Wednesday, May 20, 2009

Swine flu-Berkesankah topeng utk menapis udara?

Topeng bukanlah jaminan untuk mengelakkan diri daripada selsema jika cara menggunakannya tidak betul. Mengikut kajian yang dijalankan ke atas topeng N-95, (topeng yang biasa digunakan di hospital-gambar d atas) memang tidak dinafikan topeng ini boleh digunakan untuk mengelak selsema, tetapi dengan syarat ianya digunakan dengan cara yang betul. Sebenarnya N95 dicipta untuk pekerja yang terlibat dengan pekerjaan yang berkait dengan udara, contohnya pekerja hospital yang berurusan secara langsung dengan pesakit batuk kering dan selsema yang merbahaya.

Tetapi adakan ianya benar benar berkesan untuk mengelakkan virus selsema babi? N95 memang dicipta untuk mengelakkan pengguna daripada udara yang tercemar dan partikel partikel kecil di udara yang sekecil Mycobacterium tubuculosis (sekitar 45nanometers @ 1/2 micron). Manakala virus selsema babi pula bersaiz dua kali ganda iaitu sekitar 80-120 nanometers. Jadi mengikut saiz, memang tidak dinafikan ianya amat sesuai dan dapat mengelakkan virus ini dari masuk ke dalam sistem pernafasan manusia.

Tetapi, ada satu sebab yang penting yang boleh menyebabkan KEGAGALAN fungsi topeng ini terutamanya untuk kegunaan seharian oleh orang awam.



Pertama, kesukaran untuk mendapatkan saiz yang sesuai dengan bentuk muka. Ini akan menyebabkan wujud ruang udara di antara kulit muka dan topeng dan ini akan membenarkan udara dari luar masuk tanpa melalui tapisan.

Kedua, topeng N95 akan menyebabkan pengguna berasa tidak selesa dan panas. Jadi bila digunakan oleh orang awam untuk aktiviti harian (terutamnya di kawasan yang panas), ini akan mendatangkan ketidakselesaan. Jadi pengguna biasanya akan terpaksa membuka sedikit topeng bagi membenarkan udara sejuk masuk ke dalam topeng. Dan ini akan menyebabkan udara dari luar masuk dan fungi topeng ini sekali lagi gagal.

Dan satu yang lebih penting, topeng ini adalah untuk kegunaan yang tidak melebihi dari 20 minit dan penggunaan lebih dari itu akan menyebabkan tidak effektif lagi untuk mengelakkan virus selsema babi.

10 comments:

erolnukman said...

yahh..aku baruk tauk..
info yg bagus..
tp nang panas gila mun makey topeng tok lamak2..bkuap lubang idung.hahaha

Kamil L said...

sama2 cikgu erol :)

*wink wink* said...

mek pk N95 yo henfon tek..hehe!duhal mask...tp apo2pun mask memang x slesa utk digunakan.. =)

Muallim Adham said...

slm.. act topeng ni mmg x berkesan pon untuk menghalang swine flu.. just dpt kurangkan cikit je change virus.. namun, kalo virus tu ada, senang je dia masuk dlm badan uhuhuhuhuhu... nauzubillah...

itu la.. org ramai masih tidak sedar akan masalah ini dengan menganggap ianya hanya satu wabak.. mengapa tidak kita fikirkan itulah dia bala dari Allah SWT kepada kita..

mungkin manusia lupa, lalai dan alpa dengan apa yang mereka telah buat

yarn said...

erm...nipo tuk???!!! kmk org pun dh d suruh siap sedio berdepan ngan virus yo di speta...huhu...

susah ati mek dgn staf kmk yg incharge sio kelak...huhu....

kiki said...

Mycobacterium lebih kecik dr H1N1? benar kah? he he he...

Anonymous said...

info yg sgt2 bagus nih.

aku rasa topeng tu praktikal utk dipakai dlm lab je. utk mengelak terhidu bhn kimia hazardous. ataupun utk mengurangkn terhidu bau 'angin kus2' yg dilepaskan secara sengaja/tak sengaja di dalam bilik kecil yg dipenuhi org :))

p/s: aku pakai N82 je

Kuzak said...

Aku pakai iPhone

Kamil L said...

SyFazidawaty-aik..hp indah eh..hehe... bena ya, memang sik selesa dpakei..kamek dolok pun masa jerebu tahun 1997, sik pernah makei topeng..rimas mek..huhu

Cikgu Adham-betul tue...inilah tanda2 dunia akhir zaman, di mana banyak penyakit2 baru wujud disebabkan oleh kesilapan manusia sendiri... Memang banyak kelainan tentang penyakit zaman skrg di mana virus pun boleh berevolusi dalam masa yang singkat =(

Yarn-huhu...kitak kejo kat sepeta kah yan? wah..sik apa, kat Malaysia so far belum ada kes yg serius.. tambahan pun kes kat malaysia yo kes yang dibawa masuk dari US kan.. Just hati jak yarn..

Kiki-erm..aku pun sik tauk, just apa yang aku tulis berdasarkan beberapa artikel kesihatan yang aku baca, n aku buat kesimpulan.. Mun salah, sila lah betul kan :) Baruk belajar kan mengenai benda2 tok :)

Jep-ko lagi kan bahaya kat New York. So, esok ko kena beli banyak2 topeng N95..hehe... Tapi serius, aku kat lab pun tak suka pakai topeng, rasa rimas n tak bernafas jer..huhuhu....

Kuzak-o.o...ingatkan ko pakai tin cola tadi :p

Rozhan said...

aku tak pakai N95...pakai hp made in china jer...ada tv, touch screen lagi tapi xde jenama...harga lebih kurang nokia 3310...

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio