makanan) di mana ikan jenis ini biasanya mempunyai usus yang panjang dan tidak semua spesies ikan omnivor dan herbivor yang mempunyai perut.

Tuesday, February 03, 2009

Lari dari cuaca Panas..

Disebabkan cuaca yang melampau panas kat Launnie yang melebihi 40 darjah, aku dan kawan2 telah buat keputusan untuk pergi ke Hobart di mana suhu di sana di bawah 30 darjah. Jarak Launnie ke hobart dalam 200km. Hobart terletak di bahagian bawah pulau Tasmania. Jadi suhu sdikit rendah jika dibandingkan dengan Launnie. Kitaorg bercuti di sana selama 2 hari. Disebabkan masa nie aku tengah jalankan ekperimen, jadi aku telah minta tolong kawan aku untuk monitor aku nyer experimen semasa ketiadaan aku kat sana.. Nasiblah kawan aku tue nak tolong jaga aku nyer ikan dan monitor aku nyer experimen, kalo tak, tak bleh aku nak cuti :)


Nie gambar masa kat Salamanca Market, Hobart. Market nie kira cam pasar Satok kalo kat Kuching... Hanya wujud pada hari sabtu dari pagi hingga tengahari jer.. Barangan yang dijual kebanyakkan barangan kraftangan dan hasil pertanian penduduk di sini.

Pemandangan di Salamanca Market

Biasanya tempat ini memang terkenal di Tasmania dan merupakan tempat tumpuan pelancong di Tasmania. satu2 nya tempat terbuka yang menjual barangan yang dihasilkan di Tamania.

Kalo kat London pun ada bas merah 2 tingkat, kat sini pun ada gak :D

Sunday, February 01, 2009

Panas

Sungguh panas.. Itu je yang boleh aku kata bila cuaca berubah kat Launnie, Tasmania sejak 2 hari yang lepas.. Sekarang nie musim panas di Launnie.. Sejak tahun lepas, inilah panas MELAMPAU yang pernah aku rasa.. Biasanya suhu panas kat launnie tak melebihi 28 darjah dan purata suhu musim panas dalam 25 darjah.. Tapi 2 hari lepas, suhu melebihi 40 darjah.. Dah ler panas tak macam kat Malaysia.. Panas di Malaysia kadar kelembapan tinggi, jadi panas masih bleh diterima.. Kat sini panas kering... Rumput semua warna kuning dan beberapa tempat berlaku kebakaran hutan/semak.

Dalam masa yang sama, aku tengah buat 2nd exp aku. Aku tengah kultur ikan trout di mana ikan nie hanya bleh hidup dalam julat suhu 12-20 darjah. Kalo lebih dari julat ini, ikan akan mula stress, tiada selera makan dan akan ada yang mati. Ada 12 tangki 500L yang aku kena jaga.. Memang semua tangki nie ada alat penyejuk, tapi disebabkan suhu yang terlalu tinggi, alat penyejuk pun tak dapat nak menyejukkan air hingga menyebabkan suhu meningkat ke 24 darjah.. Setakat nie dah 4 ekor ikan aku mati kerana suhu melampau dan ikan yang lain masih menunjukkan simptom2 tekanan disebabkan peningkatan suhu...

Malah orang launnie sendiri pun menyatakan tak pernah berlaku panas macam nie kat launnie, malah kat tasmania pun tak pernah berlaku dalam sejarah panas yang melampau. Bagi aku, skrg kita dah dapat merasa kan kesan daripada pemanasan global di mana kawasan yang biasanya sejuk dah menjadi panas.. Dunia dah semakin tua agaknya.....

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio