Sunday, June 28, 2009

Membuat makanan ikan

Ini adalah aktiviti aku minggu ini. Aku habiskan masa 5 hari untuk menghasilkan 60kg makanan ikan. Disebabkan aku membuat 12 jenis diet/makanan yang berbeza, aku kena bersihkan dan "drill die" sebanyak 12 kali. Gambar di atas menunjukan aku tengah drill die. Ada 510 lubang die yg aku kena bersihkan menggunakan "drill bit". Rasa bergetar kepala lutut bila drill benda nie..huhu...

Ini adalah "die". Die ini akan membentuk pellet ikan. Ini die bersaiz 2mm.

Ini adalah mesin membuat makanan. Memang berat bila nak cantum balik. AKu kena buka, bersih dan pasang balik sebanyak 12 kali. Memang memenatkan.

Ini mesin membuat pellet.

Nie aku tengah timbang semua ingredients untuk menghasilkan makanan ikan. Antara bahan2 yg digunakan adalah:

Fish meal

Alfa cellulose yang bertindak sebagai filler

Dan beberapa bahan lain seperti bentonite, carboxylmethylcellulose, calcium chloride, vitamin, mineral dan banyak lagi.

Semua bahan2 tadi akan diadun sehingga rata. Proses menimbang dan mengadun semua bahan ini mengambil masa sekitar 2 jam bagi setiap 5kg makanan. Ianya perlu dilakukan secara berhati hati dan tepat supaya jumlah protein, lemak, kabohidrat dan tenaga berada di dalam jumlah yang betul dan tepat.


Ini semasa proses menghasilkan pelet ikan.

Anatar aktiviti yang memenatkan sebab kena berdiri di sebelah mesin bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Biasanya proses ini mengambil masa sekitar 40-50 minit untuk siap (5kg makanan).

Ini adalah adunan bahan2 tadi.

Pelet ikan yang sudah siap, akan dimasukkan ke dalam oven dalam suhu 30 darjah selama 24 jam bertujuan untuk mengeringkan pelet ikan tadi.

Ini adalah antara pelet ikan yang sudah siap untuk digunakan. Makanan ikan adalah bahagian yang paling penting dan mahal dalam akuakultur. Tanpa formulasi yang sesuai, pelbagai masalah mungkin akan timbul. Antaranya ikan lambat membesar, ikan mudah dijangkiti penyakit, ikan terbantut tumbesaran, ikan mengalami masalah nutrisi, kos yang tinggi dan banyak lagi. Makanan ikan juga merupakan kos yang termahal dalam operasi akuakultur. Ini kerana makanan ikan biasanya merangkumi kos sekitar 50-60% dari kos keseluruhan akuakultur. Jadi cara yang terbaik untuk memaksimumkan keuntungan dalam akakultur ialah dengan menghasilkan makanan yang MURAH dan BERKUALITI TINGGI. Bagaimana caranya? Persoalan yang sukar untuk dijawab pada masa sekarang kerana banyak lagi kajian yang perlu dilakukan lagi untuk mengurangkan kos makanan ikan.

Monday, June 22, 2009

Gambar di sekitar tempat experiment di jalankan









Gambar gambar di atas menunjukkan tangki2 kajian untuk experiment aku yg ke 3. Kali ini aku kena kultur ikan di dalam 24 tangki di mana setiap tangki akan di stok dengan 31 ekor ikan. Memang antara experiment yg besar bagi aku kerana melibatkan banyak tangki dan treatments. Jadi lepas ini, aku banyak menghabiskan masa kat tangki ikan, memberi makan ikan, bersihkan tangki, periksa kualiti air, tukar air dan banyak lagi. Experiment kali ini melibatkan tindakbalas hormon dan usus ikan dengan protein. Experiment ini dijangka siap akhir bulan ogos ini. INSYAALLAH, moga semuanya berjalan dengan lancar. Amin.

Saturday, June 20, 2009

Trout

Jumaat baru2 nie aku n supervisor aku ge ambik ikan kat hatchery yg jaraknya dalam sejam dari kampus. Ikan ini akan digunakan untuk experiment ke 3 yang akan mula hujung bulan nie. Ini adalah tangki yang aku gunakan untuk mengangkut ikan tersebut (900 ekor rainbow trout, berat purata 30gram seekor).

Tangki ini hanya boleh dibuka di bahagian atas. Jadi ini memudahkan proses mengangkut ikan di mana air tidak akan memercik keluar dari tangki.

Ini adalah kolam yang ada di hatchery tersebut. Sistem yang digunakan antara sistem yang terbaik kerana air yang digunakan adalah air sungai yang di pam secara berterusan di dalam kolam. Jadi air memang sentiasa bersih, tambahan tiada pencemaran sungai berlaku di sini.
Ini adalah ikan salmon albino. Gambar kurang jelas sb ikan ini berada dalam air yg sedikit keruh. Mengikut tuan punya hatchery, salmon albino ini telah berjaya ditetaskan telurnya dan mereka juga menternak salmon albino yg mereka beri nama sebagai gold salmon... Menarik, tapi bagi aku, ini bukan kejayaan, tapi ini merosakkan genetik ikan salmon yg asli.

Ini kolam yang digunakan di sini, lebarnya memangpendek, tapi panjang (dalam 5om). Menggunakan sistem air bergerak, dan ini akan membolehkan ikan membesar dengan lebih cepat dari biasa.

Pemandangan di kolam

Kolam

Ini adalah hatchery di mana anak ikan diletakkan di dalam tangki2 simen. Air yang digunakan juga air sungai yang dipam dari sungai.. Disebabkan air yang sentiasa mengalir, kualiti ikan amatlah baik.


Ikan yang di angkut menggunakan tangki ini akan dibekalkan dengan oksigen dari tangki oksigen. Disebabkan suhu air yang rendah sekitar 5 darjah, kadar metabolisma ikan adalah perlahan dan penggunaan oksigen akan makin berkurang. Ini akan memudahkan lagi proses mengangkut ikan.

Tuesday, June 16, 2009

Cubaan kali kedua

Hari tue (entri bulan lepas), aku buat kuih serimuka, tapi ada yg kata kuih serimuka yg aku buat dulu warnanya terlalu hijau..hehe.. Biasalahkan bila org amatur buat kuih, warna tak penting, yang penting, rasa..hehehe.... Jadi untuk kali kedua, aku buat serimuka dengan warna hijau muda, kasi cantik sikit... Yang kuning tue adalah lapisan jagung, jadilah kuih serimuka jagung :D Ok apa kan.. ada perasa pandan dan jagung dalam satu masa :)

Nie rupa bahagian dalam bila dah dipotong. Nasib ok...aku risau warna hijau bercampur ngan warna kuning je.. Kalo bercampur, kena panggil nama lain plak, kuih serimuka pandangung (sb campur jagung n pandan)..hehe...

Monday, June 15, 2009

Pokok jadi mangsa

Inilah akibat kalau asyik berfikir mengenai masalah. Arie tue aku langgar pokok kat umah sewa aku kat sini. Kesian tgk pokok tak bersalah kena langgar.huhu... Nasib aku bawa keta tak laju. Entahlah, nape leh terlanggar lak. Kejadian nie berlaku pada minggu aku mendapat tahu yg supervisor aku berenti keja. Sejak arie tue lah fikiran aku asyik berfikir mengenai masalah tersebut sampai bila driving pun dah tak fokus.

Lampu keta pecah dan terjuntai keluar masa tue. Nasib lah boleh pasang balik. Keta pun calar balar..huhu.. Nak wat camne kan. Inilah pengajaran, kena bagi tumpuan bila memandu keta, kena lupakan masalah ketika memandu, kalo tak, camne lah jadinyer..huhu...

Friday, June 05, 2009

Jalan raya.. takkan tak mampu kot?

UTUSAN MALAYSIA

Rakyat Sarawak gusar dengan caj Kastam Brunei

05/06/2009 10:24am

MIRI 5 Jun — Operator pengangkutan barangan dan pengunjung tempatan merasa terkilan dengan apa yang mereka sifatkan sebagai caj perkhidmatan yang tinggi yang dikenakan oleh Kastam dan Eksais Diraja Brunei Darussalam ke atas barangan yang mereka bawa melalui sempadan negara itu untuk ke Limbang.

Caj sebanyak B$25 atau kira-kira RM60 dikatakan dikenakan ke atas barang kawalan yang dibawa dengan kenderaan persendirian dan B$100 atau kira-kira RM242 bagi barangan kawalan yang dibawa dengan kenderaan perdagangan, semasa melalui pusat pemeriksaan di sempadan Malaysia-Brunei sejak 1 April lalu.

Limbang yang merupakan bahagian paling utara di Sarawak, hanya boleh disampai menerusi jalan darat dari mana-mana kawasan di Sarawak atau Sabah, melalui Brunei.

Menurut Persatuan Pemilik Lori Miri, ekoran caj tersebut, mereka terpaksa membayar hampir RM500 bagi mambawa muatan untuk ke Lawas, daerah paling utara di Limbang.

Naib pengerusi persatuan tersebut, Kong Min Seng memberitahu Bernama, hampir kesemua barangan kawalan yang ditetapkan oleh Brunei, merupakan barangan keperluan harian untuk penduduk seperti minyak masak, beras, telur malah surat khabar.

Kong berkata pihaknya telah berdialog dengan kastam Brunei mengenai perkara itu, namun sehingga kini caj tersebut masih juga dikenakan. - Bernama


***Terpanggil aku untuk menulis luahan rasa hati aku tentang perkara ini. Rasanya dah lama dah Sarawak nie merdeka, tapi jalan pun masih pinjam jalan negara lain... Harap2 kerajaan Pusat (sebab kerajaan negeri memang tak mampu, maklumlah antara negeri termiskin di Malaysia) bolehlah membantu membuat jalan raya kat Sarawak. Malu kita sebab pinjam jalan negara lain. Negara kita bukannya negara miskin. Jangan lah sampai terhantuk, baru nak sedar...

Thursday, June 04, 2009

Ceramah



Kagum aku mendengar penjelasan dari Dr Zakir Naik... Mungkin ada diantara kita pernah mendengar nama Dr Zakir.. Dia antara penceramah, pemidato dan penulis yang terkenal di seluruh dunia.. Berasal dari negara India. Lulusan doktor perubatan daripada Uni of Mumbai. Banyak menjelaskan mengenai cabang cabang ilmu islam dan penjelasannya dikaitkan dengan sains dan situasi semasa dunia pada masa sekarang. Selamat mendengar :)

Wednesday, June 03, 2009

Cheese, halal @ haram???

Adakah anda peminat Cheese? Tapi adakah kita tahu cheese itu dibuat daripada apa? Jika ditanya secara rawak, mungkin ramai yang menjawab cheese adalah dihasilkan dari susu segar. Tapi bagaimana susu segar boleh bertukar menjadi cheese? Persoalan ini yang berkait rapat di mana ianya akan menentukan halal dan haram cheese yang dihasilkan nanti.

"Rennet" adalah bahan kompleks semulajadi enzim yang dihasilkan dalam perut mamalia bertujuan untuk menghadamkan susu dan biasanya digunakan untuk membuat cheese. Antara enzim aktif dalam rennet adalah chymosin/rennin dan ada juga enzim enzim penting yang lain seperti pepsin dan lipase. Tetapi ada juga rennet yang dihasilkan daripada bahan bukan haiwan. Pada masa sekarang memang ada rennet dari sayuran.

Walaupun begitu, rennet daripada haiwan banyak digunakan untuk membuat cheese. Persoalannya, haiwan apa yang digunakan? Adalah lembu? unta? kambing? khinzir? dan jika lembu, unta dan kambing digunakan, adakah ianya disembelih secara mengikut syariah Islam? Kalau dari khinzir, memang terang HARAM nya....

Memang tidak dapat dinafikan cheese banyak digunakan di restoran restoran makanan segera.. Adakah restoran makanan segera ini menggunakan cheese yang halal? Jadi sekarang ini terpulanglah pada diri kita sendiri untuk memastikan cheese yang kita beli dan makan itu halal dan tidak mengandungi unsur unsur yang haram di dalamnya.

Anda boleh merujuk beberapa laman web mengenai rennet:

1. http://www.iaravat.com/IsCheeseHalaalorHaraam.pdf

2. http://www.insinet.net/jasr/2007/904-907.pdf

3. http://www.therevival.co.uk/animal-rennet-is-it-halaal

Ilek jap 3



Suka lak aku dengar lagu Project Pop nie..huhu

Monday, June 01, 2009

Selamat Hari Gawai

Ucapan Selamat Hari Gawai kepada semua kawan kawan yang meraikan hari Gawai di Sarawak.

"Slamat Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai :) "

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio