Saturday, June 20, 2009

Trout

Jumaat baru2 nie aku n supervisor aku ge ambik ikan kat hatchery yg jaraknya dalam sejam dari kampus. Ikan ini akan digunakan untuk experiment ke 3 yang akan mula hujung bulan nie. Ini adalah tangki yang aku gunakan untuk mengangkut ikan tersebut (900 ekor rainbow trout, berat purata 30gram seekor).

Tangki ini hanya boleh dibuka di bahagian atas. Jadi ini memudahkan proses mengangkut ikan di mana air tidak akan memercik keluar dari tangki.

Ini adalah kolam yang ada di hatchery tersebut. Sistem yang digunakan antara sistem yang terbaik kerana air yang digunakan adalah air sungai yang di pam secara berterusan di dalam kolam. Jadi air memang sentiasa bersih, tambahan tiada pencemaran sungai berlaku di sini.
Ini adalah ikan salmon albino. Gambar kurang jelas sb ikan ini berada dalam air yg sedikit keruh. Mengikut tuan punya hatchery, salmon albino ini telah berjaya ditetaskan telurnya dan mereka juga menternak salmon albino yg mereka beri nama sebagai gold salmon... Menarik, tapi bagi aku, ini bukan kejayaan, tapi ini merosakkan genetik ikan salmon yg asli.

Ini kolam yang digunakan di sini, lebarnya memangpendek, tapi panjang (dalam 5om). Menggunakan sistem air bergerak, dan ini akan membolehkan ikan membesar dengan lebih cepat dari biasa.

Pemandangan di kolam

Kolam

Ini adalah hatchery di mana anak ikan diletakkan di dalam tangki2 simen. Air yang digunakan juga air sungai yang dipam dari sungai.. Disebabkan air yang sentiasa mengalir, kualiti ikan amatlah baik.


Ikan yang di angkut menggunakan tangki ini akan dibekalkan dengan oksigen dari tangki oksigen. Disebabkan suhu air yang rendah sekitar 5 darjah, kadar metabolisma ikan adalah perlahan dan penggunaan oksigen akan makin berkurang. Ini akan memudahkan lagi proses mengangkut ikan.

5 comments:

Anonymous said...

dr kamil (to be)..

dh dpt a new supervisor ke???seems like u r ok right now...

agi idup..agi ngelaban (i dunno either its right or not)

juri_hakim said...

cam kat kolam upmkb jak?hehhehehe

Kamil L said...

Tanpa Nama-so far semuanya masih berjalan seperti biasa. Rasanya tidak akan ada supervisor baru. Tapi supervisor lama janji akan membantu walaupun hanya berhubung melalui email. Oklah kan, sb saya memang masih perlukan dia utk abiskan semua research saya... saya jangkakan memang sukar, tp inilah je pilihan yang ada :)

Juriah-hehe...takkan ju tak leh nak bezakan kolam upmkb dengan kolam lain kot.. Ju kan yang banyak berkorban utk ladang kongsi dulu especially ikan..hehe

juri_hakim said...

bena? sik ingat kmk..hehehhe panas kat kolam tu, i tak thn laaa :p

Kamil L said...

eeeeeeeeee...kenjjj sungguh...tapi Ju n EZ bersungguh2 membantu budak2 itu... Itulah yg dinamakan sebagai pengorabanan seorang pendidik. Sanggup lagi turub kat ladang ayam wlpun guna kasut tinggi, hingga rebah tp sempat disambut oleh hero :p

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio