Sunday, June 28, 2009

Membuat makanan ikan

Ini adalah aktiviti aku minggu ini. Aku habiskan masa 5 hari untuk menghasilkan 60kg makanan ikan. Disebabkan aku membuat 12 jenis diet/makanan yang berbeza, aku kena bersihkan dan "drill die" sebanyak 12 kali. Gambar di atas menunjukan aku tengah drill die. Ada 510 lubang die yg aku kena bersihkan menggunakan "drill bit". Rasa bergetar kepala lutut bila drill benda nie..huhu...

Ini adalah "die". Die ini akan membentuk pellet ikan. Ini die bersaiz 2mm.

Ini adalah mesin membuat makanan. Memang berat bila nak cantum balik. AKu kena buka, bersih dan pasang balik sebanyak 12 kali. Memang memenatkan.

Ini mesin membuat pellet.

Nie aku tengah timbang semua ingredients untuk menghasilkan makanan ikan. Antara bahan2 yg digunakan adalah:

Fish meal

Alfa cellulose yang bertindak sebagai filler

Dan beberapa bahan lain seperti bentonite, carboxylmethylcellulose, calcium chloride, vitamin, mineral dan banyak lagi.

Semua bahan2 tadi akan diadun sehingga rata. Proses menimbang dan mengadun semua bahan ini mengambil masa sekitar 2 jam bagi setiap 5kg makanan. Ianya perlu dilakukan secara berhati hati dan tepat supaya jumlah protein, lemak, kabohidrat dan tenaga berada di dalam jumlah yang betul dan tepat.


Ini semasa proses menghasilkan pelet ikan.

Anatar aktiviti yang memenatkan sebab kena berdiri di sebelah mesin bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Biasanya proses ini mengambil masa sekitar 40-50 minit untuk siap (5kg makanan).

Ini adalah adunan bahan2 tadi.

Pelet ikan yang sudah siap, akan dimasukkan ke dalam oven dalam suhu 30 darjah selama 24 jam bertujuan untuk mengeringkan pelet ikan tadi.

Ini adalah antara pelet ikan yang sudah siap untuk digunakan. Makanan ikan adalah bahagian yang paling penting dan mahal dalam akuakultur. Tanpa formulasi yang sesuai, pelbagai masalah mungkin akan timbul. Antaranya ikan lambat membesar, ikan mudah dijangkiti penyakit, ikan terbantut tumbesaran, ikan mengalami masalah nutrisi, kos yang tinggi dan banyak lagi. Makanan ikan juga merupakan kos yang termahal dalam operasi akuakultur. Ini kerana makanan ikan biasanya merangkumi kos sekitar 50-60% dari kos keseluruhan akuakultur. Jadi cara yang terbaik untuk memaksimumkan keuntungan dalam akakultur ialah dengan menghasilkan makanan yang MURAH dan BERKUALITI TINGGI. Bagaimana caranya? Persoalan yang sukar untuk dijawab pada masa sekarang kerana banyak lagi kajian yang perlu dilakukan lagi untuk mengurangkan kos makanan ikan.

15 comments:

Jep said...

so brp kos sekilo makanan ni en.kamil? hehehe

Cikgu Adham said...

hah hah hah... nnt bleh aply d malaysia

*wink wink* said...

hmm..no wonder la pande masak n polah kuih..duhal terer molah makanan k ikan... =)

Luth Textile said...

macam best ja..
frieskis 1...

Kamil L said...

Jep-huhu..aku tak sempat nak kira lagi lah..huhuhu..

Cikgu Adham-hehe..boleh, no prob :)

Wink wink-huhuhu...makanan ikan ngan manusia lain2 eh..hehehe...

Luth-Thanks :) Memang best kalo dah tau resepi, yg tak bestnya nak cari resepi..huhu

miss oren said...

macam seronok je kerja camni..

Rozhan said...

Bukan sajer MURAH dan BERKUALITI tapi isu HALAL (esp. kat M'sia) juga perlu diberi perhatian. Kat Perak pi bela ikan patin and ikan keli kat ngan kandang khinzir. Pastu jual kat Temerloh.Although isolated case and bukan semua but still.....

Hj zainal maarof said...

Jabatan Perikanan melalui pegawai perikanan sentiasa memantau isu pemakanan ikan. kami tidak tahu bagaimana kajian seperti ini dapat membantu negara kerana sudah lama idea ini dijalankan. adakah ini sekadar untuk mendapat kelulusan atau sebaliknya? kami akan rujuk kembali & akan lebih berhati - hati kepada kelulusan pembelajaran & kajian yang mendatangkan faedah kepada negara.

Kamil L said...

Miz oren-mula2, seronok, lama2 dah jadi rutin plak :)

Roy-Yup...betul tue..tidak dinafikan isu halal amat penting masa skrg..

Hj zainal maarof-Memang banyak kajian mengenai makanan ikan telah dijalankan, tetapi setiap kajian mempunyai objektif dan permasalahan yang tersendiri. Utk kajian yg saya lakukan, mungkin Tuan Haji tidak dapat mengambarkan secara eseluruhan kajian yg saya buat kerana saya tidak pernah menerangkan mengenai kajian saya secara keseluruhan di blog ini. Dan semestinya kajian ini bukan kajian mengenai kos makanan.

Dan mungkin Tuan haji seoarang yang banyak tahu mengenai makanan, tetapi mungkin bukan bagi orang lain.

Sebelum melakukan sesuatu penyelidikkan/kajian, objektif dan permasalahan kajian telah dicadangkan dalam kumpulan penyelidik dan keputusan untuk melakukan sesuatu kajian bergantung pada idea yang betul2 original (maksudnya tiada/kajian ini belum dilakukan oleh orang lain). Jadi tidak wujud masalah samaada kajian yang dilakukan oleh pelajar tidak berkualiti ataupun ketinggalan zaman.

Dan satu lagi yang kita perlu tau, di malaysia, spesies ternakkan adalah terhad.. dan setiap spesies ternakkan mempunyai corak dan keperluan makanan yang berbeza. Cuba bayangkan dalam beberapa tahun, mungkin kita akan berjaya memperkenalkan spesies2 baru utk akuakultur, dan sudah pastilah kajian pemakanan akan bermula dari tahap 0 dan seterusnya ke tahap 100%. Jadi kita tidak boleh memandang rendah terhadap isu2 asas yang melibatkan pemakanan. Ilmu tidak akan habis wlaupun kita belajar sampai ke penghujung hidup kita. Dan tiada ilmu yang sia2 selagi ilmu itu boleh memberi manfaat pada manusia.

Kuzak said...

Y.Bhg. Tuan Haji Zainal...

BLOG INI HANYALAH TULISAN MENGENAI PENGALAMAN DAN PENDAPAT INDIVIDU DAN TIDAK BERKAITAN LANGSUNG DENGAN UNSUR UNSUR YANG NEGATIF...

Jep said...

Kamil,
Well said!

Tuan Haji Zainal Maarof,
Utk pengetahuan, saya juga dilatih dalam bidang perikanan/akuakultur, dan jelas dinyatakan (it doesn't take a genius) di blog ini bahawa penulis ingin berkongsi pengalamannya di makmal bagaimana beliau memproses 60kg makanan utk 12 jenis diet.

apa ingredientnnye secara spesifik, objektif, experimental design yg digunakan, hypothesis dan sebagainya memang tidak dinyatakan di sini. paling penting, problem statementnya pun tidak dinyatakan secara spesifik melainkan di akhir perenggan beliau memberi pendapat/perbincangan yg umum. jadi saya tidak pasti apa yg menyebabkan Tuan menyatakan idea "penyelidikan" penulis blog ini sebagai "sudah lama dijalankan"....& tidak 'novel'?

5 tahun (termasuk ketika beliau menyiapkan tesis Masters) menjalankan kajian, bagi saya ianya usia yg terlalu muda utk menilai pencapaian beliau (penulis blog) utk negara. tetapi bagaimana pula dengan jabatan perikanan sendiri yg mendapat peruntukan berjuta RM setiap tahun? saban tahun penternak terpaksa gulung tikar disebabkan peningkatan kos makanan ikan, dan ada kalangan mereka menggunakan sumber yg murah & haram (swine by-products) sebagai ganti makanan ini. tindakan 'kita' hanya mengenakan tindakan, 'memboikot & sebagainya. sehingga kini belum lagi kedengaran formula utk menyelesaikan masalah ini; melainkan penternak disaran membuat makanan sendiri - adakah itu cadangan yg bertanggungjawab kepada negara 'at large'? Jadi, adakah masalah negara tergantung bebannya pada penulis blog ini seorang? mohon Tuan 'enlighten' kami dalam isu ini.

maafkan saya jika ada yg tersalah bahasa. niat saya hanya utk membetulkan salah anggap di blog sahabat saya ini. pengalaman mengajar saya utk tidak 'judgmental' dan membuat 'simplification' ke atas perkara yg saya tidak pasti.

All IT Customer Care Services, said...

cheers..

Umar Iqbal. said...

assalamualaikum.. sy student institut pertanian serdang... insyallah kalau umur panjg buln 4 sy latihan industri n bulan 6 sy habis beljr.. insyallah sy nak mule ternakan ikan air tawar.. cume sy x ilmu sgt dlm ternakan ikan tpi kalau pertanian insyallah sy boleh buat... sy ade hajat..sy nak bljr buat mknn ikan dgn abg boleh x??

Anonymous said...

assalamualaikum, saudara kamil, saya ingin belajar membuat palet makanan untuk ikan patin. amir arafat 0196190610

Rohaizam Rosli said...

Assalamulaikum...

Saya dari Ideal Eternity Sdn Bhd yang membekalkan Natural Astaxanthin yg merupakan komoditi penting dlm menghasilkan makanan ikan/udang yang dpt memberikan kesan positif terhadap kadar pertumbuhan ikan/udang, kadar kesihatan serta meningkatkan kadar kemandirian ikan/udang. Selain itu, ia juga dpt memberikan impak warna yg lebih berseri pada ikan/udang.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari facebook page kami di https://www.facebook.com/ideal.eternity?ref=hl

Terima Kasih.

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio