Thursday, May 07, 2009

Gangguan putaran yang mengancam hidup


Pada masa sekarang, tenaga nuklear merupakan tenaga yang paling murah dan tahan lama. Jadi tidak hairanlah banyak negara berlumba lumba untuk mebangunkan rektor tenaga nuklear. Dan mungkin salah satu sebab lain adalah untuk mempertahankan diri ataupun untuk menunjukkan pada negara lain kekuatan negara yang memiliki tenaga nuklear. Ini kerana negara yang memiliki tenaga nuklear akan cuba membangunkan senjata nuklear. Persoalannya, jika benar berlaku peperangan nuklear pada masa depan, adalah ianya boleh menyebabkan gangguan pada putaran bumi dan secara langsung akan menyebabkan bumi musnah?

Kajian yang dilakukan oleh sesetengah saintis menunjukkan jumlah tenaga nuklear yang paling kuat boleh dihasilkan di bumi adalah berjumlah 10^17 joule ( ^ = kuasa). Tetapi hakikatnya tenaga ini masih belum cukup untuk menghalang kuasa putaran bumi iaitu berjumlah 10^29 joule. Jadi memang terbukti tenaga nuklear masih belum mampu untuk menjana tenaga yang banyak yang boleh menganggu putaran bumi. Tetapi adakah wujud tenaga lain selain dari tenaga nuklear yang boleh menjadi ancaman pada putaran bumi?

Tenaga/kuasa gempa bumi. Gempa bumi yang paling kuat adalah 9.3 skala ritcher. Dengan kekuatan 9.3 ini boleh menjanakan kuasa berjumlah 10^22 joule. Tapi jumlah ini masih tidak memadai untuk menghalang putaran bumi. Cuba kita bayangkan kekuatan 9.3 skala ritcher. Satu gempa bumi yang kuat kerana jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di Acheh, kekuatan gempa bumi yang berlaku di Aceh adalah 8.9 skala ritcher, gempa bumi yg ke lima kuat sejak tahun 1900. Wlpun kekuatan hanya 8.9 skala ritcher, tetapi ianya telah menyebabkan kemusnahan dan kehilangan nyawa yang banyak.

Jadi kesimpulannya, Allah S.W.T. mencipta bumi ini dan melindunginya dari segala kemungkinan yang akan memusnahkan bumi sehingga tibanya hari yang dijanjikan iaitu kiamat. Tetapi kita kena ingat, tangan tangan manusia ini jugalah yang menyumbang pada bencana yang berlaku pada bumi pada masa sekarang.

4 comments:

juri_hakim said...

:)

Kamil L said...

:p

Jep said...

wowwwwwwwwwwwwww

pendek n nice artikel!!!
tak terfikir lak aku sblm ni.

Kamil L said...

tq :)
Tapi ko rasa ada tak tenaga lain yang lebih kuat dari tenaga yang aku tulis nie? aku cuba cari n fikir, tp setakat nie aku belum dapat jumpa lagi..huhuhu

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio