Ini adalah video yang aku rekod masa kat sana..angin memang kuat sangat dan sejuk.. Mungkin kerana laut nie berhampiran dengan lautan artik (kalo aku tak silap).
Sunday, November 16, 2008
Welcome to Cape Bruny Island Lightstation
Perjalanan Ke Cape Bruny Lightstation
Hobart ke Bruny Island
Semalam aku ge rip ke bruny island.. memang memenatkan, sebab jaraknya yang jauh (lebih kurang 220km dari tempat aku). Aku berangkat kol 4.30 pagi dari umah... Sini subuh kol 3.50pg, jadi lepas jer subuh, terus drive ge burny island. Sebelum sampai burny island nie, aku kena singgah di Hobart (Hobart adalah bandar terbesar di Tasmania). Dari Hobart, aku akan naik feri ke bruny island.. Dari Hobart ke Bruny, tambang feri adalah AUD 25 untuk kereta biasa, makin besar dan panjang keta, makinlah mahal tambangnya.
Friday, November 14, 2008
Petua dan pantang larang Orang Zaman Dahulu
Selalu aku pos entri mengenai sains dan dunia aku kat sini. Tapi hari nie aku terasa ingin menulis mengenai petua dan pantang larang orang dulu dulu yang mungkin generasi masa sekarang tidak tahu mengenainya atau semakin melupakannya. Ini adalah pantang larang yang aku belajar masa kecik dulu, tapi mungkin nampak melucukan dan berlainan dari tempat lain. Aku pun tak percaya sangat dengan pantang larang ini, sb pantang larang nie nampak pelik jer :)
1. Hujan Panas - Orang melayu selalu mengaitkan dengan makhluk halus yang boleh menyebabkan kita sakit kalo kita bekerja, atau bermain semasa hujan panas. Sebab mengikut kepercayaan mereka, makhluk halus berkeliaran semasa hujan panas dan bila kita terlanggar makhluk halus ini, kita akan ditimpa sakit. Cara mengelakkan ialah dengan menyelitkan pucuk rumput muda di telinga bagi mengelakkan dari gangguan makhluk halus.
2. Ketika makan, kita selalu berubah tempat duduk - Mengikut kata orang tua2 dulu, kalo kita berubah tempat duduk 2 kali, kita akan kahwin 2, kalo 3 kali, orang itu akan kahwin 3 dan begitulah seterusnya. Cuba bayangkan kalo beralih tempat sampai 10 kali? hehe... Tapi dengan syarat bukan niat nak kahwin lebih lah.. :)
3. Ketika mencari rezeki, contohnya menjala ikan, memancing dan lain2 pekerjaan, pantang sebut perkataan BANYAK - Contohnya "wah..banyaknya ikan kat sini". Jadi secara tak langsung, ikan akan berkurang mendadak bila kita sebut perkataan banyak.
4. Jangan menjatuhkan benda, contohnya parang/kayu ketika berada di atas pokok - Selalunya ketika memanjat pokok rambutan, biasanya orang akan membawa parang untuk memotong dahan2 yang mempunyai buah yang lebat. Pantangnya, parang itu tak boleh dijatuhkan dari atas pokok dengan niat kerana ditakuti terkena makhluk halus dan ini akan menyebabkan kita sakit.
5. Jangan membunuh ular di dalam rumah - Dikatakan kalo kita membunuh ular di dalam rumah, umur kita akan pendek (mungkin seminggu dua je boleh hidup).
6. Pantang melangkah joran pancing - kalo kita melangkah joran pancing, alamanya kita takkan dapat tangkap ikan pada hari tersebut.
7. Ketika menyapu menggunakan penyapu lidi, pantang penyapu tersebut terkena pada orang lain - kalo terkena, orang yang terkena itu akan mengalami sial. Untuk mengelakkan sial berlaku, orang tersebut hendaklah meludah penyapu lidi tersebut.
8. Pantang bercakap riak (main lepas) ketika dalam hutan, sungai, laut ataupun udara- risau berlaku perkara yang tak diingini, contohnya sesat di hutan.
9. Minum air kelapa tanpa memindahkan dalam bekas lain - Kita akan jadi penakut.
10. Makan kepala ayam - kita akan jadi bebal, jadi kalo nak bijak, petuanya jangan makan kepala ayam :)
11. Keluar ketika senja (hari kuning-ayat org saratok) - Kita akan mudah jatuh sakit, kerna pada masa ini, banyak makhluk halus.

Inilah antara sedikit yang aku ingat. Sebenarnya ada banyak, tapi aku sendiri pun dah lupa. Mungkin sapa2 ada yang ingin dikongsikan mengenai pantang larang di tempat anda, bolehlah tulis di sini.... :)
Thursday, November 13, 2008
Ikan Bersaiz Besar
Chao Pharya catfish/ Ikan patin
Mekong catfish/Ikan Patin (Pangasius sp.)- Video dari sungai Mekong
Freshwater stingray- Biasanya di jumpai di asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan utara australia.
Tapi adakah kita masih berpeluang menjumpai ikan sebesar ini di Malaysia? Mungkin tidak. Ikan pupus bukan sahaja disebabkan oleh faktor pengurusan perikanan yang tidak berkesan dan sistematik tetapi faktor alam sekitar seperti pencemaran juga akan menyebabkan ikan pupus. Aku masih ingat nenek aku bercerita dengan aku mengenai ikan di sungai kerian, saratok pada masa 50-60 tahun lepas. Pada masa dulu, ikan terlalu banyak di sungai kerian, sampaikan kadang kadang bila kita pukul pengayuh di sungai pun kita boleh tengok udang melompat. Cuba banyangkan betapa kayanya sungai dengan ikan dan udang pada masa tersebut. Jika dibandingkan sekarang, nelayan sungai nak dapatkan udang sekilo sehari pun semakin sukar.
Inilah kesan pencemaran dan ketiadakkecekapan pengurusan perikanan di mana kita telah merasai impak daripada kelemahan tersebut. Pengalaman aku memancing ikan di tepi laut/sungai di Malaysia, amatlah susah untuk mendapat seekor ikan. Tapi di sini, amatlah senang memancing ikan, sebab ikan banyak lagi disebabkan oleh pengurusan yang cekap dan persekitaran yang masih bersih.
Aku amat berharap agar kerajaan boleh melakukan sesuatu bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar dan seterusnya meningkatkan lagi kecekapan pengurusan sumber ikan di Malaysia.

Subscribe to:
Posts (Atom)